Bab 17

28 1 0
                                    

JELAS cintaku tidak ada balasan dari sebelah pihak. Untuk apa aku menaruh hati? Aku tidak tahu kenapa dan mengapa aku terus meminati Afiq padahal aku tahu dia tidak akan pamdang aku. Tapi kenapa masih aku mengharapkan dia? Bodohnya aku! Buta kerana cinta.

Aku tunduk cuba menenangkan diriku. Terlalu banyak aku bicara bersama diriku untuk menyedarkan diriku. Mungkin dah tiba masanya...untuk aku lepaskan semuanya. Masih banyak yang aku perlu fokus dalam kehidupan aku daripada aku fikir terus soal cintaku yang bertepuk sebelah tangan.

Aku bangkit lalu perlahan menuju meja belajarku. Laci bawah aku tarik lalu aku keluarkan mini diariku. Pen hitam yang menjadi kegemaranku mula melakari di atas kertas itu. Aku menulis meluahkan segala rasa yang aku rasa tika itu dan apa yang terjadi padaku hari itu. Aku rasa hari ini merupakan hari yang parah untuk aku.

Okey...I'll move on lepas ni.

Tapi andai saat aku tidak dapat lupakan dia, biarkan masa yang ada ini untuk aku adaptasi dengan memandangnya memujanya sebagai kenanagan terindah dan terpahit dalam hidup aku.

Aku tarik nafas yang sedalam-dalamnya lalu menghembusnya keluar. Kali ini aku tekad untuk kuat jalani semuanya. Bahagia dia, bahagia aku juga.

Selesai mencoret pada diariku, aku lantas menyimpan kembali ke dalam laci meja. Aku bangun lalu menuju ke katil semula. Aku baring malas dan memandang atas. Siling putih dan putaran kipas yang tiada hentinya. Lama aku terkebil-kebil melihat segalanya, aku akhirnya terlena tanpa sedar.












INDAH pagi dan aku menjalankan hariku sebagai pelajar seperti hari-hari biasa. Aku dan Aziemah berpisah kerana kelas kami berbeza. Aku menuju ke kelas awal pagiku. Aku tersenyum bila melihat gerangan Nabilah yang sepertinya menungguku di bahu lorong itu. Aku lekas mendekatinya dan kami berjalan beriringan.

Pelik juga aku bila dia jalan seorangan. Selalu ada cik abang di sebelah dia.

"Mana cik abang kau tu? Asal tak jalan sama?" tanyaku sekadar nak mengusiknya.

Nabilah mencebik. Tamparan sedap aku dapat di bahuku tanpa aku sempat mengelak. Aku pula yang cemberut namun aku gembira bila melihat reaksi kawan aku yang sorang ni. Mesti gaduh manja lagi dengan cik abang dia tu!

"Dia tu memang tak mahu tunggu aku asal masuk kelas pagi,"

"Tu lah jangan lambat nanti cik abang lari," aku masih tetap mengusiknya.

Nabilah kegeraman melihatku. Aku lantas berhenti mengusiknya terus-menerus. Kami menuju ke lab sains yang merupakan pelajaran pertama kami awal pagi itu. Aku tidak berapa suka subjek ini tapi aku cuba bersikap terbuka. Nak score tinggi, kena tolak ke tepi subjek yang aku tidak suka. Suka ke tidak suka aku mesti lulus semua subjek.

"Wait a minute!" terkejut aku dengan Nabilah ni. Dahlah pegang kuat pergelangan tangan aku.

"Kenapa?" tanyaku tanpa perasaan.

"Aku belum sign attendance untuk prefek sekolah tu. Jom temani aku ke ruang legar sekejap. Kelas belum nak start lagi ni,"

Aku terkemam. Ke ruang legar...bererti aku akan terserempak dengan Afiq? Macammana ni? Tapi bukannya Afiq tahu pun aku suka dia so act normal je lah!

Aku pasrah juga bila Nabilah tarik tangan aku. Tangan aku ni lenguh dah bawa 4 fail sederhana besar di samping aku. Tapi sebab Nabilah dah tarik, aku terpaksa nak layan karenah dia. Nabilah laju masuk ke dalam bilik unit disiplin. Sementara aku pula menantinya di luar. Aku tidak duduk meski ada bangku kosong dekat situ sebab aku fikir Nabilah sekejap sahaja nak buat urusannya.

Lima minit dah berlalu. Aku mula gusar tidak menentu. Entah mengapa jantungku berdegup laju. Dan perihal yang aku cuba elakkan akhirnya berlaku juga.

Aku terpaku bila terlihat kehadirannya bersama Hakeem di sebelahnya. Mereka berjalan sambil berbual tidak ingat dunia. Wajahnya tampak ceria sekali. Lebih cerah dari hari-hari sebelumnya. Mungkin...dia jatuh cinta dengan kekasihnya itu.

Sosoknya mendekat dan mataku terus paku pada raut wajahnya. Aku tahu dia tidak akan pandang aku sama sekali menyedariku ada di situ. Sekalipun jarak kami yang begitu dekat.

Aku terdengar dia tertawa kecil. Alahai...comel je dia tawa.

Aku tersentak bila Afiq menoleh tiba-tiba ke arahku. Aku laju memandang ke arah lain. Bila melihat  kelibat Nabilah baru keluar dari bilik unit disiplin itu, aku laju menarik lengannya beredar dari situ. Aku tidak hiraukan bebelan Nabilah. Yang penting aku nak keberadaan kami sudah jauh dari Afiq.

Berani pula aku nak tengok dia depan-depan! Kantoi pulak tu!






















AKU duduk di aras tinggi di grandstand itu. Tidak ramai pelajar di situ. Aku bersendirian tanpa Nabilah menemaniku. Aku sendiri yang mahu sendiri.

Aku pandang testpad di tangan dan pen yang masih belum aku lakukan apa-apa sedari tadi. Hatiku jelas berbagi-bagi. Nak buat atau tidak?

Tapi untuk apa aku nak buat surat itu sedangkan aku sedang cuba untuk lepaskan dia? Aku lantas meletakkan testpad dan pen dalam genggamanku di atas lantai simen itu. Aku pejam mata cuba untuk tenangkan diriku. Sehabis mungkin aku cuba untuk lenyapkan bayang Afiq dalam benakku.

Setelah agak tenang, aku lantas mencelikkan mataku. Aku mula fokus apa yang ada saat itu. Aku bangun lalu turun dari grandstand itu untuk kembali ke kelas. Tapi langkahku mulai perlahan bila aku melintasi dewan besar itu yang pintu terbuka besar. Aku mencuri pandang ke dalamnya bila aku dengar keriuhan di situ.

Aku melihat pelajar lelaki senior yang sedang bermain basketball dengan gaya mereka sendiri. Aku mahu berganjak dari situ tapi...langkahku mati bila seseorang menjerit nama Afiq begitu lantang.

Mataku lekas mencari sosok tubuh itu. Meliar mataku mencari gerangannya di dalam gelanggang itu dan akhirnya aku temui juga. Aku langsung tidak perasan bila bibirku tersenyum girang bila melihatnya bermain dengan bola itu.

Aku tidak tahu kenapa aku terus bereaksi seperti ini bila melihat Afiq. Melihat begitu banyak sekali yang menyokong dirinya, aku cukup gembira untuknya. Bahkan dia mempunyai ramai kawan di sisinya. Afiq disenangi oleh orang di situ dan itu buat aku jatuh cinta padanya.

I think...I fall in love with him again and again....

Aku tersenyum lebar. Aku terus menerus memandangnya dan aku mula perasan kehadiran seorang perempuan ke arah Afiq saat Afiq ambil rehat seketika. Mereka begitu mesra dan jelas mereka sedang bercinta.

Mesti ada hati yang lain yang kecewakan...? Aku kecewa juga tapi kali ini aku rela untuk melihat dia bahagia.

Aku mengatur langkahku pergi dari keriuhan itu. Aku senyum dan terus tersenyum. Hari bahagia aku kerana hari ini sahaja aku banyak kali melihatnya.

Even he's belonged to her, I don't care anymore. My feels is only me who can control it.


Afiq Musa, I love you...
aku mencintaimu...










Ada apa dengan Afiq Musa?!Where stories live. Discover now