Bab 21

75 3 2
                                    

15 TAHUN DAH BERLALU......

Sekarang dah 2022. Cepat sangat masa berlalu dan kenangan tetap kekal menjadi memori di dalam hidup. Sungguh aku sangat rindu dengan zaman sekolahku dulu. Dulu pernah jadi seorang pelajar sekarang dah berkerja berdikari. Kejap sangat aku membesar dan sekarang sudah sebati dengan makna kehidupan yang aku rasa sangat mencabar.

Aku dah pilih agama yang aku mahu. Dulu tidak yakin dan tidak ada sokongan dari belakang. Sekarang aku dah berjaya untuk peluk islam. 24 April 2019, tarikh di mana aku peluk islam bersama seorang abangku dan adik perempuanku. Aku masih belajar mendalami ilmu Islam dan aku mahu kenal tuhanku.

Aku tidak pernah lupa pada sebaris namanya. Afiq Musa. Tapi aku bukan peminat tegarnya seperti dulu. Kami dah bawa haluan masing-masing. Sejak aku tahu dia belajar sampai oversea aku mula menyedari diriku tidak layak untuk dekat dengannya. Aku tidak lagi melihatnya bahkan mendengar perkembangan terkini darinya. Entah sudah kahwin atau belum aku tidak tahu. Hanya titipan doa sahaja agar dia menemui jodohnya yang baik yang boleh bahagiakan dia.

Aziemah pula dah peluk islam sebelum tarikh aku peluk islam. Dia sekarang dah bekerja dan kami tidak selalu bertemu. Cukup kami bertanya khabar lewat aplikasi hijau.

Nabilah pula dah jadi pramugari. Bertambah cantik dan kami dah lama lost contact. Aku tahu perkembangannya pun dari Aziemah.

Fiona pula dah berumahtangga. Ada dua orang anak. Bahagia bersama suami serta keluarganya.

Hakeem, kawan sekelas Afiq pun sudah berkahwin. Bahagia dengan pilihan hatinya.

Aku dan Aziemah dah lalui fasa remaja kami. Dia pun niat cari jodoh dan aku pula belum terbuka untuk mencari. Aku dah cuba tapi aku selalu gagal untuk sukakan orang itu balik.

Sampai saat ini, aku masih single dan fokus dengan kerjayaku bahkan keluargaku. Ada sesuatu yang aku mahu capai dalam hidupku dan sampai sekarang aku belum nak capai.









Flashback tahun 2019

Aku terjaga dari tidurku. Sedar-sedar dah 30 minit aku rehat. Aku basuh mukaku. Lepas ini giliran orang lain pula nak ambil rehat. Aku cepat masuk kembali ke tempat kerjaku.

Aku tersenyum meskipun aku terpaksa ambil alih kerja kawan ku sebagai cashier. Aku tidak suka sebenarnya tapi oleh sebab dia kawan aku, aku kena juga memahami dan bertolak ansur. Kawan aku ambil rehat dan aku di situ. Satu sebab aku tidak mahu berada di tempat cashier sebab pelanggannya.

Sesiapa yang pernah kerja dibawah customer service ini mesti kena banyakkan bersabar layan karenah manja pelanggan. Aku kadang tidak boleh juga nak handle kalau pelanggan itu yang kurang ajar. Kadang aku lebih suka dipijak dan biarkan mereka sakit hati. Kata orang diam itu lebih bagus.

Aku sibuk menelaah purchase order yang supervisor aku bagi tadi. Lepas kawan aku masuk, aku akan buat kerja aku. Pelanggan dah masuk nak beli sampai berpeluh aku nak hadap mereka. Ingatkan waktu tengahari mereka pergi makan tidak sangka pula  nak beli barang. Aku kena hadap juga mereka satu persatu. Rasa gentar itu memang ada sebab bagi aku makhluk yang bernama manusia ini memang menakutkanku.

Aku sibuk menelaah itu aku tidak perasan pelanggan yang dah masuk dan keluar dari kedai itu. Bila kawan aku yang rehat tadi masuk, aku baru perasan sesuatu. Mataku kuhalakan pada satu susuk tubuh di satu sudut dalam kedai itu.

Berdegup jantungku. Menggeletar tubuhku dan bulu romaku terasa meremang. Betul ke itu dia? Afiq Musa ke tu? Dia tidak sendiri, ada seorang lelaki temani dia, mungkin adiknya kut.

"Excuse me,"

Laju kepalaku menoleh. Tidak semena mataku bertembung dengan matanya.

It's been a long time...jauh sangat dia berubah dari segi rupa dan fizikalnya. Tubuhnya kelihatan tegap dan wajahnya tampak matang. As always dia tetap tinggi. Aku pula masih pendek, tidak mahu nak tinggi.

"Kami nak cari silicone glue untuk glass?"

Aku pandang sebelah Afiq. Mukanya ada iras wajah Afiq. Mungkin adik dia sebab sebelum ini aku tidak pernah tahu menahu tentang adiknya yang dua orang itu. Nama pun aku tidak tahu.

"Ouh, ada...jenama Hardex,"

"Can you show me?"

Aku angguk lalu membawa mereka ke bahagian gam silicone. Aku ambil satu silicone yang aku maksudkan tadi lalu kehulur pada mereka. Afiq mengambilnya dan sekali lagi mataku melihatnya. Jantung aku rasa berdegup sangat meskipun kami tidak bersentuhan tangan. Kami tidak dekat pun aku rasa jantung aku nak meletup.

"Tapi ni waterproof ke?" Adik Afiq menyoal lagi. Dari tadi duk membelek tulisan di badan gam silicone tersebut.

"Iya...sebab boleh digunakan mana-mana glass. Akurium pun boleh," aku menjelas tenang. Padahal dari tadi mataku asyik mencuri pandang ke arah Afiq.

Afiq layan sahaja adiknya di sebelah. Benar kata orang, tak kenal maka tak cinta. Aku ni orang lain di dalam hidup dia. Meskipun kami pernah terserempak di sekolah yang sama, bertahun lama berpisah, dia masih tidak menyedari kewujudanku. I am nobody to him.

"Okey, I'll buy it. Terima kasih,"

Aku senyum tawar. Melihat Afiq pergi begitu sahaja bersama adiknya, aku rasa kecewa teramat sangat.

Aku suka dia dulu dan hingga sekarang. Perasaan itu masih sama. Detak jantungku berirama sama bila di dekatnya. Tapi sakitnya...sampai sekarang Afiq tidak tahu tentang perasaanku.

Tidak apa...sekurangnya dia bahagia dengan kehidupannya. Mungkin dia ada kekasih hati mendampinginya.

Saat kakimu melangkah pergi untuk ke dua kalinya, aku tekad mahu melupakanmu bahkan hapuskan rasa ini. Aku sedar cintaku tidak memihak ke arahku. Aku sedar juga kau sampai bila-bila pun tidak kenal aku. Rasa ini hanya menyakitkan hati dan perasaan ku saja. Cinta bertepuk sebelah tangan ni menyakitkan apalagi kalau orang itu adalah cinta pertamamu.

Aku akan berhenti menyukaimu. Aku akan membiarkanmu bahagia bersama pilihanmu. Aku akan berhenti setakat sampai di sini. Cukup aku terseksa kerana cintaku bertepuk sebelah tangan.

Goodbye, Afiq Musa...

Forever...









~Tamat~

TERIMA KASIH YANG SUDI MEMBACA KARYA NI SAMPAI HABIS. TERIMA KASIH YANG SUDI MEMBACANYA MESKIPUN JALAN CERITANYA AGAK HAMBAR. SAYA AMBIL DARI KISAH BENAR DAN SEMUA WATAKNYA BENAR BELAKA. HANYA BEBERAPA JALAN CERITANYA SAHAJA DIUBAH SEDIKIT.

YANG SEMPURNA ITU ALLAH, DAN YANG BURUK ITU DATANGNYA DARI DIRI SAYA SENDIRI. MAAF KALAU SELAMA DALAM PENULISAN KARYA INI ADA PERKATAAN-PERKATAAN YANG MENGURISKAN HATI.

SALAM DARI TEAQAHM.

Ada apa dengan Afiq Musa?!Where stories live. Discover now