🍂bab 2🍂

24 11 0
                                    

Setelah pulang dari sekolah tadi. Aku terus je naik atas mandi. Selesai mandi aku buat kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu tadi. Sedang kusyuk membuat kerja sekolah, telefon aku berbunyi menandakan ada mesej masuk.

"3 aestethic friends✨❤️"

Grup ape pula ni? Setahu aku, tak pernah aku buat grup kawan. Sebab kat sekolah lama dulu aku bukan nye ada kawan rapat. Ishh pelik.

Unkknown
Hi korang. Buat ape tu, saye yang buat grup ni.supaya
senang untuk kita bertiga chatting. Btw, Ad sv no saya. Evacute awak!

Unknown
cute lah sangat.angkat bakul sendiri.

Me
Done save!✨

Aku bersyukur sebab ada juga yang sudi berkawan dengan aku. Sedangkan kat sekolah lama dulu, sorang pun tak ngaku aku kawan. Hanya kerana satu fitnah orang kat aku. Apa salah aku sampai mereka semua percaya fitnah tersebut? Arghh! Just forget it.

evacute✨♡
biar aa.kau sebok pa hal.
kau jeless eh.

niatantek✨♡
buang mase aku je nak jeles ngan kau.
baik ku buat hw lagi bagus.
bye.😪

Evacute ✨♡
iyelah amoi.bye.

Baru sehari kenal,tapi dah macam bertahun tahun.

*****************

tok tok tok !

"Ad, jom makan. Mummy dah masak makanan kegemaran kamu"

Krik krikkk

Mana lah budak ni. Rungut Tengku Syamila.

Tengku Syamila iaitu ibu kepada "aku" membuka pintu bilik anaknya dengan perlahan. Dia menggelengkan kepala apabila melihat aku duduk sambil mendengar lagu menggunakan earphone.

"Patutlah tak dengar, ingatkan pekak"Omel Tengku Syamila.

"Tengku Adilia Rani!"Tengku Syamila memanggil dengan suara lantang.

Aku segera menarik earphone dari telinga dan mengalih pandangan ke arah mummy. Aku tersenyum sengih melihat mummy yang sudah bercekak pinggang.

"ye...Mummy.a..da apa?.."aku bertanya kepada Mummy.

"Mummy kata turun bawah makan. Along dan Angah dah tunggu kat bawah tu"Kata Tengku Syamila sambil mengetap bibirnya geram.

Aikkk. Along dan angah? Diaorng dah balik ker? Tak bagi tahu pun.

"oke mummy"aku segera mengemas meja belajar dan buku yang bertaburan.

Mummy turun ke bawah sambil membebel seorang diri.

"Apa lah anak Tengku Huzama Syed ni" Omelku.

Aku berlari melihat along dan angah. Terus dipeluk kedua abang kesayangan ku.

"Bila along dan angah sampai. Tak bagitau pun nak balik?"Aku melepaskan kembali pelukan kami.

Aku nak merajuk lah cam ni. Kejam nye balik tak bagitau.

"Nakk merajuk ke sebab along dan angah tak bagitau nak balik?"Soal Andrean.

Btw, nama panjang along saya TENGKU AMIR IKWAN dan angah pula TENGKU ANDREAN IKMAL. Mereka dua ni kembar oke. Dahh kerja kat syarikat Daddy. Dua² CEO. Along jadi CEO kat syarikat daddy di Itali, angah pula CEO kat syarikat daddy di Terengganu.

"Adik tak merajuklah, tapi rindu"Kataku dengan nada sedih.

"Alololo shian adik abang ni" kata Amir sambil senyum melihat aku. Dia mengusap perlahan rambut panjangku.

Senyuman yang mampu mencairkan hati wanita yang melihat. Tapi, Amir ni bukan senang nak senyum kat perempuan. Muuka kalau kat luar tu serius nak mampus.

"Cam mane sekolah baru adik? Ada kawan?" Soal Andrean ingin tahu kalau adik kesangannya ini dah ada kawan ke belum. And both of them know kalau kat sekolah lama aku takde sorang pun kawan.

"Oke je. Kawan tu ada, Eva dan Nia. Mereka baik tau"kataku dengan teruja. Dah tak macam tingkatan lima, tapi macam darjah lima.

Memang baik pun mereka berdua. Walaupun baru kenal, tpi dah macam setahun kenal.

"Baguslah kalau macam tu"kata Amir.

aku hanya mengangguk.

Selesai makan. Aku naik semula ke atas dan masuk ke bilik. Aku sambung kembali membuat kerja sekolah.

"Tengku Fariz Zakwan"Secara tiba² nama itu keluar dari mulut aku.

"Kenapa eh? Bila aku dekat je dengan dia aku selesa sangat"Gumamku.

Aku mengambil kotak sederhana besar di dalam laci. Aku melihat dua keping gambar dua orang budak itu sambil tersenyum. Gelang yang berada dalam kotak itu dilihat dengan tatapan sedih.

"Saya harap dapat jumpa awak suatu hari nanti. Saya rindu awak sangat². Maaf sebab saya mungkir janji dengan awak. Maaf juga sebab hampir 2 tahun lebih saya lupakan awak"gumamku dalam hati.

Dibiarkan air mata mengalir deras di pipi.

"Kalau saya tak jumpa gambar dan gelang ni. Mungkin sampai bila² saya takkan ingat awak. Macam mana eh rupa awak sekarang? Hensem ke?" Kataku perlahan sambil tersenyum dengan lawak hambar sendiri.

Kalau aku tak terjumpa gambar tu kat bilik Mummy. Sampai bila² pun Mummy takkan cerita dan sampai bila² juga aku takkan ingat.

Dua tahun aku lupakan si "dia" dan dua tahun lalu juga aku berusaha mencari "dia".

4 tahun aku tak jumpa "dia". Dan sekarang nak masuk kelima tahun.

Sungguh aku rindu budak yang ada kat gambar tu. Rindu segala kenangan yang telah kami lalui bersama.

"Walau saya tak tahu rupa awak macam mana sekarang ni, tapi saya harap suatu hari nanti Allah akan pertemukan kita semula. Cuma belum masanya lagi"

Aku memejamkan mata perlahan dan tertidur bersama air mata.

My Hubby Sweet TalkerWhere stories live. Discover now