Bab 18 { Akhir }

53 3 0
                                    


Int. Rumah Pak cik Kamil { Bilik tidur }  -tengah malam

Watak : Pak cik Kamil, pihak polis

*Telefon Pak cik Kamil berbunyi

[ Panggilan tidak dikenali ]

Pak cik Kamil menggosok-gosok matanya supaya imejnya jelas melihat nombor si pemanggil.

Pak cik Kamil { Hairan}
Siapa telefon aku malam-malam begini?.

Hati Pak cik Kamil tidak sedap. Dup dap dup dap. Seolah-olah merasakan sesuatu tidak enak yang terjadi pada Anis.

Pak cik Kamil menjawab panggilan. Terkejut. Suara di sebelah sana, suara seperti  polis.

Pak cik Kamil { On phone }
Helo... . Saya Kamil. Boleh saya tahu ni siapa?.

Pihak polis { On phone }
Encik bapa kepada Nur Anis Batrisya Binti Kamil ke?.

Pak cik Kamil { Tergagap-gagap }
Y... ya... saya ayah dia. Kenapa dengan anak saya?.

Pihak polis
Anak Encik maut dalam nahas jalan raya bersama teman lelakinya, Muhamad Badrul Mustaqim Bin Jauhari, di lebuh raya berhampiran KLIA. Encik dikehendaki datang ke HKL menuntut jenazah anak Encik.

Telefon terlepas dari genggaman . Pak cik Kamil terduduk lemah. Air matanya bercucuran laju. Oh anak ku... . Ayah telah mendidik kau dengan baik sehingga kau mampu melanjutkan pelajaran di bumi asing. Namun, ternyata kau berselingkuh dengan seorang lelaki di sana!. Kau mahu buat apa membawa lelaki pulang ke Malaysia?!. Adakah kau mahu restu dari aku?!.

Allah... . Ampunkan dosa anak perempuan ku...

***

Int. tanah perkuburan - pagi

Watak : Pak cik Kamil, orang-orang masjid.

Pusara arwah Anis ditaburi bunga-bunga, lalu disirami air agar pusaranya tidak mengering. Pilu hati Pak cik Kamil. Kini dia tinggal bersendirian. Dalam masa dua minggu, dia mahu berpindah ke rumah jagaan warga emas. Keluarga arwah Badrul juga sudah selesai menyempurnakan pengembunian anak lelaki mereka.

Perasaan mereka turut berduka seperti Pak cik Kamil. Kedua-dua mereka telah kehilangan orang tersayang.

Sebelum berangkat ke tanah perkuburan, Pak cik Kamil menerima laporan bedah siasat kepunyaan Anis. Anis disahkan mengandung anak luar nikah ketika berada di London. Menurut pihak polis dari London, Anis kerap kali pergi ke kelab malam. Bergaduh dengan pengunjung lain, merosakkan harta benda awam Negara Sherlock Holmes itu. Hal ini menyebabkan biasiswa Anis dibekukan oleh pihak Universiti, lantas laporannya dihantar kepada kedutaan Malaysia, seterusnya diserahkan pada pihak polis untuk mengambil tindakan.

Pada malam kemalangan, Anis dan Badrul dipercayai mahu melarikan diri dari London ke Malaysia daripada diberkas. Namun, selepas tiba di Malaysia, nasibnya begitu malang kerana terlibat dalam kemalangan.

Pak cik Kamil { Pegang batu nisan }
Anis... Ayah maafkan kamu... . Ayah akan doakan kamu supaya ditempatkan dalam orang yang beriman... .

Pak cik Kamil meninggalkan kawasan tanah perkuburan dengan perasaan sayu dan hiba.

Pak cik Kamil { Toleh ke kubur Anis buat kali terakhir }
Selamat tinggal... Anis...

***

Int. Rumah Mak Ngah { Ruang makan - Tengahari

Watak : Shahrizal, Darina, Mak Ngah

Darina  cemburu melihatkan kemesraan antara Shahrizal dan ibu saudaranya itu. Saling suap-menyuap memakan nasi berlaukkan ayam kari dan udang masak tomato.

Drama : Tiada kasih yang diinginkanWhere stories live. Discover now