Int. Sekolah baru - awal pagi
Watak : Semua murid tingkatan 5 Dedikasi , Cik Suraya ( Guru kelas ), Darina.
Darina agak berdebar-debar kerana pada hari ini dia akan memulakan semula pelajarannya di sekolah baru. Suasana baru, muka-muka baru. Adakah perangai murid dalam kelas ni turut baru ?.
Cik Suraya { Memperkenalkan Darina }
Kelas, Darina akan jadi kawan kamu. Keluarga dia jauh, malah tinggal bersama abang sepupunya di Kuala Lumpur. Dia belajar di sini atas permintaan keluarganya. Kamu layan dia baik-baik ok?. Faham semua?.Murid-murid
Fahammmm! Cikgu!Marisa Eng Long { Angkat tangan }
Cikgu! Boleh kah dia duduk bersama saya?Cik Suraya
Sudah tentu. Darina, kamu duduk dengan Marisa ya?.Darina
Baik cikgu.Marisa Eng Long, gadis berketurunan cina. Dia amat cantik walaupun baru berusia 17 tahun. Rambutnya ditoncang dua, diikat dengan reben berwarna merah jambu. Kulitnya putih melepak. Bibirnya merah semula jadi. Sekilas ku pandang rakan baru ku itu, seolah-olah dia memakai kosmetik. Walhal tidak. Kerusi kosong sebelah Marisa ditarik. Mengalu-alukan Darina untuk duduk. Marisa melempar senyuman buatku.
Marisa
Apa khabar, Darina?. Kamu dari sini?.Darina { Senyum }
Khabar baik.... siapa nama awak?. Kita belum berkenalan lagi.Marisa { Tertawa kecil }
Maaf, maaf. Saya lupa beritahu nama saya. Saya Marisa Eng Long. Kamu sebelum ini belajar di sekolah mana?.Darina
Saya belajar di Sekolah Johor.Marisa
I see.... . Nanti saya bawa kamu jalan-jalan kawasan sekolah.Darina { Selesa bersama Marisa }
Terima kasih. Baiknya awak.Marisa Eng Long
Sama-sama Darina.Darina
Awak boleh panggil saya Arin.Marisa { Buat isyarat 'ok'}
Alright. Kamu juga boleh panggil saya Marry.Darina { Cuba bergurau }
Marry me?Marisa { Merajuk manja-manja }
Jahatnya kamu. Itu saya punya nama manja maa... .Darina { Cubit pipi Marisa }
Alolo merajuk ya?.Alhamdulillah... Engkau telah menggantikan sahabat-sahabat aku dengan Marisa... . Aku tak pernah rasa segembira ni selepas sahabat-sahabat aku berpindah. Marisa, engkau hadir ketika aku berduka. Ibarat cahaya mentari menyelubungi mendung awan hitam, ku mulai terasa kehangatannya.
Cik Suraya { Membuka buku teks Sejarah }
Ok murid-murid kita sambung pembelajaran kita. Buka halaman buku teks 345 .*****
***** Waktu rehat****
Marisa membawa Darina melawat persekitaran sekolah. Aras satu, bilik pergigian, bilik sakit, pejabat pentabdiran dan kedai koperasi. Aras paling bawah, ada taman mini untuk para murid makan di Gazebo yang disediakan pihak sekolah. Suasananya pun sangat cantik. Rasa tenang, pokok-pokok bunga turut ditanam keliling taman.
Aras kedua pula menempatkan bilik guru 1, 2 dan 3 . Kemudahan lain seperti surau, tandas guru serta pejabat ada di sini.
Aras ketiga paling best. Perpustakaan sekolah ni bukan macam kebanyakan sekolah lain. Perpustakaan ini mempunyai pelbagai genre buku dari novel remaja, majalah hiburan, Bibiliografi, buku pendidikan, buku soalan SPM serta capaian internet 5G yang dipasangkan pada 5 komputer riba chrome book. Bukan saja memudahkan murid mencari bahan kerja sekolah, akan tetapi mereka boleh meluangkan masa merehatkan minda membuka Youtube dengan syarat tidak mengabaikan pelajaran.
Namun begitu, internet akan ditutup sejurus waktu rehat tamat. Ini untuk mengelakkan murid-murid dari ponteng kelas daripada berterusan melayari internet.
Marisa
Seronok tak, Arin?. Banyak benda yang best di sekolah ni kan?.Darina
Saya tak pernah jangka sekolah secanggih macam ni.Marisa
kamu belum lagi jumpa dengan ketua pengawas kita. Dia kawan saya. Esok saya akan kenalkan dia pada kamu.Darina
Tak sabarnya nak jumpa. Siapa nama dia?. Perempuan atau lelaki?.Marisa
Perempuan maa... . Nama dia Kamelia. Dia baik, lorh. Confirm dia suka sama kamu juga.Darina { Bergurau }
Saya tahu macam mana orangnya dari gaya awak cerita pasal dia.Marisa
Macam mana? Hebat lah kamu. Kamu boleh jadi Detective Conan maa.Ketawa kami meletus malah tak dapat dikawal disebabkan gurauanku. Kesedihanku tanggung, sedikit demi sedikit dibawa alunan jiwa yang makin tenang.
Pulih lah wahai luka lama ku...
*****
Int. Dalam kereta Megat Shahrizal - Lewat petang
Watak : Marisa, Darina, Shahrizal
*** Darina duduk bersebelahan Shahrizal***
*** Marisa di tempat duduk belakang*
Shahrizal { Gembira Darina dapat kawan baru }
Macam mana dengan hari pertama kamu sekolah?. Seronok?. Baru sehari, dah ada kawan.* Shahrizal tengok Darina*
* Fokus memandu semula*
Darina { Tersenyum manis }
Saya seronok sangat, Abang Shah. Marisa banyak tunjuk ajar saya. Dia nak saya cepat-cepat kejar apa dia dah belajar.*Shahrizal tengok Darina*
*Fokus memandu*
Darina { Tengok Marisa melalui cermin}
Marry, awak nak makan dekat mana?. Kami nak pergi makan. Abang Shah belanja. Kan, Abang Shah?.Shahrizal
Eh??. Ha'ah. Ya. Abang belanja kamu makan.Darina
Awak nak makan apa?* Shahrizal tengok Darina lagi*
*Fokus pemanduan semula lepas Darina kembali ke posisinya*
Marisa nampak lelaki tu sedang mengusya kawannya. Hohoho. Ada apa-apa ke?. Asyik tengok Darina saja sejak tadi.
Marisa
Kita makan di Restoran Tom Yam Goong. Sana sedap. Ada nasi campur juga.Shahrizal { Membelokkan kereta menuju Restoran Tom Yam di Lembah Klang }
Okey. Restoran Tom Yam. Arin nak order apa nanti?.*Shahrizal tengok Darina lagi*
Comel sangat lah Darina tu. Mana puas sekali tengok.
Marisa { Tegur Shahrizal }
Mengapa abang tengok Arin dari tadi?. Stay focus when you driving. Atau mungkin abang sudah suka dengan kawan saya itu?.Hah?!
Abang Shah tengok aku?. Telinga dan muka Megat Shahrizal merah padam.
YOU ARE READING
Drama : Tiada kasih yang diinginkan
RomanceHANYA berkedudukan sebagai anak paling bongsu dalam keluarga, Darina Nafisah sering kali diabaikan, dimarahi mak, ayah serta abangnya. Tidak kira apa jua masalah orang lain sama ada pergaduhan antara mak dan ayahnya, Darina juga jadi mangsa keadaan...