Bab 13

36 3 0
                                    

TAHUN baru datang juga. Sepanjang aku cuti sekolah sebulan itu, aku banyak menghabiskan masaku bersama keluargaku. Sebelum ni, hubungan keluargaku sangat renggang. Keluargaku besar. Aku ada 12 orang adik beradik dan aku belum berapa akrab dengan mana-mana kecuali adik perempuanku dan kakakku yang ke lima. Sejak aku tinggal hostel, berpisah jauh dari parents aku, buat aku sangat merindui mereka. Aku tidak mahu mensia-siakan waktu yang ada ini untuk aku bergaul dengan mereka. Aku tahu ibubapaku teringin sekali anaknya saling bertegur sapa dan akrab. Tapi jujur...it takes time.

Hari sabtu, aku akan pulang semula ke hostel bersama kakakku. Sumpah, aku menangis bila aku berpisah dari mereka. Aku mula merindui mereka. Tapi sebab aku belajar, aku kuatkan hatiku. Beginilah rasanya tinggal berjauhan dari parents.

Sekolah dibuka seperti biasa tapi kali ini aku dinaikkan ke kelas yang sama tapi tahun ke 2, Form 2. Aku masih cuba adapt dengan suasana baru di tahun baru. Tapi rasanya aku dah mula rapat dan tegur rakan sekelasku yang lain. Nabilah pun dah pandai bercintan-cintun dengan Habib. We're classmate. Rahsianya pun aku tahu semua. Aku ada berubah sedikitlah. Aku ada keberanian sedikit untuk tegur orang dulu. Tak macam dulu aku pemalu.

Pertama kali aku melangkah sekolahku, aku dah tak sabar mahu memandang Afiq. Mungkin dia berubah personaliti. Aku rindu sangat dengannya. Aziemah pun rindu nak tengok Hakeem dia. Aku harap aku dapat lihat dia hari ini. Tapi as alwasy pembelajaran dijalankan seperti biasa mengikut jadual subjek yang akan diajar. Aku gugup sebab tahun 2 ni aku dah mula belajar satu subjek tu lebih mendalam. Aku tak pandai sampai dapat high score, aku cuma masih berjinak-jinak mahu jadi pandai. Paling susah subjek math tapi aku dapat minta tolong dengan Nabilah.

Waktu rehat dinantikan akhirnya menjelma. Aku atur langkah kakiku mengekori Nabilah. Tapi sekejap saja bila dia kena dating dengan Habib. Jadi aku terpaksa bawa langkahku mencari kelibat Aziemah di ruang legar. Langkah kakiku perlahan di situ bila aku nampak dia dan kawan sekelasnya menuju ke perpustakaan. Aku laju ke arah Aziemah.

"Mereka masuk dalam library," beritahuku begitu teruja.

Bersinar-sinar mata Aziemah bila aku khabarkan berita gembira itu. Tak sangka aku tahun ni aku boleh tahan gedik dengan Aziemah. Seolah maluku dulu hilang sedikit demi sedikit. Atau mungkin aku dah terbiasa dengan suasana di sekolah ini? Mungkinlah...

Kami berdua minta diri lalu membuka langkah cepat menuju ke arah perpustakaan. Aku sungguh tidak sabar mahu memandangnya lagi. Kami masuk lalu pura-pura mencari buku yang nak dipinjam. Padahal mata kami mencuri pandang ke arah kelas mereka yang lagi tekun mendengar cikgu mengajar.

Aku sembunyi senyum. Rasa rinduku padanya dah terhapus sedikit. Aku curi lagi memandang ke arah Afiq dari balik rak itu. Sungguh aku suka melihat segala perilakunya. Dia belajar, dia tekun mendengar, dia tertawa, dia tersenyum dan segalanya...aku sangat mengagumi dirinya.

Hatiku berbunga bahagia bila begini. Kalau dekat nanti, mungkin akan lebih bahagia dari yang aku rasa sekarang ini.

"Cepatlah cari buku. Sambil tengok tu pilihlah buku yang kau nak pinjam. Break time dah nak habis ni," mujur Aziemah mencuit lenganku.

Tersedar aku dari leka terus menatap Afiq terus. Aku lantas mencari buku yang aku mahu pinjam lalu kami berdua menuju ke kaunter perpustakaan itu. Selesai urusan meminjam buku, aku berat hati mahu keluar dari perpustakaan itu sebab Afiq masih di dalam itu. Aziemah pun kelihatan berat sangat tapi dia cepat pujuk aku bahawa kelas seterusnya lebih matter dari memandang crush kami.

Moga tahun ni adalah tahun yang panjang dan gembira berpihak padaku. Aku harap sangat tahun ini aku manfaatkan lebih baik dari sebelumnya dan aku mahu Afiq tahu siapa aku. Aku dah Aziemah dah rancang bersama. Success or not, bukan jadi masalah. Tapi biarlah Afiq tahu perasaan aku. Aku dah fikir apa yang terbaik untuk aku.

















REHAT berakhir. Aku laju menuju ke kelas seterusnya. Aku masuk kelas awal dari Nabilah. Biasalah...lagi senang berdua dengan Habib. Sementara cikgu belum masuk, aku mula fokus dengan membelek buku teks subjek yang diajar hari itu. Bosan sebab Nabilah tak ke sudah bercerita dengan Habib. Aku tidak banyak menceritakan soal hidupku pada rakan sekelasku yang lain melainkkan Nabilah. Mereka pun tidak ambil tahu pasal diri aku. Aku ini jelas membosankan.

Aku tersentak bila ada ketukan mejaku. Namaku diseru lembut penuh gembira. Aku mendongak sedikit melihat empunya yang menyapaku itu. Amirah.

"Aku dah send gambar kita dengan Afiq masa tahun lepas dekat facebook kau. Kau dah check ke belum?"

Aku jujur rasa gembira sangat. Bila Amirah memaklumkan itu, aku terlupa yang aku pernah bergambar bersama Afiq di pondok depan blok sains lab.

"Terima kasih untuk gambarnya. Aku belum check lagi," ujarku begitu gembira.

"Aku tau kau nak gambar tu sebab kau peminat Afiq. Kalau Nabilah tak bocor sampai sekarang, kami semua tak tahu kau suka dekat Afiq tu,"

Aku hanya tersenyum. Amirah pergi ke mejanya sebelah Anisah. Aku kembali memandnag mejaku. Rakan sekelas perempuanku tahu aku meminati Afiq Musa dalam diam. Mereka pun tahu akan Afiq yang popular di kalangan pelajar perempuan.

"Kau cerita apa tadi dengan Mirah?"

Terkejut aku dengan kemunculan Nabilah di sebelahku. Dia ni suka sangat nak datang mengejut nak kenakan aku.

"Ouh dia cakap pasal gambar kami dengan Afiq tahun lepas tu. Aku masih belum dapat nak aktifkan facebook aku sebab aku tak ada phone macam korang,"

Sedihlah juga sebab dalam kelas itu, aku seorang sahaja yang tidak mempunyai telefon pintar. Nak beli, tidak mampu. Jadi aku diamkan sahaja kehendakku itu. Aku tidak meminta orang tuaku belikan untukku sebab aku tahu kesusahan mereka.

"Tak apa...nanti bila kau kerja, kau dapatlah beli dengan duit kau sendiri,"

Aku senyum sahaja. Aku tidak mahu membahaskan soal itu lagi. Aku terima apa adanya kisah hidupku yang berlatarkan kesusahan.

"Kau dah nampak Afiq ke tadi? Mesti kau rindu dengan dia kan..."

Ya, aku rindu dia.

"Aku plan...nak terus-terang dengan dia lepas dia final exam," aku sungguh malu untuk mengutarakan pelanku itu tapi aku tahu Nabilah pasti menyokongku.

Nabilah jelas naik teruja.

"Tapi masih lama lagi. Aku akan cuba untuk beranikan diri aku," ujarku lagi.

"Inilah yang aku mahukan dari kau. Anything yang kau plan untuk Afiq, aku akan selalu support kau no matter what," Nabilah bersuara girang.

Aku tersenyum lebar. Aku tidak tahu di masa yang akan datang nanti seperti apa. Adakah rancanganku akan berjaya seperti yang ku rancangkan, aku harap semuanya berjalan lancar.

Kali ini aku tekad...aku mahu Afiq tahu akan perasaanku. Tak balas tu lain cerita lagi.

Ada apa dengan Afiq Musa?!Where stories live. Discover now