Bab 18

33 2 0
                                    

TIDAK terasa masa berlalu begitu cepat sekali. Sekarang sudah menginjak pertengahan tahun. Pelajar tahun akhir tidak lama lagi akan menghadapi peperiksaan O Level. Manakala pelajar yang lain seperti biasa akan menduduki peperiksaan penilaian.

Aku lebih gigih mahu belajar. Di samping itu aku membantu Aziemah dalam pelajarannya juga. Kami bersama-sama untuk memperbaiki penilaian kami tahun lepas.

Kesibukan inilah membuat aku lupa seketika pada Afiq. Aku tahu dia sibuk buat sesi revision bersama kawannya. Aku pun turut sama mengulangkaji pelajaranku tapi tidak memberi tekanan seperti  yang Afiq rasakan. Tapi aku takut nak mengulang. Jadi sebab itulah aku berusaha untuk buat yang terbaik dalam prestasi sekolahku. Kadang keputusan yang kita dapat dari usaha kita bukannya untuk orang lain pun, tapi untuk kita sendiri. Untuk masa depan kita meskipun orang tua kita beri tekanan pada diri kita. Tapi untuk tika ini, aku bersyukur sangat  orang tua aku sentiasa menyokong aku.

Aku membawa buku-buku ku ke arah meja yang Aziemah duduki tika itu. Aziemah mendongak dan aku lantas menghulurkan senyuman sapaan. Dia membalas kecil. Aku duduk dan kami memulakan sesi jam revision kami bersama. Aku ajar apa yang Aziemah tidak faham dan kami sama-sama memperbaiki kekurangan yang kami ada. Lima belas minit kami rehatkan otak kami.

Aku bangkit lalu menuju ke arah rak buku. Aku membelek beberapa buku sekadar untuk melihat sahaja. Aku beredar dari satu rak ke satu rak hinggalah aku sampai jauh ke belakang perpustakaan itu. Aku tidak menyedari sama sekali. Bosan dengan perilakuku yang membelek buku satu persatu itu, aku membuang pandang ke luar melalui jendela besar itu. Aku memandang langit nun di atas dan aku sedikit lega. Tekanan mengulangkaji tadi kian mereda.

Aku senyum nan indah . Tiba-tiba sahaja aku terbayangkan Afiq. Jujur aku rindukan dia. Aku mahu melihatnya tapi kami tidak pernah terserempak selepas dia menghadapi trial exam itu. Aku betul-betul rindukan dia.

"Kat sini rupanya kau,"

Terkejut aku dengan sapaan Aziemah. Dia mendekatiku dan berdiri di sebelahku. Kami sama-sama memandang ke langit yang cerah di luar sana.

"Kenapa kau suka sangat nak pandang langit? Dari awal aku kenal kau, aku perasan kau ni seorang yang suka tenung langit. Ke mana-mana kau pergi kau tengok pada langit. Aku tertanya-tanya juga kenapa," Aziemah memandangku.

Aku senyum. Sekilas sahaja aku memandangnya sebelum kembali memandang ke langit.

"Kau pernah tak terdetik tertanya-tanya siapa ciptakan langit yang luas dan matahari yang tak lelah memancarkan sinarnya?" Aku mula menyoalnya terlebih dahulu.

Aziemah angguk mengiyakan. Aku senyum lagi.

"Aku masih mencari siapa penciptanya. Alasan aku mengapa aku suka sangat nak tengok langit sebab dia luas dan mendamaikan. Aku tenang bila melihatnya. Aku rasa aku dekat dengan sesuatu yang aku tengah cari,"  ujarku dan tidak semena aku memandang tudung yang aku pakai tika itu.

"Seperti tudung ni, dia menutupi apa yang aku malu nak tunjukkan pada orang lain. Aku selesa dengan bertudung. Macam tu lah aku rasa bila aku melihat langit. Aku rasa selesa dan nyaman. Mendamaikan hati aku,"

"Mungkin kau dah  mengerti sekarang bahawa tuhan tu ada," ujaran Aziemah menyedarkanku.

Tuhan?!

Aku melihatnya. Dia tersenyum padaku.

"Bila kau bersedia, aku akan selalu sokong kau walau apa pun terjadi. Kita kawan bukan setakat sampai di sini je. Kita takkan terpisah," Aziemah pegang tanganku. Dia menyalurkan semangat di dalam diriku.

"Kau percaya ke tuhan tu ada?" soalku perlahan.

Aziemah angguk. Aku lega bila dia juga sama sepertiku.

Ada apa dengan Afiq Musa?!Where stories live. Discover now