Bab 11

55 3 0
                                    

SATU bulan dah berlalu...aku kisahkan hidupku yang berkerja keras untuk exam terakhir yang akan datang. Exam akhir tahun yang menilai samaada aku boleh mara ke tahun depan atau stay. Aku belajar, mengulangkaji dan practice a lot sampai aku boleh lupa lelaki pujaan hatiku.

Semakin hari menginjak ke hujung tahun, hatiku berdebar sebab satu bulan hingga ke tahun depan...aku tidak akan bersua muka dengan Afiq. Tunggu buka sekolah tahun depan, barulah dapat bertemunya lagi. Aku rasa...berat untuk melangkah. Aku takut aku rindu berat padanya.

"Kenapa ni?" tegur Aziemah bila kami berada di perpustakaan.

Aku tunduk lemah. Seharian aku fikir pasal Afiq. Seolah aku akan berpisah dengannya buat selamanya. Tapi satu bulan je...

"Aku...akan rindu kau sebab lepas ni kita cuti panjang satu bulan. Jumpa kau tahun depan,"

Aku pandang Aziemah dengan pandangan yang kurang bersemangat. Berpisah dengan kawan, berpisah dengan Afiq...aku rasa sedih pula. Tahun ni perangai kita begini tapi tahun depan mungkin dah berubah. Aku takut...perubahan. Tapi kalau tak berubah, tak seronok pula.

"Betul ke kau akan rindu aku? Bukan...Afiq ke?" Aziemah dah pasang agenda nak menyakat aku.

Aku senyum hambar. Seolah tenagaku telah diserap oleh Afiq. Tidak bermaya aku membaca buku novel yang kupilih itu.

"Aku rindu dia juga..." ujarku perlahan. Rindu sangat sampai kami langsung tidak terserempak.

"Kau fokus untuk exam nanti...Jangan fikir pasal Afiq dulu. Kalau kau gagal nanti kau yang susah. Jangan hampakan parents kau. Kau nak ke kena marah dengan abang kau yang tua tu?"

Aku lupa aku ada abang yang tua yang garang dalam keluarga aku. Aziemah dah ingatkan aku pasal hal tu. Well...aku takut dengan dia. Aku pernah gagal dalam exam sebelum ni dan dia dah marah aku siap bagi warning jangan nak bercinta. Aku tak akan bercinta sebab aku tak dapat nak tarik perhatian seorang lelaki. Hmmmm....

"Lepas exam kan...ada aktiviti sekolah untuk akhir tahun. Kita cuba sertai mana tahu lah kita boleh terserempak dengan Afiq dengan Hakeem juga,"

Tiba-tiba sahaja mataku bersinar berkilauan. Aku lupa sekolah kami akan diadakan aktiviti besar-besaran untuk satu sekolah. Sudah tentulah aku boleh nampak dia nanti. OMG, aku tak sabar!

"Aku dah plan awal suruh Fizah pinjam kamera abang dia,"

Aku terus tertanya-tanya pada Aziemah. Apa pula kamera kena mengena dengan rancangan kami nanti? Aziemah tayang senyum lalu membisikkan rancangan tambahannya itu. Aku terus terkedu. Biar betul?

"Kau sorang je lah ambil gambar dengan crush kau tu. Aku tak mahu. Aku tak berani dan aku malu," aku menolak mentah-mentah.

Mana mungkin aku nak tegur Afiq dulu cakap nak ambil gambar bersama. Berdua je. Malulah aku! Aziemah ni...memang tak masuk akal. Lagipun kalau nanti sekiranya Afiq menolak, macammana? Kan...dah tahan malu sendiri.

"Jangan risau...kita guna Nabilah. Nabilah kan kawan dengan kawan Afiq," Aziemah masih terus dengan pelannya itu.

"Aku tak mahu. Kau je lah!"

"Kau ni kan...tak support langsung! Tak nak kawan dengan kau," Aziemah merajuk kecil lalu bangun beredar ke meja kawan kami yang lain.

Aku terkebil-kebil dengan perangai Aziemah. Amboi, terus lupa kawan dekat sini!


















AKU terhenti membelek buku di rak. Langkah ku atur mendekat tingkap di perpustakaan itu. Aku membuang pandang ke luar. Leka aku mengamati panorama waktu petang di luar. Aku terlalu suka memandang langit.

Ada apa dengan Afiq Musa?!Where stories live. Discover now