Bab 4

43 2 0
                                    

AKU terkejut tidak terhingga. Aku mati kata dibuatnya. Dalam benak fikiranku menafikan. Jujur aku rasa perkara ini hal yang paling mustahil.Ni serupa macam mimpi!

"Bacalah," Nabilah menghulurkan sekeping kertas yang sudah dilipat kecil itu.

Aku terketar-ketar menyambutnya. Aku betul-betul tidak percaya dengan apa yang aku lihat sekarang. Betul ke surat cintaku dibalas? I'm nobody and he doesn't know me but why? Kenapa dia balas surat cintaku? Kenapa surat cinta yang lain dia buang ke dalam tong sampah? Atau aku yang salah lihat? Mungkin aku silap. Atau dia balas atas perikemanusiaan?

"Aku yang suruh dia reply sebab aku bagitau kau kawan aku. Lagipun aku selalu ingatkan dia untuk balas surat cinta kau. Now dia dah bagi balasan...kau bacalah isinya,"

Aku senyum gembira. Terima kasih pada Nabilah sebab kalau bukan kerana dia, aku mungkin tidak dapat balasan surat dari Afiq. Nabilah so brave.

"Eh, kenapa tak baca?" tegur Nabilah bila melihat aku menyimpan surat Afiq itu ke dalam beg sekolahku.

Aku tayang sengih. Jujur aku tidak mahu orang lain tahu isi surat Afiq untuk aku itu.

"Aku baca nanti dekat hostel. Terima kasih sebab jadi posmen tak bergaji aku,"

"No worries!" balas Nabilah selamba.

Kami kembali fokus dalam pembelajaran kami hari itu. Tapi hatiku kian teruja. Teruja sebab dapat balasan surat dari Afiq.

Thank you, Afiq...












BUKA sahaja helaian kertas itu, aku tidak habis mengukir senyum nan indah. Hatiku berbunga-bunga meneliti biodata yang ditulisnya itu. I really love his handwriting. Kemas dan cantik. Sesuai dengan orangnya. Hensem.

Aku terus menerus mengagumi tulisannya. Tanganku menyentuh pena di atas kertas itu, membayangkan dia meluangkan masa menulis biodatanya itu. Terima kasih, Afiq untuk sekecil surat yang tidak bermakna ini. Tapi bagi aku this is more meaningful to my life. You are my first man yang buat aku kenal dunia cinta budak-budak.

Aku membaca biodatanya. Aku belum menghidu tulisan biodatanya yang tidak ikhlas itu. Dia tidak menipu namanya dan hari lahirnya. Mulanya aku rasa kelakar tapi bila di akhir biodata itu...aku terpempan tidak terkata.

Enemy...is you!

Hatred...towards you!

Aku mengenggam tanganku kuat. Aku tahu dia tidak ikhlas tapi mengapa dia balas suratku? Mengapa dia buat hatiku perit seperti ini? Aku menahan rasa sebak di dalam hati tapi aku tidak kuat. Aku menangis tanpa aku sedar. Afiq sudah berjaya buat aku menangis kerana perasaan cinta.

Mataku menatap signature nya di akhir surat itu. Tiba-tiba senyumanku terlakar di bibir di sebalik rasa sedihku itu. Meski dia benci denganku, tapi aku tidak boleh paksa hatiku untuk berhenti memujanya dalam dia.

Afiq, aku akan selalu di sini...memandangmu dari kejauhan.



If I'm your enemy, makes you hate me so much...then I will keep quiet.



Ada apa dengan Afiq Musa?!Where stories live. Discover now