"Fariz! Tolong aku angkat beg ni!"Teriak Ad masih tidak berganjak dari tempat letaknya barang mereka.
Aku memandang Ad memyampah. Nak buli aku lah tu.
"Beg kecik ni pun kau nak minta aku tolong angkat? Coklat yang berlambak tu je yang kau boleh bawa"Omelku sebaik sahaja mendekati Ad. Diambil kasar beg yang berada di tangan Ad.
"Eiii tak boleh ke ambil bebaik? Tampar baru tahu"Ad mencebik geram.
"Kalau nak derhaka dengan suami cuba lah tampar"Aku cuba mengugut nya.
Lagi lah mencebik Ad apabila Fariz menggunakan kuasanya sebagai seorang suami.
Itulah keistimewaan menjadi seorang suami.
Kau apa tahu?
"Mummy, Ad pergi dulu tau"Ad menyalam lalu mengucup lembut tangan Tengku Syamila.
"Yelah, dik. Jangan lupa pesan Mummy. Jangan sesekali derkaha pada suami, ingat syurga tu dibawah tapak kaki suami"Pesan Tengku Syamila.
"Baik, Mummy. Adik sentiasa ingat pesan Mummy"Ad menjerling si suami yang sedang tersenyum riang.
"Kami pergi dulu Mum"kataku lalu menyalam tangan si mertua.
Tengku Syamila mengangguk sambil menghadiahkan senyuman.
***************
Dalam perjalan, Fariz terpaksa menebalkan telinga daripada mendengar bebelan dari si isteri.
Nak tahu kenapa si isteri membebel?
Begini kisahnya.....
"Fariz! Kau curi coklat aku dah kenapa? Tak boleh ke kau minta dengan cara yang baik? Kau tahu tak coklat jenis tu hanya tinggal satu je? Kau dah makan habis, jadinya habislah! Aku baru makan empat petak je, kau habiskan semua kenapa? Kau tahu tak kat kampung susah nak dapat coklat macam tu!"Hambur Ad tanpa sengaja meninggikan suara kepada si suami.
"Alaaa, banyak lagi coklat yang lain kan?"Balas Fariz tanpa rasa bersalah.
Coklat punyalah banyak dalam plastik tu, nak buat kecoh pahal?
"Memanglah masih banyak. Tapi yang kau makan tadi coklat fav aku lah bangang! Kalau kau makan yang kat dalam plastik tu takpe, yang kau suka suki makan coklat aku tanpa minta kenapa? Kau memang nak cari masalah ke apa sebenarnya?"Ad mengetap bibir geram. Dada turun naik menahan amarah.
"Kau diam lah, benda kecik je pun. Yang kau nak marah sangat kenapa?"Soal Fariz geram. Bukan sengaja dia nak makan. Dia nampak coklat tu terbiar, so dia anggap yang Ad dah taknak lagi. Dia apa lagi, makan lah coklat tu sampai habis. Kalau dibiarkan membazir lah pula kan?
"Memanglah aku marah! Sebab kau makan coklat fav aku. Kau tahu kita ni nak balik kampung, kat kampung tu pula mana nak dapat coklat macam tu? Arghhhh! Kau ni memang sengaja kan?"Ad masih tidak mahu mengalah.
Penggemar coklat je tahu marahnya macam mana bila orang sesuka hati makan coklat fav titer kan.
"Malas lah nak layan kau ni. Kalau terus melayan boleh accident dibuatnya"Fariz kembali fokus ke pemanduannya. Dibiarkan Ad sorang diri membebel.
"Aku tahu kau memang sengaja kan. Blablabla......"
Begitulah kisahnya.
Selepas puas membebel, Ad yang kelelahan pun terlena dibuai mimpi yang tak seberapa indah.
Fariz memandang Ad yang sedang lena tidur.
Bebel² pun tetap comel juga.
"Kenapalah isteri aku ni cantik sangat?"Soalnya bercakap seorang diri.
Kau anggap je lah dia sedang bercakap dengan stereng kereta tu. Pelik ke sebab dia bawa kereta? Jangan pelik, aku pernah kata dia ada lesen memandu. Rasanya lah.
"Isteri aku mesti lah cantik"Balasnya kepada diri sendiri.
Rasa macam gila lah pula sebab bercakap seorang diri.
Setelah berjam² memandu, akhirnya sampai juga.
Fariz ingin mengejutkan Ad tetapi niatnya terbatal apabila melihat si isteri sedang nyenyak tidur.
Jadi niatnya sekarang? Mestilah angkat si isteri.
Pengorbanan seorang suami dikatakan.
"Assalamualaikum"Laung Fariz dengan nada perlahan. Takut pula cinta hati terbangun.
"Waalaikumussalam, Iz!"Wanita berusia itu menerpa ke arah Fariz.
"Nek, jangan jerit kuat sangat. Bangun isteri Iz ni nanti"Fariz meletakkan terlunjuknya di bibir tanda diam.
Nek Jah mengangguk perlahan walau di minda masih ada seribu satu pertanyaan.
***************
Aku terbangun dari tidur yang menyenangkan. Tangan diangkat ke atas bagi melepaskan nguap.
Sesaat kemudian.
Aku memandang sekeliling. Mata dipejam celik.
"Sejak bila aku boleh ada dalam bilik ni? Bilik siapa? Kan aku tertidur dalam kereta tadi, kenapa boleh berada dalam bilik asing ni?"Monolog hati aku.
Aku berfikir seketika. Aku kena culik ke? Atau aku dah sampai kampung Fariz? Tapi Fariz mana, ke dia dah tinggalkan aku sensorang?
"Arghhhhh!"Teriak ku dengan kuat. Semua di fikiran aku sekarang ni ialah, aku kena culik! Pastu Fariz tinggalkan aku, biar aku kena culik.
Fariz yang memdengar terikan Ad segera berlari ke bilik tempat Ad tidur.
Aku yang mendengar suara tapak kaki yang melangkah laju itu mulai takut. Tangan menutup muka ketakutan.
Bunyi kedengaran semakin mendekat.
Selangkah, dua langkah, tiga langkah...
"Arghhh jangan sentuh aku!"Jeritku sekuat hati. Air mata mulai turun dengan lebatnya.
Fariz terkejut dengan jeritan Ad. Kena sampuk hantu ke apa?
Okey tak lawak.
"Heyy sayang, aku ni"Fariz cuba menenangkan Ad yang sedang meronta gila.
Aku memandang Fariz dengan wajah ketakutan. Lantas aku memeluk Fariz tanpa berkata apa². Fariz hanya membiar.
Rezeki dia dapat pelukan percuma sang isteri.
"Dah², jangan nangis lagi. Dah muka tu hodoh, kau nangis lagi bertambah hodoh"Pujuk Fariz seraya mengutuk. Tak tahu nak pujuk macam mana kan.
"Kalau nak kutuk aku biar bertempat"Balasku dalam pelukan Fariz dengan sisa tangisan.
"Kau kenapa terjerit² tadi?"Soal Fariz ingin tahu.
"Jangan tinggalkan aku"Balasku senafas. Air mata menitis kembali.
"Kenala pula?"Fariz dengan perangai tiber Ad.
"Jangan tinggalkan aku!"Semakin besar suara aku berkata.
"Ye² aku tak tinggalkan kau"Jawab Fariz dengan kerutan di dahi.
"Janji?"
"Ye janji"
Aku menunjukkan jari kelingkingku ke arah Fariz. Fariz menyambut jari kelinhking Ad.
"Pinky promise"Ujarku sambil senyum.
Fariz terdiam sejenak. Menerpa di ingatan tentang Lia.
"Pinky promise"
Kata² itu membuatkan Fariz jauh termenung.
Membosankan? Memang pun haha. Kalau still nak baca, teruskan. Thankss.
Sekian
Bersambung
YOU ARE READING
My Hubby Sweet Talker
RomanceTengku Adilia Rani-Seorang gadis yang lemah lembut, cantik dan tidak suka dicabar. Dia telah dikahwinkan oleh Tengku Huzama Syed dan Tengku Syamila dengan anak kawan mereka. "What Daddy?! Minggu depan? No Daddy please. Ad tak sedia lagi lah"-Ad...