Episod 2 : Disalahkan

59 4 0
                                    

1. Int. Rumah - malam

Watak : Abah, Mama, Darina

DARINA terdengar Mama dan Abahnya sedang  bercakap tentang ekonomi keluarganya melalui dalam bilik. Semenjak Encik Yusuf sakit diabetes malah kaki kanannya telah dipotong 3 tahun lalu, keluarga Darina kini hanya bergantung pada bantuan kewangan dari PERKESO, dan Bantuan Prihatin Rakyat { BPR } atas nama Mamanya. Mereka daripada luaran sekadar cukup-cukup makan.

Akan tetapi, Encik Yusuf mempunyai simpanan rahsia hanya digunakan untuk kepentingan dirinya saja.

Dia tidak mahu berkongsi simpanan rahsianya dengan sesiapa pun termasuk lah anak dan isterinya jika berkait rapat tentang perbelanjaan rumah. Pak Yusuf menggunakan duit-duitnya itu pergi melancong luar Negeri seperti Melaka malah menginap di hotel-hotel yang mahal.

Jika timbulnya isu barang keperluan rumah, Pak Yusuf mengatakan pada isteri serta anak-anaknya, bahawa dia tiada duit. Memberi pelbagai alasan supaya dirinya dapat mengelak mengeluarkan duitnya demi orang lain.

Mama { Marah }
Duit Ma guna untuk beli ubat klinik. Mu yang banyak duit pun asyik pergi jalan jauh je. Lepas tu gaduh tak ada duit ubah suai dapur. Dah tak ada kaki sibuk jalan sana, jalan sini, menyusahkan orang kena tolak kerusi roda.

Pak Yusuf
Habis takkan nak suruh budak-budak tu bawak kereta?. Yang sorang lulus ujjan komputer, stress, sorang lagi gagal ujian komputer. Abang dah bagi Rm 1000 dekat Arin, dia pergi belikan mu dapur baru siapa suruh?.

Tersentak Darina dengan kata-kata abahnya. Bertubi-tubi dia kena 'tembak' dengan abahnya hari ni. Darina belikan Mamanya dapur Infra merah yang baru sebab dapur lama infra merah mereka telah rosak. Harapkan abahnya beli dapur yang baru,  banyak alasan diberinya sehingga orang tak ada kaitan pun dimasukkan dalam topik. Sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluarga mereka yang bersikap lebih dewasa dan matang, Darina mengambil separuh dari duit simpanannya itu untuk menggembirakan hati Mamanya.

Mama
Biar lah Arin nak belikan Ma dapur baru. Ma tak pernah nampak Haikal keluarkan duit dia belikan barang-barang untuk Ma. Arin yang kerja bisness online tu juga belanja Ma.

Terima kasih Mama... Mama sorang je yang faham Arin. Along dengan Abah sama-sama sekepala. Tak boleh tengok Arin berjaya sikit, mula lah Abah tu complain macam-macam pada kawan-kawan seusianya dalam handphone.

Caj penghantaran mahal, kek mahal, tak makan benda manis, ikut cakap doktor. Hakikatnya, abah tetap makan makanan yang tak boleh untuk pesakit diabetes macam jem peanut butter, jem strawberi, dodol, cendol, air batu campur { ABC ). Meskipun sudah ditegur Mama, Abah tetap mahu makan benda-benda tu semua.

Mama
Arin buat bisness online pun mu tak sokong. Asyik dia kena sponsor je!. Umur dia dah 20 tahun. Kalau dia nak kahwin esok, tak tahu lah apa jadi!.

Pak Yusuf { Tak nak terima kenyataan Darina kian dewasa }
Jangan cakap hal kahwin. Arin muda lagi. Abang kena tanggung Arin sampai bila-bila.

Mama
Nak tanggung apa lagi?. Arin tu perempuan. Orang perempuan tak elok kahwin lambat-lambat. Susah nak beranak nanti!.

Pak Yusuf { Beri idea tak masuk akal }
Haaa... apa kata Arin kahwin dengan abang? Senang cerita!

Mama { Mengucap }
Astaghfirullahalazim! Mu tak ada agama ke?!

Abah..... Arin mana boleh kahwin dengan abah! Berdosa besar! Tuhan akan murka pada abah!. Hatiku  menangis-nangis malah ingin ku tentang idea Abah yang  gila itu. Namun, aku tak boleh menderhaka. Aku cuma boleh diam, ikut apa Abah arahkan buat ku, walaupun dipaksa kahwin dengan ayahku sendiri.

***

Satu demi satu, kawanku mulai tinggalkan aku

2. Int. Halaman perhimpunan - pagi

Watak : Syafiqah, Maria, Suhana, Darina.


Aku amat terkejut mendengar kata-kata dari mulut Syafiqah, Suhana dan Maria, bahawa mereka akan berpindah sekolah serentak. Kerana ketiga-tiga sahabat baiku ini berasal dari keluarga Tentera, tak mustahil mereka hidup berpindah-pindah. Maka, sekolah juga ikut tukar.

Syafiqah
Fiqah pindah bulan 1 .

Maria
Aku dengan Nana bulan 2.

Darina
Eh? Macam mana Maria dengan Nana dapat bulan yang sama?.

Maria { Jongket bahu }
Entah. Pihak pengurusan tentera kot yang uruskan semua tu. Alaaa... lama lagi lah kitorang pindah. Bulan sama, tapi tempat kitorang dapat lain-lain.

Aku tak ada kawan lain selain mereka..... . Selepas mereka berpindah, maka, kehidupan aku bakal sunyi sepi.

Suhana { Peluk Darina }
Kau jangan sedih-sedih tau. Boleh je kalau kau nak whatsapp kitorang.

Darina { Bertopang dagu }
Ya ke boleh Whatsapp? Jangan senyap dah lah.

Maria { Senyum }
Tak... kami janji akan contact kau.

Hari-hari bahagia kami bertiga berlalu sangat pantas... . Aku tidak sedar hari-hari itu bakal meninggalkan aku. Semua gelak ketawa, idea gila sahabat-sahabat baikku tinggal kenangan saja dalam kotak memori ku.
















Drama : Tiada kasih yang diinginkanWhere stories live. Discover now