Int. Rumah Pak cik Kamil - Malam
Watak : Alisa, Pak cik Kamil, Farhan
Alisa mengemas barang keperluannya ke dalam bagasi. Mulai esok, dia akan melanjutkan pelajaran di London. Awalnya, Alisa cuma memohon universiti dalam Negara. Allah Maha Pemurah. Allah memberi rezeki jauh lebih baik daripada yang disangka.
Pak cik Kamil { Beri surah Yassin }
Lisa, bawa sekali surah Yassin ni. Tempat orang tetap perlu menjaga agama. Agama jatuh, iman luruh. Kamu tu dah nak pergi jauh. Ayah berat hati nak lepaskan kamu.Alisa menggapai tangan ayahnya.
Alisa { Tatap wajah Pak cik Kamil }
Ayah, Lisa akan jaga diri Lisa dengan baik. Arwah Mak dah didik Lisa sebagai seorang perempuan, Lisa perlu jaga maruah. Lisa juga akan selalu telefon ayah.Pak cik Kamil { Cuit hidung Alisa }
Ya lah. Ayah nak bagi kamu satu syarat. Tapi, syarat ni kamu tunaikan bila kamu dah balik nanti. Bukan sekarang.Alisa
Apa dia, Ayah?Pak cik Kamil { Senyum lebar }
Bawakan ayah menantu.Menantu? Adakah Ayah sudah merestui aku dengan Abang Shah?. Alisa mengangguk laju.
Alisa { Gembira }
Lisa janji, Ayah! Lisa akan kenalkan lelaki yang Lisa suka pada Ayah!Pak cik Kamil { Belai kepala Alisa }
Baik lah. Ayah pegang janji LisaAlisa
Ayah dah beritahu Abang Shah?Pak cik Kamil
Kenapa dengan Abang Shah?.Alisa
Lisa... Lisa nak tumpang Abang Shah pergi lapangan terbang.Pak cik Kamil
Tak perlu. Ayah sudah beritahu Farhan ambil kamu.Alisa { Rasa terganggu }
Farhan?? Eeeiiii.... Ayah! Tak ingat ke dulu Farhan selalu buli Lisa???Pak cik Kamil { Mengusik }
Selalu buli maksudnya dia suka Lisa lah tu! Hahaha! Esok dia datang.Alisa { Merengek }
Ayahhhh.....***
Int. Bilik Darina - Tengah Malam
Watak : Darina, Shahrizal.
Matanya masih segar. Belum ada perasaan mengantuk membuai diri. Darina bangkit dari katil, mahu turun ke dapur. Mencari sesuatu yang boleh diminum. Jus oren?. Ermm... tak berapa elok lah pula minum lewat-lewat malam macam ni.
**** Dapur *****
Mujur ada jag berisi air mineral yang terletak di atas meja makan. Gelas yang digantung di kabinet dapur dicapai.
Darina { Muncung gelas dibibir }
Bismillahirrahmanirrahim...Dalam beberapa minit kemudian, Shahrizal memunculkan diri di belakang Darina. Dia juga ingin mengambil minuman untuk membasahkan tekak. Sepanjang malam berjaga menyiapkan kerjanya yang banyak dalam bilik belajar.
Pap! . Pintu peti sejuk ditutup perlahan. Itu pun Darina boleh terperanjat.
Darina { Terkejut | Urut dada }
Astaghfirullahalazim..... . Encik?.Shahrizal { Berdiri sambil tangannya memegang mug }
Kamu tak tidur lagi?. Dah lewat malam ni kan?.Darina { Takut kena marah }
Saya minta maaf..... . Saya haus. Dah habis minum nanti, saya masuk tidur.
YOU ARE READING
Drama : Tiada kasih yang diinginkan
RomanceHANYA berkedudukan sebagai anak paling bongsu dalam keluarga, Darina Nafisah sering kali diabaikan, dimarahi mak, ayah serta abangnya. Tidak kira apa jua masalah orang lain sama ada pergaduhan antara mak dan ayahnya, Darina juga jadi mangsa keadaan...