Episod 3

51 4 0
                                    

1. Int. Sekolah - pagi

Watak : Amirah, Intan, Seri, Darina, Meygresia, Nabilah, Shree, Ullya.

DUA MINGGU telah berlalu. Masa begitu pantas meninggalkan aku di mana kesemua memori tentang sahabat-sahabat baikku, terhapus begitu saja. Aku dah tiada sesiapa sekarang. Kecuali 'kawan biasa' yang tak begitu rapat di dalam kelas ini saja yang tinggal. Mereka ini menganggap aku 'anti-sosial'. Sukar bergaul malah aku tak sama citarasa dengan mereka. Mereka meminati artis Korea, makanan Korea, fesyen Korea dan semua benda bermula dengan Korea.

Seri { Memburuk-burukkan Darina }
Aku tak suka lah dengan Darina. Asyik baca buku je. Dia tak macam kita-kita kan?. Well, kita kan pandai berfesyen, makeup. Darina setakat baca novel, duduk diam-diam kat kelas kita. Aku pun tak tahu lah kenapa Cikgu Najwa sayangkan Darina sangat. Markah BM aku lagi bagus kot?.

Intan { Tepuk belakang Seri }
Kau jealous ni dengan Darina. Aku setuju dengan kau, Seri. Darina tu... erm.... susah nak bergaul sama.

Amirah { Bertopang dagu atas meja }
Dekat kelab hoki dia tak main pulak tu. Baca buku je lah kerjanya. Cikgu sampai naik bosan perangai baca dia tu. Haih... .

Meygresia { Berbisik kecil }
Hei, kau jangan main-main dengan Darina. Aku dengar dia rapat dengan pengetua. Pertandingan NILAM ( Nadi Ilmu Amalan Membaca )  tahun ni pun Pengetua sendiri wakilkan Darina untuk sekolah kita.

Ullya { Tak puas hati | Tunjuk Seri }
Apa hebatnya sangat Darina hah?! Kau patutnya yang masuk pertandingan NILAM tu! Bukan dia!

Seri
Kenapa aku pulak?

Ullya
Pertandingan NILAM tu kalau kau menang, kau dapat RM 1,500 tau tak!

Amirah { Tak rela Darina menang }
Geram betul! ! Aku nak Darina kalah! Biar dia tersungkur depan kita!!!

Shree { Beri cadangan jahat }
Kita sebarkan cerita dekat satu sekolah supaya diorang jangan kawan dengan Darina. Darina tunjuk hebat sangat kan?. Apa yang lebih penting dari kawan?. Dia tak ada kawan nanti, dia mesti terhegeh-hegeh nak lepak dengan kita.

Nabilah { Sangat setuju }
Best cadangan kau tu. Aku nak tahu apa jadi pada Darina kalau dia tak ada kawan dalam sekolah ni.

Ullya { Ketawa jahat }
Menangis lah dia! Hahaha!

Tersentak Darina mendengari rancangan jahat kawan-kawan kelasnya. Apa salah dia sampai mereka nak palau dia macam tu sekali?. Salah kah dia jadi pendiam dalam kelas mereka?. Semua orang ada personaliti masing-masing. Takkan lah pulak diri ini perlu menjadi orang lain untuk menjadi seperti mereka?.

Sebaik saja Darina melabuhkan punggungnya ke atas kerusi, kawan-kawannya pun bersurai dari mesyuarat tingkap. Konon-konon tak nak bagi Darina dengar walhal dah terdengar di muka pintu.

Amirah { Berbisik pada Seri }
Esok kita start tau plan kita

Seri
Roger!

Darina { Menggeleng }
( Apa lah mereka nak buat tu? )

***

2. Int. Ruang tamu - malam

Watak : Pak Yusuf, Mama, Pak Cik Baktiar, Mak cik Ramona, Darina, Daris.

Pak cik Baktiar bersama isterinya datang melawat kami sekeluarga. Mereka ada empat orang. Kedua-dua anak mereka tidak dapat datang atas hal pekerjaan di pejabat.

Pak cik Baktiar { Letak cawan atas piring }
Kau apa khabar, Ucop? Semenjak kamu pencen, aku dah lama tak dengar khabar dari kau.

Pak Yusuf { Perangai seperti orang bujang, tak hiraukan anak-anaknya }
Aku macam gini lah, Bakti. Kaki kena potong, makan tak ada selera. Nak pergi jamban kena minta tolong orang. Tapi teh tarik tetap jalan!.

Mak cik Ramona
Anak-anak kamu ada ni. Diorang tak jaga ayah diorang ke?.

Pak Yusuf { Sengaja menyakiti hati anak-anaknya, merasakan ia tak berdosa }
Yang sorang dah habis belajar, tapi tak kerja. Anak perempuan aku tahun ni SPM. Kalau anak aku pass SPM pun, tak dapat kerja kan?. Apa gunanya kerja?. Jaga aku dapat pahala! Hahah!.

Aku dan abangku umpama patung cendana. Lancang saja mulut abah menyakiti hati kami. Aku tiada pilihan. Tak mungkin lah aku nak bersuara dalam komuniti warga emas ni?. Aku dan Abang Daris  duduk ruang tamu ni sebab dipaksa abah kami. Semata-mata nak tunjuk dia ada anak yang penyayang. Abah kalau dengar cerita kawan-kawan sekepala nya mempunyai cucu atau anak-anak yang baik hati, Abah aku iri hati lalu memaksa kami melayannya dengan baik. Hakikatnya, kami dua beradik tidak rapat mana dengan ayah kami sendiri. Kami hanya rapat dengan Mama.

Ketika waktu kami masih kecil, Abah selalu berkunjung ke rumah nenek yang tidak jauh daripada rumah kami. Abah balik hingga lewat malam. Mama cukup faham perangai abah. Abah  makan malam bersama nenek, bila di rumah Abah berkata abah sudah makan. Ia hanya alasan abah tidak mahu memakan masakkan mak. Mama aku pernah memberitahu aku  tanpa pengetahuan Abang Daris.

Nenek pernah menghasut Abah supaya jangan makan masakan Mama. Kejadian ini berlaku sebelum aku dan Abang Daris lahir ke dunia. Aku tidak menyangka arwah nenek pernah melakukan itu terhadap Mama, keluarga kami. Namun begitu, aku tetap merindukan kasih sayang arwah Nenek yang selalu mencium pipi ku tatkala kami beraya ke rumah nenek.








Drama : Tiada kasih yang diinginkanWhere stories live. Discover now