Bab 1

80 6 1
                                    

SEMUA diam saat waktu mengajar dijalankan. Aku pada mulanya tidak fokus dengan pembelajaranku namun lama kelamaan aku mula belajar untuk memahami setiap butir kata yang cikgu jelaskan di depan kelas. Aku berada di kelas dua belakang, kerana aku mempunyai keputusan yang lulus sahaja. Lulus tidak sepandai orang yang berada di kelas sains.

Jujur aku cakap aku tidak pandai bahkan memahami mata pelajaran English. Namun aku mencuba dan berusaha meskipun aku tahu aku tidaklah terlalu berkerja keras. Semua semangat yang aku dapat itu dari Afiq Musa. Kerana aku tahu dia hensem, dan dia juga pandai! Aku cuba untuk menjadi seperti dia.

Aku melirik pada jam di dinding. Hampir nak habis kelas. Lepas ni break time! Aku ingat aku tak bawa duit bekal. Aku pasrah kena tahan lapar juga.

Dengar bunyi lonceng sekolah berbunyi menandakan period kedua sudah pun tamat. Aku senyum bila semua orang tampak gembira bila waktu rehat yang dinanti tiba juga.

Aku seperti selalu mengikuti langkah Nabilah menuju ke kantin. Aku memilih menunggunya di luar barisan kerana tidak mahu bersempit yang menunggu yang lain.  Bila selesai sahaja, kami memilih untuk berkumpul dengan grup kawan adiknya di pondok. Aku lebih suka mendengar, kadang tersenyum bila melihat mereka tergelak.

Aku pendiam. I'm a quiet person dan aku pemalu. Hanya orang yang rapat dengan aku je tahu perangai sebenar aku. Dan tu hanya Aziemah yang tahu. Dia tahu siapa aku crush saat itu. And of course...Afiq Musa!

"Apa yang kau menungkan? Kau dah siap buat homework math ke?"

Oh, Shoot!

Aku lupa. Aku pandang Nabilah yang bereaksi tenang. Cepat sahaja aku mengeluarkan buku homework dan aku lantas minta ajar darinya. Nabilah memang suka subjek math. Dia suka solve problem dan aku lebih suka yang mudah seperti subjek bahasa melayu. Senyum.

"Hey, crush kau melintas," Nabilah bersuara.

Aku lantas mencari susuk tubuh yang aku rindu saban hari. Bibirku seraya mengukir senyum nan indah saat mataku menangkap figuranya melintasi pondok kami itu. Dia as always senyum dan gelak bersama kawan lelakinya. Aku suka melihat dia gembira like there's no problem at all. Afiq beri aku satu rasa yang buat aku untuk hargai hidup aku.

"Your's cheeks red now!" Nabilah menyakat seperti selalu.

Aku menjeling. Langsung tidak kisah bila adik Nabilah melihat. Namun aku cuba bereaksi tenang. Nabilah selalu nak buat aku rasa di awang-awangan.












TAK sangka pula sekali lagi aku terserempak dengan Afiq. Kelas dia dekat tangga dan aku paling hujung. Dia kelihatan menunggu pintu kelas dibuka bersama kawannya yang lain. Aku mengambil kesempatan itu memandangnya.

Aku terpaku namun sedikit malu bila aku seberani ini. Aku lantas melarikan pandangan mataku. Hatiku gusar sekiranya kelakuanku itu menarik perhatian rakan sekelasnya yang ada di situ. Aku tidak mahu mereka tahu aku ada crush dengan Afiq. Kalau mereka tahu, akulah yang paling malu sebab meminati orang yang bukan layak untuk aku.

Yes, he's not suit with me!

Tapi entahlah...aku tidak tahu kenapa aku masih menyukainya dalam diam. Dia memang hensem tapi bukan ketampanannya yang buat aku tertarik. Seolah ada satu magnet padanya untuk aku terus suka akan auranya.

"Kau tak nak cuba approach dia ke?" soal Nabilah yang ketika itu berjalan di sebelah aku, menjauh dari senior pujaan hatiku.

"Gile ke apa aku nak tegur dia, kenal pun tak! Silap hari bulan aku yang jadi bualan sebab terhegeh-hegeh dengan Afiq," Aku bersuara menolak cadangan Nabilah. Aku tidak dapat bayang kalau aku seberani itu untuk tegur Afiq tanpa alasan.

Ada apa dengan Afiq Musa?!Where stories live. Discover now