Bab 15

32 2 0
                                    

AKHIRNYA aku lulus dalam projek geografi yang aku serahkan beberapa hari yang lepas. Aku senang sangat melihat kerja usahaku berbaloi.  Tidak sia-sia aku meluangkan masaku menghadap buku-buku. Nabilah kelihatan sedih di sebelahku. Dia kata markah projeknya hanya lulus dengan markah rendah. Jelas dia kecewa dengan keputusan yang dia perolehi itu.

"Dahlah tu...sekurangnya lepas ni kau boleh improve di lain kali,"

"Aku nak markah tinggi macam kau," Nabilah masih dengan mood down nya. Wajahnya mendung kelabu.

Aku hanya mampu senyum ringkas. Aku faham Nabilah rasa tidak puas hati dengan markah yang dia perolehi. Tapi bagi aku ianya sudah cukup sebab dia tidak gagal. Lagipun sekali kita gagal, bukannya gagal untuk selamanya.There's always a chance to improve and it's never too late...

"Subjek lain kau dah okey. Jangan risaulah lain kali markah kau mungkin lebih tinggi dari aku. Yang penting DUIT. Doa Usaha Ikhtiar dan Tawakkal,"

Nabilah seraya tegakkan badannya. Pandang aku dengan muka meluatnya. Sakit hatilah tu sebab aku bagi ceramah percuma. Aku perasan sejak dia couple ni, dia banyak kali tidak fokus dalam kelas. Habis kelas sahaja terus bergendeng sebelah kekasih hatinya. Nabilah...Nabilah...

"Aku nak tanya kau ni..."

Aku perlahan melirik ke arah Nabilah. Tanya pasal apa ye...?

"Macammana kau dengan Afiq? Kau masih ada hati  dengan dia ke?"

Aku terus ukir senyum. Menawan. Bila cerita pasal crush ni, tiba-tiba je aku rasa gembira sangat. Bak kata dalam cerita a little crazy thing called love, you are my the inspiration!

"Hanya nama dia sorang je dalam hati aku ni," begitu yakin sekali aku mengatakannya.

Nabilah mengherot bibirnya, meluat. Tahulah aku ni gedik kalau sebut nama Afiq. Tapi tidaklah gedik sebab tak ingat dunia. Aku masih punya rasa malu. Nak dekati dia pun aku masih belum berani. Nak tegur pun aku malu. Maklumlah dia tidak kenal siapa aku...huhu...

"Kau tak nak ke try approach dia dulu ke so that dia boleh kenal siapa kau. Lepas tu korang boleh jadi kawan then couple meletup,"

Aku geleng tidak bersetuju. Tak nak aku!

"Habis tu sampai bila kau pendam segalanya? Kau tak sakit hati ke?"

"Aku dah rancang segalanya...aku takkan approach dia dulu. Aku tak ganggu dia takut nanti menganggu pembelajaran dia. Tahun ni dia O Level mesti dia stress. So aku tunggu lepas dia dah habis exam nanti," jawabku bersahaja. Tenang, tidak gusar seperti yang Nabilah rasakan.

Nabilah meraup wajahnya. Mungkin pening layan karenah aku yang acapkali mahu mengikut kata hatiku. Lagipun aku belum bersedia untuk mengungkapkan perasaanku lebih awal kepada Afiq. Aku takut aku kecewa dan tidak dapat menerima kenyataan sebenar.

"Kenapa kau pilih jalan ni? Kau cantik apa adanya dan aku yakin Afiq takkan tak nak tegur kau balik. Aku yakin Afiq baik...meskipun dia tak suka kau. Tapi sekurangnya dia boleh anggap kau jadi kawan dia,"

"Aku okey je macam ni," Aku cuba tersenyum untuk menyakinkan Nabilah.

Nabilah jelas kecewa dengan keputusan yang aku ambil. Dia masih tidak berpuas hati dengan rancanganku itu. Dia nak juga aku secepatnya menegur Afiq tapi aku berikan beberapa alasan. Cukup hanya diriku tahu alasanku yang sebenar. I'm not ready to hurt again tapi aku memilih jalan ini...



















KEMAS tanganku memeluk fail di tanganku rapat ke dada. Seiring kakiku mengatur langkah menuju ke perpustakaan. Langsung tidak peduli dengan keadaan sekelilingku. Aku mendaki anak tangga satu persatu. Terkejut aku belum bersedia bila beberapa pelajar laju menuruni anak tangga tersebut sehingga aku tersasar ke tepi. Buku kecil yang aku selalu bawa jatuh keluar dari fail yang aku peluk tika itu. Aku mengeluh kecil.

Ada apa dengan Afiq Musa?!Where stories live. Discover now