PROLOG

158 8 0
                                    

MATAKU terarah ke arah kelompok yang berada di sudut dewan legar itu. Aku tahu di sana tempat kumpulnya semua para senior. Tidak ketinggalan aku mencuri pandang ke arah seseorang...seseorang yang aku minati dalam diam. Dialah...senior itu! Senior yang berjaya menarik perhatian aku pada mula aku sedar tentang kewujudannya di sekolah menengah ini.

Aku cuma junior di kelas biasa. Aku tidak cantik seperti yang lain. Aku kurang yakin dengan diriku. Aku pemalu dan tidak banyak cakap. Lelaki pun tak pandang aku! Nak tarik perhatian senior itu, aku langsung gagal sama sekali.

Beruntunglah teman perempuannya yang rapat dengannya! Apalagi yang sekelas juga kenal dengannya. Dia ahli prefek sekolah, tidak ada sesiapa yang tidak mengenalinya.

Aku cemburu...setiap saat mencemburui sesiapa yang berjaya mendekatinya. Bahkan junior perempuan yang berani menegurnya. Aku?! Angkat tangan awal. Surrender untuk tampil menegurnya.

Aku punya pemikiran negatif daripada positif. Dan aku punya rasa malu dalam diri. Setiap kali aku mahu lakukan sesuatu aku fikirkan banyak kali untuk melakukannya atau tidak.

Oh ya, aku tidak punya banyak kawan. Bukan sebab aku terlalu memilih, tapi aku kurang berkenan untuk punya ramai kawan.

Fikir tentang senior itu, aku rasa tidak padan jika aku digandingkan dengan dia. Dia lebih bagus dari aku. Dia ada segalanya, semua kredit yang membuatkan statusnya lebih tinggi dari aku. Sedangkan aku...tidak punya apa-apa.

Aku tunduk ke bawah memandang lantai. Keluhan kecil aku lepaskan. Setiap kali aku nampak dia, fikiranku terus mengingati dirinya. Kadang aku rasa kurang semangat untuk menerus menyukainya dalam diam. Perasaan ini lebih menyakitkan. Perit sangat!

"Kenapa kau mengeluh?"

Aku perlahan menoleh ke sebelahku. Aku lupa ada orang di sebelahku.

Dialah satu-satunya kawan yang aku sejak hari pertama aku daftar masuk sekolah menengah ini. Nabilah namanya.

"Aku tak boleh nak stop fikir pasal dia," keluhku sambil buat muka tidak bersemangat.

Nabilah senyum nipis. Laju sahaja matanya mencari susuk tubuh yang saban hari menganggu kosentrasi mindaku dalam pembelajaran.

"Kau tak sepatutnya ada crush dengan dia. Aku dah bagitau awal dia tu senior kita dan memang rugi kalau kau crush dengan dia tu. Dia takkan pandang pun dekat kau,"

"Yea...aku tau. Tapi hati aku ni tak bekerjasama dengan tuan punya badan," gumamku menyalahkan diriku.

Nabilah geleng kepala.

"Jangan nanti tunggu dia reject kau, baru kau nak belajar move on. Susah tau! Kau ingat frust kau tu sekejap je? Aku taulah kau suka dia tapi...better jangan terlalu deep," Nabilah menegur lembut.

Aku angguk mendengar. Untuk setakat ini, perasaanku tidaklah terlalu dalam padanya. Aku masih waras. Aku tahu dia bukan penting dalam hidupku.

Mataku melirik lagi. Melihat kelibatnya pergi menjauh bersama temannya, aku sedikit hampa. Sekurangnya kehadiranku disedarinya tapi masih sama. Dia langsung tidak memandangku bahkan menoleh ke arahku. Mimpilah kalau dia nak pandang aku!

"Jomlah kita masuk kelas!" Nabilah mengajak bila dia selesai menilik jam tangannya.

Aku akur lalu turut sama bangun. Kami berjalan menuju ke arah kelas kami seterusnya.










SEMUA berlumba untuk pulang. Aku masih tercegat di situ menanti kelibat senior pujaan untuk lalu di situ. Aku sebenarnya pura-pura menyimpan segala bukuku di dalam beg. Aku tahu kelasnya berada di sebelah.

"Aku balik dulu. Bye!" Nabilah pamit sambil melambaikan tangannya. Laju dia beredar meninggalkan aku di situ dengan beberapa kawan kelasku yang masih di situ.

Keluhku kedengaran. Mana tidaknya kelibat senior itu masih belum keluar dari kelasnya. Aku serba-salah mahu angkat kaki ke tidak. Melihat kelas itu kian kosong, aku angkat kakiku keluar dari kelas itu. Pintu kelas aku tutup perlahan. Sempat mataku mencuri pandang ke kelas sebelah.

Tak ada bunyi pun!

Aku berjalan melintas. Terbuntang mataku bila kelas itu kosong. Bila masa mereka keluar? Kenapa aku tak perasan?!

Aku mengeluh lagi. Merungut dengan silap diriku yang terlepas pandang. Aku membuka langkah pergi dari situ. Baru beberapa langkah mendekati tangga, aku terkemam bila melihat susuk tubuhnya bergelak tawa di situ bersama kawannya.

Aik, tidak balik ke?!

Aku senyum kecil. Meskipun aku tahu dia tidak tengok senyumanku itu. Biarlah asalkan aku nampak dia secara dekat hari ini. Itu pun sudah cukup membuat aku gembira.








PINTU bilikku ditolak seseorang. Aku malas menoleh. Aku terus menyambung tulisanku dalam buku novelku. Aku peminat buku novel, tapi aku lebih kepada menulis. Membaca tu bila bosan je! Lagipun aku baca untuk dapat ilmu baru.

"Tak penat ke menulis pakai tangan?"

"Hmmm..." aku sekadar mengumam malas.

Elok sahaja dia berbaring malas di atas katilku. Aku mengerling tidak suka.

"Pergilah bilik kau sana!" Aku cuba tahan geram.

"Tak boleh ke aku baring sini? Aku nak juga spend time dengan kau. Rehat tadi bukan main kau spend dengan Nabilah. Ada dia terus kau lupa aku,"

Aku terpana. Jahat sangatkah aku?!

"Ziem, kau kan tahu...Nabilah tak ada kawan lain selain aku. So aku breaklah sama dia tadi. Kau pun aku tengok gembira je break dengan kawan kau yang comel tu!" Aku nak pujuk tapi terlebih pulak.

Dialah Aziemah, kawan sehostel dengan aku. Kami tinggal hostel sebab rumah kami jauh. Dekat pendalaman. Orang kampung...

"Kau apa kurangnya berkawan dengan orang cantik tu!" Aziemah mencebik.

"Yea, cantik tapi nama dia Nabilah," Aku kian tidak selesa Aziemah mengelarkan kawanku yang satu itu 'orang cantik'. Tapi memang benar, Nabilah cantik meskipun kulit dia tidak seputih kulitku.

"Hah, samalah! Kawan aku tu pun ada nama okey! Fio!"

"Aku taulah! Asal pelik panggil dia Fio?! Dah elok nama Fiona, panggil pula Fio..."

"Tu kalau nak sebut malas, panggil je Fio! Hah yang Nabilah tu kalau malas nak panggil panjang, panggil je Nab," Ni mesti nak mengutuk. Aku geleng kepala layan kerenah dia yang satu ini. Sedap mulut dia je nak panggil orang!

Ada apa dengan Afiq Musa?!Where stories live. Discover now