Bab 8

56 3 0
                                    

TERKEBIL-KEBIL mataku lurus ke depan. Buku novel di atas meja tidak ku hiraukan. Yang menarik perhatiku kala itu adalah...si jejaka yang berjaya buat hatiku berbunga-bunga.

Aku terkejut dia masuk ke perpustakaan bersama kawannya, tak silap aku Raihan namanya. Bukan Hakeem. Aku sedar semua mata perempuan di dalam perpustakaan itu mencuri pandang ke arahnya. Aku tunduk menatap novel atas meja. Aku terasa diriku kerdil sangat...di antara beribu perempuan yang meminatinya, Afiq ada simpan perasaan ke untuk salah seorang beribu perempuan itu? Well...the answer only him knows.

Aku tidak ada mood nak teruskan bacaan novel ku pilih itu. Tajuk novel serupa nak ejek aku. Aku bangun dan berjalan ke arah rak tadi. Aku nak simpan buku novel itu di tempatnya semula. Ringan sikit kerja librarian di situ. 

Dah simpan, aku berura-ura hendak pergi tapi...langkahku terhenti bila mendengar suara perempuan yang tidak terlalu bising meluahkan perasaannya kepada seseorang. Aku tertarik dan mencari arah suara itu berada dan bila menemuinya, aku lekas menyembunyikan diriku di rak sebelah.

Aku terkejut bila perempuan itu berani mengungkapkan perasaannya di depan Afiq. Dengan Raihan di sebelah lelaki itu.  Aku speechless.

Aku tidak dengar perinci dan aku mahu berhenti sampai di situ. Aku rasa bersalah sebab menghendap curi dengar butir bicaranya segalanya. Aku mahu pergi tapi terbantut bila mendengar balasan Afiq.

"I'm sorry..."

Aku terpana. Dia reject perasaan perempuan itu. Yang buat aku terkejut ialah perempuan itu merupakan pelajar junior yang paling cantik. Jadi...Afiq tak pandang pada rupa. Apa yang dia pandang pada seorang perempuan?

Aku berpura-pura membelek buku di rak itu bila Afiq dan kawannya itu beredar dari situ. Aku mencuri pandang ke arah perempuan tadi. Wajahnya bertukar mendung, mahu menangis. Tiba-tiba sahaja aku rasa takut untuk berdepan dengan Afiq. Aku tidak akan buat seperti perempuan itu...luahkan perasaan di depannya. Ini kerja yang memalukan! Aku sumpah malu kalau aku berada di posisi perempuan itu.

Kalau cantik Afiq tak pandang, mungkin yang tak cantik pun dia tak layan. Mengeletar kecil tanganku sebab mungkin selepas ini aku akan berada di tempat perempuan itu. Aziemah yang paksa aku untuk ungkapkan perasaanku secara terus-terang di depan Afiq.

Aku takut...sumpah aku takut dengar rejection dari mulut Afiq sendiri. Aku takut aku malu bertahun lamanya. Aku takut semuanya.

Aku cuba menenangkan diriku lalu menyimpan balik buku yang ku pegang itu di rak. Aku tergesa-gesa keluar dari persembunyianku. Aku mahu mengambil barangku di atas meja tadi...tapi langkahku mati. Aku terkejut bila Afiq dan Raihan menggunakan meja ku tinggalkan tadi. Beg penselku disimpan rapi di atas buku homework ku. Padahal tadi berantakan di atas meja itu. Dan satu lagi...Afiq duduk di kerusi aku duduk sebelumnya. Raihan di depannya.

Aku rasa kebahagiaan yang maha hebat sekali. Aku memulakan langkah  seiring jantungku berdegup tidak seirama. This feeling is so nice...

Meja mereka aku dekati dan aku tunduk mengambil barangku. Aku sedar kehadiranku di meja itu mengundang perhatian mereka. Aku mahu pergi namun terhenti bila mendengar suara Afiq.

"I think...you mistook your things," ujarnya tidak terlalu kasar. Kedengaran mesra.

Aku memandang barangku yang ku bawa. Terperanjat aku bila aku dah ambil buku dia. Mengelabah aku lalu kembali ke meja mereka. Barangnya aku bagi balik dan mengambil barangku. Aku mahu pergi cepat dari situ. Aku sangat malu.

"Thanks..." ucapnya.

Aku memandang sikit ke arahnya. Dia tersenyum kepadaku dan aku terpana. This feeling feels right. Aku rasa aku dah jatuh cinta dengannya.

Ada apa dengan Afiq Musa?!Where stories live. Discover now