1. Int. Banglo Megat Shahrizal - malam
Watak : Suraya , Mariam , Lily, Edrina, *Butler Fairuz, Megat Shahrizal.
Suraya { Pembantu rumah 1 }
- 27 tahun
- Berasal daripada AmpangMariam { Pembantu rumah 2 }
- 26 tahun
- Berasal dari Johor BahruLily Tan Meng { Pekebun }
- 29 tahun
- Berasal dari Shah AlamEdrina { Ketua tukang masak }
- 30 tahun
- Berasal dari Kuala Lumpur*Butler menyediakan perkhidmatan pengurusan gaya hidup yang lancar dan profesional kepada pelanggan elit mereka yang terdiri daripada ahli keluarga diraja, presiden, orang kenamaan, selebriti dan orang kaya, sama ada di kediaman mereka, menaiki jet, kapal layar, di hotel , resort mewah atau dalam persekitaran korporat.
Suraya menyambut kepulangan tuan mudanya bersama penghuni-penghuni banglo yang lain.
Suraya { Menunduk hormat }
Selamat pulang, Tuan Muda Megat.Lily & lain-lain { Mengulang ucapan hormat Suraya }
Selamat pulang, Tuan Muda Megat.Bergema ruangan tamu dengan suara pembantu-pembantu rumahnya. Shahrizal melonggarkan tali leher, Butler Fairuz pula mengambil briefcase yang dihulur Shahrizal agar meletakkannya di dalam bilik.
Shahrizal { Buka akhbar harian | Duduk di sofa }
Hari ni ada apa-apa masalah?.Suraya
Tak ada, Tuan Megat. Tuan Megat nak makan?. Edrina dah masak makan malam.Shahrizal
Nanti saya makan.Suraya
Baik, Tuan.Beredarlah kesemua pembantu rumahnya. Edrina menarik lengan Suraya rapat ke dinding yang memisahkan ruang tamu antara lobi tangga utama. Pelik Mariam. Edrina secara tiba-tiba menyergah kawan baiknya itu. Dah lah orangnya kasar. Macam mana lah Puan Jasmin ambil Edrina jadi tukang masak?. Opss... Edrina pakar memasak. Hehe.
Suraya { Bisik }
Kenapa Edrina?Edrina { Bisik }
Aku rasa mood Tuan Megat tak berapa nak elok hari ni.Lily
Huh? Apa maksud awak, Eddy?.*Eddy nama panggilan antara kami.
Edrina
Aku nampak Tuan Megat macam kesepian!Suraya mengintai Tuan Megatnya diruangan tamu. Layu je muka dia. Air dalam baja dah habis ke?. Hahaha.
Suraya
Ya lah, Eddy. Kenapa agaknya?.Mariam { Pegang dagu }
Masa aku diterima bekerja dulu, Puan Jasmin ada beritahu aku yang semua ahli keluarga Tuan Megat dah lama meninggal dunia sebab kemalangan jalan raya.Semua menunduk sedih dengan nasib menimpa Tuan Megat. Mariam memberi idea paling gila!.
Mariam { Bersemangat }
Hah! Kita carikan Tuan Megat teman wanita amacam?Edrina
Kau yakin Tuan Megat suka?. Tuan kan dah ada Cik Sherry Louis yang gedik tu! Hish!.Suraya
Yang tu aku bantah 100% ! . Tak suka lah aku dengan anak Dato Louis Cheng tu!. Gunakan kuasa ugut Tuan Megat supaya jadi boyfriend dia!. Jatuhkan maruah perempuan je!.Mariam { Bersilang tangan | Pamer muka tak puas }
Sebab tu lah kita kena carikan Tuan Megat girlfriend!. Jauhkan Cik Sherry dari Tuan Muda kita!.Edrina
Esok kita mulakan misi kita!.***
2. Int. Kelas tingkatan 5 - tengahari
Watak : Darina, Ullya, Nabilah, Shree, Intan, Amirah, Seri, Cikgu Fazilah.
Cikgu Fazilah menyerahkan kertas mahjong kumpulan masing-masing. Ada yang pamerkan muka terpaksa, senyum setengah-setengah, malah ada juga orang marahkan ahli kumpulan lain kerana kumpulan orang tersebut mendapat markah rendah.
Seri { Tak puas hati }
55 % je Cikgu?! Bagi lah kitorang markah lebih sikit.Cikgu Fazilah
Apa kamu tulis, itu lah markah kamu. Dah lari dari tajuk. Cikgu minta kumpulan kamu tulis tentang kebaikan media sosial. Bukan tulis pasal OOTD ( Oufit of the day } , Insta story, Insta live. Memang patut lah kamu markah rendah.Seri memuncungkan muka.
Kumpulan Ullya : 57 % .
Eik?. Lebih kurang je dengan markah kumpulan Seri?.
Ullya { Angkat tangah }
Cikgu, kenapa kitorang punya rendah juga?.Seri
Kau dapat berapa, Ullya?.Ullya
57 %.Seri
Hah! Dah agak! Cikgu memang tak bagi markah kesian kat kitorang!Intan { Sombong dengan Darina }
Alah, kita belum tengok lagi markah Darina. Mungkin lagi rendah dari kita. Kan, kan?.Cikgu Fazilah { Ketawa }
Hahaha!.Seri
Eh eh. Cikgu ketawa pulak.Cikgu Fazilah
Darina, cikgu dah tahu sekarang kenapa Pengetua berkenan sangat calonkan kamu pergi Pertandingan NILAM.Seri
Markah corot sangat ke?Cikgu Fazilah
Walaupun dia buat tanpa kumpulan, dia berjaya dapat markah penuh dalam tugasan cikgu ni. Tahniah.Darina Nafisah Binti Yusuf
100 %
Pengsan! Pengsan! Tak percaya Darina boleh dapat markah penuh dalam kelas mereka. Paling menyakitkan hati, dia tak ada ahli kumpulan pula tu!. Kitorang dah habis-habisan halau dia masa pemilihan ahli kumpulan!. Darina dapat nama, kitorang dikeji.
YOU ARE READING
Drama : Tiada kasih yang diinginkan
RomanceHANYA berkedudukan sebagai anak paling bongsu dalam keluarga, Darina Nafisah sering kali diabaikan, dimarahi mak, ayah serta abangnya. Tidak kira apa jua masalah orang lain sama ada pergaduhan antara mak dan ayahnya, Darina juga jadi mangsa keadaan...