Bab 2

55 2 0
                                    

BERKALI-KALI aku karang menulis lakaran pada kertas testpad itu tapi satu pun tidak memuaskan hatiku. Aku gumpalkan kertas itu lalu buang ke dalam tong sampah kecil di bawah meja belajarku.

Aku masih teringatkan cadangan Nabilah untuk suruh aku buat surat cinta pada Afiq. Sekarang ni aku tengah lakukan tapi aku tidak ada idea nak mula macammana. Susah sangat nak cari idea untuk menarik perhatian pembaca. Aku nak surat cinta pertama aku dapat menarik perhatian Afiq untuk baca lanjut. Aku paling takut sekiranya suratku nanti terus dilempar ke dalam tong sampah.  It's a shame!

Aku berfikir dan terus berfikir. Untuk crush pertama aku, aku nak yang terbaik.

"Buat apa tu?"

Aku terkejut lalu spontan aku menyembunyikan lakaran suratku.

"Sembunyi apa tu?"

Aku lantas tayang sengih pada Surayah. Dia rakan sebilik dengan aku. Senior aku.

"Tak ada apa-apa. Tengah buat novel sendiri tapi malu nak tunjuk,"

"Ouh..." Surayah mula mengerti. Dia pun tahu hobiku yang satu itu.

Aku suka mengarang novel ku sendiri. Tapi aku simpan dalam buku. Maklumlah bajet nak beli laptop tu tak ada. Aku ni masih pelajar sekolah menengah bawah. Duit pun masih minta dekat parents.

Suraya beredar ke biliknya. Aku segera mengeluarkan suratku dan tersenyum kecil. Kalau orang lain baca, memang aku malu habis. Tiba-tiba sahaja aku dapat idea untuk minta biodatanya. Biar dia isi segala soalan biodata yang aku tulis pada satu keping kertas yang lain. Aku teringin nak tahu dia suka perempuan yang seperti apa.

Tiba waktu belajar malam, aku lebih kepada mengulangkaji. Belajar malam ini dimestikan untuk semua orang yang tinggal di asrama ini termasuk senior dan junior seperti aku. Aku pada mulanya bosan tapi lama-kelamaan aku mula menerima suasana baru ini. Pukul 7 tepat dah mula sesi belajar malam bersama hingga jam 9 malam. Lepas itu masuk bilik tidur sebelum 10 malam.

"Aku nampak Afiq dengan kawan dia tadi," Aziemah bersuara separa berbisik. Dia sengaja duduk sebelah aku sebab nak bagitahu akan hal itu.Dia ni serupa perisik aku dalam diam.

Dengar sahaja nama Afiq, aku terus mendongak semangat. Aku pandang Aziemah dengan perasaan teruja nak tahu. Aku nak tahu apa sahaja cerita tentang Afiq.

"Kelas kami sebelah menyebelah je tadi," ujar Aziemah perlahan. Khuatir suaranya itu menganggu orang lain yang sibuk belajar menghadap buku.

Aku senyum lebar. Entah mengapa aku rasa segembira seperti itu.

"Ouh ya...aku dengar dia sukakan lelaki. Ada lelaki gay ni cakap dia ada simpan perasaan dekat Afiq tapi tak tau yang mana satu,"

"Sahih ke apa yang kau cerita ni?" Aku mula ragu-ragu untuk percaya. Aku tidak berfikir Afiq seperti itu.

"Iye...aku dengar dari senior kita. Banyak orang cakap dia gay. Tapi aku tak percaya sebab aku pun rasa Afiq takkan buat perbuatan terkutuk tu. Lelaki dengan lelaki tu haram tau. Lagipun dia islam,"

Aku cuba untuk tidak gusarkan hatiku akan perihal itu. Aku percaya Afiq tidak akan suka dengan kaum sejenisnya. Dia dah cukup hensem di mata aku, takkan tertarik dengan spesies sendiri...

"Ziem...Nabilah suruh aku buat surat untuk dia,"

"Surat?!" Aziemah kelihatan tertanya-tanya.Matanya terkelip-kelip melihat aku.

Aku angguk.

"My first love letter to him," Aku menuturkannya dengan begitu yakin. Siap dengan senyuman malu di bibirku.

Ada apa dengan Afiq Musa?!Where stories live. Discover now