Bab 14

35 2 0
                                    

WAKTU rehat yang ditunggu kini muncul juga. Dengar sahaja lonceng rehat didendangkan di corong pembesar suara itu, semua pelajar sudah laju meluru keluar kelas. Mahu sampai awal di kantin, malas mahu beratur panjang.

Aku pula lebih suka meluangkan masa rehat ku di ruang perpustakaan. Kali ini sendiri, tidak berteman. Aku nak cari sumber idea untuk projek geografi yang harus dihantar pada hari Khamis minggu depan. Aku memeriksa beberapa buku yang aku rasa berguna lalu data-data yang penting aku catatkan dalam buku nota yang sering kubawa.

Aku fokus menelaah beberapa nota penting. Bila pasal belajar, aku akan lupa sekelilingku. Beberapa kali aku mencari namun aku rasa masih ada yang kurang. Aku mengeluh di dalam hati. Masih tidak puas hati dengan apa yang aku dapat.

Aku meninggalkan mejaku lalu beredar ke arah rak yang menempatkan beberapa buku-buku yang mempunyai kaitan dengan subjek geografi. Aku membelek beberapa buku dan terus mencari apa yang aku mahukan. Aku menyentuh buku di rak itu lalu menarik satu buku yang menarik perhatianku. Drastik sepasang mataku memandang seseorang yang berada di rak sebelah dari ruang buku yang aku ambil tadi.

Terpana.

Tergamam.

Aku terkedu. Speechless!

Aku tidak menyangka aku boleh bertemu dengannya di ruang perpustakaan. Aku tahu dia bukan kaki buku seperti yang kawan aku katakan. Dia bukan ulat buku.

Tapi...kenapa dia ada di situ?

Atau aku cuma halusinasi? Segila inikah aku menyukainya?

Aku tersedar lalu lantas kembali fokus ke dunia nyata. Meskipun jantungku berdegup laju namun kali ini aku cuba mengawalnya. Aku tidak boleh leka selamanya.

Aku lekas kembali ke meja ku tadi dan mengemas segala barangku. Aku mengembalikan buku-buku yang ku ambil dari rak tadi di atas troli. Kali ini aku tidak sempat nak ringankan sikit pekerjaan librarian di situ. Aku harus kejar ke kelasku selanjutnya.

Aku beredar lalu mendapatkan begku. Bila memastikan semua barangku selamat tidak ada yang hilang, baru aku mulakan langkah keluar dari perpustakaan itu. Aku tak pakai jam tangan tapi aku tahu aku ada lima minit yang tersisa untuk aku menuju ke kelasku selepas jam rehat itu. Aku bergegas menuruni anak tangga perpustakaan itu dan aku sekali lagi terkejut bila halwa telingaku mendengar seseorang menyeru nama Afiq.

Terus mati langkahku.

Aku melihat ke depan dan melihat Raihan yang sepertinya sedang menantikan Afiq menghampirinya. Langsung kepalaku memusing ke kanan dan pandanganku menyapa susuk tubuhnya yang juga sama menuruni anak tangga tersebut. Mataku bersambung dengannya namun sekejap sahaja bila dia mengangkat tangan membalas sapaan Raihan.

Dia melintasiku. Jantungku terasa terhenti untuk seketika. Aku serasa tidak bernafas. This is totally insane!

Bila dia mendekat Raihan, aku mula bernafas seperti biasa. Aku melihatnya yang begitu gembira dan sentiasa ceria. Seolah tidak ada mendung yang menyapa di wajah good looking nya itu. Bila beberapa rakan perempuan menyapanya, aku terus mengalihkan pandanganku. Aku terus memulakan langkahku untuk pergi.

Jujur aku cemburu melihat beberapa perempuan yang begitu rapat bahkan berani menyapa dirinya. Aku mahu jadi perempuan itu. Aku mahu menegurnya hari-hari. Aku mahu berkongsi cerita dengannya. Tapi...aku tahu aku bukan siapa-siapa padanya. Bukan kawan, bukan juga saudaranya. No one. Nobody to him.

Aku adalah aku. A stranger to him.



















AKU tahu rasa ini melebihi batas rasa seorang manusia. Aku juga tahu aku tak sepatutnya meminatinya melebihi segalanya. Aku sekarang sedang belajar untuk mengawal perasaanku, mengajar hatiku untuk tidak terobsesi. Aku pernah lihat orang yang terobsesi dengan cinta, dia menjadi gila. Ada yang sampai depresi sehingga melukakan diri sendiri. Ada juga bunuh diri kerana malu cintanya tidak kesampaian.

Aku kadang lemah. Mudah terpengaruh tapi goodness aku masih jadi diriku yang masih sedar. Masih waras.

"Kau takkan buat macam tu kan kalau dia tolak perasaan kau?" lambat-lambat Aziemah menyoalku.

Drastik aku menoleh ke arahnya. Mataku beningku memandangnya dengan pandangan tidak mengerti maksud pertanyaannya tadi.

"Kau tak bunuh diri kan..."

Aku mengerti. Aziemah pasti risaukan keadaan diriku. Aku lantas tersenyum memandangnya.

"Aku bukan seperti itu. Aku takkan buat perkara bodoh macam tu. Aku masih tahu mana baik mana jahat. Aku tahu buat perkara tu mendatangkan dosa. Aku takkan buat," begitu yakin aku mengujar bicaraku. Aku tidak akan melakukan perbuatan seperti itu semata-mata kerana cinta.

"Baguslah kau siuman," ujar Aziemah kedengaran begitu lega.

Aku memandangnya pelik.

"Kenapa kau fikir aku akan buat macam tu?"

"Kau masih setia dengan Afiq. Kau tak pernah pandang lelaki lain selain Afiq. Kau terus menerus meminati Afiq dalam diam. Aku pun kadang terfikir takut kau terobsesi dengan dia. Lelaki ni bukan dia je di dalam dunia ni," ujar Aziemah.

Aku tersenyum lagi.

"Aku suka Afiq bukan sebab aku suka-suka je nak suka dia. Aku rasa ada hikmah di sebalik kehadirannya di dalam hidupku. Aku tahu aku bukan penting dalam hidupnya. Tapi aku menyedari sesuatu selama aku menyukainya. Aku tak akan obsesi. Aku tak pandang lelaki lain sebab aku belum bersedia untuk membagi hatiku. Cukup Afiq seorang je. Aku takkan sanjung dia melebihi batas kita, percayalah...aku suka dia sebab memang aku suka dia. Bukan sebab aku obsesi. Aku tetap siuman dan aku tak gila. Aku cintakan Afiq sebab ada sesuatu yang menarik dalam dirinya. Tapi aku masih belum menemuinya lagi,"

"Maksud kau apa? Apa sesuatu tu?" tanya Aziemah terus.

Aku diam sejenak. Aku masih mencari idea untuk menjelaskan dengan ayat yang memudahkan supaya Aziemah faham.

"Aku masih cari alasan tu..." ujarku perlahan.

"Alasan apa?"

"Alasan mengapa aku menyukainya. Aku masih mencarinya," balasku.

Aziemah terdiam. Namun dia mengertiku. Dia tidak bertanya lagi selepas itu. Aku sendiri pun tidak tahu mengapa aku begitu tertarik dengan Afiq. Menyukai seseorang itu harus mempunyai alasannya. Aku...masih setia dengannya sebab aku mahu tahu alasan aku menyukainya. Kenapa aku dipertemukan dengannya. Dalam banyak-banyak lelaki di sekolah itu, kenapa mataku tertarik hanya dia seorang sahaja. Kenapa dia?

Ada apa dengan dia?

Ada apa dengan Afiq Musa?!

"Kau yakin ke kau hanya sekadar menyukainya?" persoalan Aziemah menyedarkanku.

"Maksud kau?"

"Cuba kau tanya hati kau. Betul ke kau sekadar menyukainya bukan mencintainya?"

Aku terdiam. Tersentak dengan persoalan yang diajukan Aziemah. Aku sememangnya masih tidak mengerti dengan hatiku.

"Macammana kau dengan Hakeem?" kali ini giliran aku pula menanyanya.

Aku sudah lama sedar bahawa Aziemah lebih menyukai Hakeem dari crush nya yang lain. Mungkin dia juga sama sepertiku.

Aziemah menayangkan sengihan.

"Aku cuma meminati dia sebab hati aku tertarik. Bukan cinta tapi hanya sekadar suka saja," ujarnya dengan senyuman tenang terlakar di bibirnya.

Aku senyum. Aziemah boleh menipuku secara terangan tapi aku tahu hatinya untuk siapa. Aku akan selalu sokong pilihannya.

Ada apa dengan Afiq Musa?!Where stories live. Discover now