🍂bab 17🍂

18 4 0
                                    

Sejak dari kejadian Fariz menengking Ad masatu, Ad banyak berkurung dalam bilik.

"Akak oke tak ni?"Soal Amilie. Dia risau akan keadaan aku.

Aku hanya mengangguk sambil tersenyum pahit.  Dah tiga hari aku tak datang sekolah sebab masih sakit. Fariz kebelakangan ini pula asyik keluar rumah je. Apa dia buat aku pun tak tahu.

"Milie nampak macam tak oke je. Kalu akak ada masalah, ceritalah kat Mulie. Milie sedia mendengar"Kata Amilie dengan nada risau. Mana tak nya, dah tiga hari Ad berperilakuan seperti itu.

"Akak oke lah Milie, akak just penat je ni. Penat fikiran, penat badan"Balas aku dengan nada perlahan.

Sejak aku mengetahui bahawa Fariz itu ialah Iz, aku macam rasa nak give up. Give up dengan semua benda. Fariz pun dah macam tak nak layan aku lagi.

Kalau ditanya nak kemana.

"Lepak ngan Azim"

"Keluar dengan Azim"

"Azim ajak lepak"

Itulah jawapan yang selalu diberikan oleh Fariz.

Huhhhh!

Aku mengeluh kecil.

"Akak rehat lah dulu, saya nak turun tolong Mama masak"Putus Amilie apabila tiada tanda² nak bercerita daripada Ad.

Aku hanya mengangguk. Amilie melangkah keluar dari bilik ku.

Sekali lagi aku mengeluh. Tak tahu kenapa lately ni aku banyak terasa. Tapi aku memilih untuk diam. Suatu hari nanti aku juga akan meluahkan segalanya bila hati dah penat memendam segala derita.

Keesokan harinya.

"Fariz"Panggilku dengan suara perlahan.

"Apa?"jawabnya sepatah dengan nada serius.

"Ermm... Saya nak minta maaf"Kataku meminta maaf.

Cukuplah selama tiga hari aku bertahan diabaikan oleh Fariz.

"Kau ingat dengan kata maaf kau tu aku boleh maafkan?"Kata Fariz sinis.

Aku tersentak dengan kata² Fariz.

Mana Fariz yang aku kenal dulu?

Mana Fariz yang selalu sweet talker selama ini?

"Awak, saya tahu saya salah. Tapi tolong jangan buat saya macam ni. Jangan layan saya macam awak benci sangat kat saya"Sayu aku mengatakan yang terpendam di dalam hati.

Air mata mulai mengalir. Tak tahu kenapa sekarang ni aku mudah sangat mengalirkan air mata.

"Hmmm"Jawab Fariz sepatah.

Aku memandang Fariz yang kelihatan tidak mengendahkan kata²ku.

"Awak, tolong maafkan saya"Kataku dengan tanggisan yang semakin kuat.

Dengan spontan tanganku mengambil tangan Fariz lalu digenggam erat.

"Ye² aku maafkan kau. Dah lah jangan nangis macam ni, nanti Mama fikir aku buli kau pula"Kata Fariz sambil mengusap lembut rambut Ad. Dia tak sanggup melihat  orang yang dia sayang menangis macamtu.

Aku pantas memeluk Fariz. Air mata masih mengalir dengan deras.

Fariz terkejut dengan tindakan Ad. Tapi tetap membalas pelukannya.

"Jangan nangis lah, kalau kau asyik nangis cam ni aku tarik balik kata maaf aku"Kata Fariz mengugut apabila tiada tanda² Ad nak berhenti menangis.

My Hubby Sweet TalkerWhere stories live. Discover now