Episod 6

41 4 0
                                    

Int. Makmal komputer { aras 4 }  - petang

Watak : Semua murid kelas tingkatan 5 USM, Darina, Puan Rosmilah

Kelas subjek Pendidikan Sivik & kewarganegaraan...

Waktu-waktu tingkatan 5 ni, kitorang banyak kena buat aktiviti berkumpulan. Dalam seminggu, 3 kali. Bergantung pada subjek. Mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Agama Islam, Sains memang diwajibkan kitorang berkumpulan. Kecuali mata pelajaran Sivik, Seni visual dan Pendidikan Jasmani kesihatan.

Puan Rosmilah { Baca teks petikan }
Zamri memberi tempat duduk kepada   warga emas ketika berada dalam pengangkutan awam. Berbanding rakannya,  Kamal pula berpura-pura mendengar muzik sambil memakai headset  di telinganya. Apakah tindakan anda jika anda berada dalam situasi tersebut?.

Alief Akmal { Angkat tangan }
Cikgu, si Zamri dengan Kamal tu diorang nak pergi mana?.

Puan Rosmilah { Geleng kepala }
Mana Cikgu tahu. Dalam petikan memang dah tulis macam gini.

Marker pen merah dan biru dikeluarkan dari beg pouch baldu berwarna ungu.

Puan Rosmilah
Semua bangun. Siapa dapat jawab boleh duduk.

Tercengang habis!. Muka-muka anti-exam, anti-soalan-baru- dapat duduk dah berkerut. Darina?. Tenang je. Sebab dia suka belajar. Dalam kepalanya dah tercatat 1001 nota ringkas. Murid-murid 5 USM terpaksa akur. Tak akur, nama masuk dalam buku kaunseling bilik pengetua.

Puan Rosmilah { Membuka tawaran sebelum memanggil satu persatu nama }
Cikgu buka tawaran siapa yang suka rela nak jawab dulu. Jawab apa je pun, cikgu terima.

Darina pantas mengangkat tangannya. Bab-bab belajar, dia nombor satu. Panggil lah dia nerd  sekalipun, dia tak kisah. Kisahkan sangat panggilan orang kenapa?. Hidup kita, hidup kita lah. Bukan diorang punya.

Puan Rosmilah { Senyum lebar }
Cikgu dah agak. Darina mesti nak jawab terlebih dulu. Nah, kamu ambil marker pen ni. Yang lain, salin.

Seri mengerling Darina saat melintas tempat duduk mereka bertiga dalam sebaris

Seri
Eleh eleh. Nak tunjuk pandai ! . Blah lah wei !

Intan { Selak helaian buku nota dengan perasaan malas }
Malasnya nak salin dia punya jawapan....

Puan Rosmilah
Darina je lah harapan korang semua. Hihihi.

Selepas sekolah...

ULLYA menolakku ke dinding tandas perempuan. Shree , Nabilah dan Meygresia memandangku dengan benci.

Ullya  { Marah | Tunding Jari }
Aku tak nak tengok ko jadi murid kesayangan cikgu sekolah ni lagi!. Jangan nak selfish sangat!. Matematik pun ko gagal!

PANG !

Dia menampar pipi ku pula. Dunia... keadilan ditolak tepi, pihak sekolah dibutai wajah bertalam dua. Sudahnya, aku tiada hak bersuara. Mereka berkuasa melakukan apa saja!.

Murid tingkatan lain hanya pamer sinis kepada ku tatkala kami pulang waktu yang sama. Tiada niat terdetik di hati menolongku. Hatiku menangis.

Shree
Kau stop lah tunjuk baik depan cikgu! Kitorang meluat lah tengok kau dipuji setiap hari!.

Darina { Suara menggigil-gigil }
Korang... nak apa sebenarnya?. Kenapa korang benci aku sangat?. Korang nak aku pindah sekolah? Aku boleh pindah.

Ullya { Suka tengok Darina ketakutan }
Takut?! Baru kau tahu aku macam mana! Kau nak kitorang maafkan kau sangat kan?! Kau pujuk Pengetua, wakil kan Shree pergi Pertandingan NILAM tu.

Drama : Tiada kasih yang diinginkanWhere stories live. Discover now