Episod 15

42 3 0
                                    

Int.Bilik belajar - lewat malam

Watak : Shahrizal, Darina

SECAWAN coklat dan kopi panas diletakkan ditepi meja. Shahrizal menjadi tutor Darina untuk peperiksaan SPM yang bakal menjelang.

Shahrizal { Mengajar subjek Bahasa Melayu }
Tips dapat markah tinggi dalam karangan, Arin kena buat ayat pasif + aktif.

Darina { Ingat-ingat lupa }
Ayat pasif? Aktif?

Shahrizal tertawa kecil. Dah lupa agaknya.

Shahrizal
Abang ajar Arin ya.

Beberapa jam kemudian...

Darina menguap. Jam berbentuk rumah berdetik ke angka 12.30 tengah malam. Sesi ulang kaji yang sangat panjang dan mengantuk akhirnya dah habis.

Darina { Terlalu mengantuk }
( Menguap ) Huwarhhh... terima kasih, Abang Shah sebab ajarkan Arin.... Arin masuk tidur dulu ya?. Assalamu'alaikum....

Pandangan mata Darina kejap kabur, kejap nampak. Terhuyung-hayang macam orang mabuk kereta. Tak tahu nak tuju ke mana. Tubuh Darina segera didukung.

Shahrizal { Dukung Darina }
Dah mengantuk sangat ni.... . Arin penat ya?

Darina tertidur dalam dukungan. Lalu, Shahrizal membawa Darina ke biliknya.

Darina dibaringkan dan diselimutkan...

Shahrizal pandang Darina yang dah lena.

Senyum sendiri.

Cute. Pintu bilik Darina ditutup rapat. Shahrizal kembali ke bilik untuk berehat.

***

Beberapa bulan berlalu....

SPM...

Kertas akhir SPM berjaya dijawab dengan lancar. Darina menarik nafas lega setelah mengulang kaji dengan tekun, tambahan pula dengan tunjuk ajar Shahrizal, usaha ini takkan sia-sia. Sebab, dia menjawab soalan tanpa sangkut-sangkut.

Darina keluar dewan agak lewat pada hari terakhir SPM. Subjek terakhir memang mula lambat disebabkan S.O.P dari Lembaga Peperiksaan. Tanggapan Darina, pihak-pihak atasan penjaga SPM mungkin hendak memastikan tiada kes kebocoran kertas soalan.

Beg Anello merah yang diletakkan ditepi bangunan dewan, dicapai lalu disarungkan ke badan. Shahrizal sedang menunggunya di bangku berhadapan pintu masuk dewan. Kawan-kawan kelasku, Marisa menggusikku bahawa jejaka tersebut adalah suami aku.

Marisa { Menyiku lengan Darina}
Beruntung dia, maa. Ada suami datang jemput.

Darina { Malu teramat sangat }
Suami apa bendanyaaa.... kitorang tak ada apa-apa hubungan pun lah.

Shahrizal { Pelawa hendak bawakan beg }
Hai, Darina. Semuanya okey?. Abang tolong bawakan beg kamu.

Marisa
Uwuuu.... so suweet!

Darina { Jual mahal | Tinggalkan Shahrizal }
Tak payah lah. Tak berat pun beg ni. Ada pencil box je.

Shahrizal { Tertawa | Jalan beriringan }
Arin, tunggu lah!. Kita jalan sama-sama!. Arin naik kereta abang kan?.

Geramnya tengok dia marah!. Marah-marah tetap cute!.

Darina { Paling ke belakang | Tersembul terpijak tali kasut}
Hah? Oh mak kau!!

Shahrizal menangkap Darina daripada jatuh. Mulut Marisa ternganga. Babak drama Hindustan Kuch-Kuch Hota Hai!.

Merah muka Darina. Adush!. Malu gila!. Semua tengok daa...

Sok! sek! sok! sek! Eeii... Darina dah gatal nak bercinta!

Belum dapat keputusan SPM, dah sibuk nak pegang sana, pegang sini!

Orang bukan saja-saja nak dipegang bukan mahram. Malang tak berbau. Lagipun, lelaki ni sanggup ke tengok aku tergolek?. Tentu lah dia nak lindungi aku diketawakan murid-murid lain.

Shahrizal { Menggoda| Senyum nakal }
Tanpa kebenaran abang, Arin tak boleh jatuh.

Darina { Blur | Tepis }
Jatuh?. Hish!. Tepi lah. Tak elok orang tengok!.

Haih lah hati. Kau buat aku berdegup kencang. Shahrizal menggosok-gosok rambutnya.






Drama : Tiada kasih yang diinginkanWhere stories live. Discover now