1. Int. Ruang tamu - tengahari
Watak : Pak Yusuf, Mama, Darina, Daris , Pak cik Huzairi, Mak cik Zaleha.
TIGA hari selepas kedatangan Pak cik Baktiar, bapa saudara ku pula datang melawat kami bersama mak cikku. Mereka datang berdua juga. Sepupu-sepupu ku pula sudah melanjutkan pelajaran ke luar negara malah ada juga belajar di dalam Malaysia. Aku tumpang gembira dengan semua sepupu aku itu.
Pak cik Huzairi { Bertanya khabar Daris & Darina }
Arin dan Aris tak sambung belajar?. Bank ada tawaran pinjaman untuk sesiapa yang nak melanjutkan pelajaran kan?. Kamu cuba-cuba risik dulu kursus apa kamu minat. Insyallah kamu boleh dapat.Pak Yusuf mencelah. Seolah-olah tidak mahu kami membuka mulut. Mak cikku hairan dengan sikap abahku.
Pak Yusuf
Diorang berdua ni bukan boleh pakai pun. Belajar tinggi-tinggi bukannya dapat apa kan?. Makin banyak hutang!.Pak cik Huzairi
Mereka ada potensi ni, Ucop. Pak cik yakin kamu berdua boleh genggam ijazah.Pak Yusuf berdecit. Anak-anak aku, biarlah aku tanggung!.
Mama
Anak dara aku yang sorang ni baik duduk dapur tolong masak. Orang perempuan belajar tinggi mana pun, berakhir di dapur. Betul kan Leha?.Mama... Arin pun ada cita-cita sendiri... .
Mak cik Zaleha { Cuba melawak }
Senyap je, Aris? Arin?. Mulut ada emas ke? Hehehe.Darina
Arin.... Arin nak sambung belajar. Tapi--- abah tak bagi.Pak Yusuf { Pura-pura tak tahu | Cuba meraih simpati }
Mana ada abah tak bagi. Abah dah nak sponsor lagi hari tu. Zairi, aku susah hati nak lepaskan anak-anak aku. Kesian aku. Aku dah tua, kaki dah tak ada...Pak cik Huzairi { Menyokong Daris dan Darina }
Biarlah diorang nak belajar. Ilmu lebih penting dari harta. Tak ada ilmu, orang akan tipu kita hidup-hidup.Daris { Berbisik sendiri }
Orang lain boleh pula sambung belajar.Pak Yusuf
Haih.... siapa kata harta tak penting?. Harta lebih penting! Orang bodoh je tak nak harta.Pak cik Huzairi teguh menyebelahi aku dan Abang Daris. Dia dapat kesan kami merana dalam penjara dicipta abah. Tiada peluang menyambung pelajaran kerana abah melarang. Pendek kata, abah nak kami nampak bodoh dimata semua orang!.
Pak cik Huzairi
Esok-esok diorang dah kahwin, tinggal kau dengan Zaimah.Pak Yusuf
Kahwin? Ada ke orang nak kahwin dengan anak-anak aku?. Aku boleh hidup lama, semua ditanggung!. Makan, bil elektrik, bil air. Kahwin tu tak penting.Pak cik Huzairi
Diorang ada masa depan tersendiri, Ucop. Ucop, kamu dah tua. Anak-anak kamu akan meningkat dewasa. Kamu yakin boleh hidup 10 tahun akan datang?. Menemani anak-anak kamu sehingga ada anak, cucu?. Sekarang pun dah tak terdaya.Bibir abah terkatup. Dah habis lah tu butir peluru nak tembak Pak cik Zairi!.
Pak Yusuf { Bercakap besar l
Aku kebal kematian, Zairi! Hahah!Terlihat bibir pak cikku terkumat-kamit. Mungkin beristighfar dengan kata-kata riak oleh abahku.
***
2. Int. Kelas - pagi
Watak : Cikgu Fazilah, Ullya, Nabilah, Shree, Intan, Amira, Seri, Darina.
Cikgu Fazilah
Cikgu nak kamu semua cari 5 ahli kumpulan. Tak boleh lebih ya. Kalau ada yang terlebih, orang tu akan buat sorang-sorang, presentation pun sorang-sorang. Tapi markah dapat banyak.Kelas ku riuh-rendah dengan suara kawan-kawan ku. Ganapathi bersama kawan-kawannya sudah membentuk kumpulan geng berbangsa India. Ganapathi tu lelaki tau. Haha. Dia amat baik padaku. Aku amat menghormati persahabatan kami ini. Dia begitu melindungi perhubungan aku dengan kawannya dari kelas sebelah a.k.a crush, Rashidi. Rashidi tu tak suka aku pun. Aku je yang syok sendiri. Dia anggap aku kawan je. Tak lebih dari tu. Padahal dia sendiri dah ada girlfriend. Mungkin Rashidi nak jaga perasaan aku sebab dah banyak kali dia reject aku. Maka, dia layan aku sebagai kawan.
Darina pergi ke satu-satu kumpulan mencari kekosongan ahli, mereka menghalau Darina. Umpama menghalau serangga perosak. Pusing-pusing tempat sama, sama lah juga jawapannya.
Shree { Tak nak Darina }
Group kitorang dah penuh lah. Awak cari lah group lain.Darina { Terasa hati }
Okey... .Tanya kumpulan Alief Akmal bersama Noh, tetap tak nak terima aku masuk kumpulan diorang. Aiseh. Semua group dah penuh. Aku kena buat secara individu nampaknya.
Alief
Sorry Darina. Group ni semua lelaki. Awak tu perempuan. Pergi lah join group Seri.Darina
OkeyTu je lah jawapan yang aku boleh bagi kat kawan-kawan aku.
Shree { Ketawakan Darina }
Kau tengok tu. Padan muka Darina. Tak ada sorang dalam kelas kita bagi Darina join group diorang.Darina
Seri, group awak ada kosong?Seri { Menyampah dengan kehadiran Darina }
Eleh... buat apa kau nak join group kitorang?. Kitorang bukan anak emas pengetua.Darina
Anak emas pengetua apa?. Saya tak faham.Intan
Awak rajin sangat baca buku dekat sekolah ni. Pengetua sampai nak wakilkan awak masuk Pertandingan NILAM!. Kami benci awak jadi anak kesayangan pengetua!. Gila kuasa!.Astaghfirullahalazim.... hanya kerana rajin membaca buku, Pengetua calonkan namaku untuk mewakilkan sekolah, kemarahan mereka berbangkit!. Tak boleh kah aku mengharumkan nama sekolah?.
Intan
Tak menang pun kalau kau masuk!Darina
( Amboi.... cili-cili kang mulut kau tu! )Cikgu Fazilah { Tegur Darina }
Ni kenapa masih berdiri? Cikgu nak kamu cari ahli kumpulan dalam masa 10 minit.Darina
Cikgu, saya buat sorang lah.Cikgu Fazilah
Betul nak buat sorang?Darina
Ya.Cikgu Fazilah { Ambil bekas berisi marker pen berwarna-warni }
Okey. Kamu punya tajuk : contoh-contoh peribahasa. Kumpulan Ullya perkataan sinonim dan antonim.Shree
Sinonim antonim tu apa cikgu?Cikgu Fazilah { Ketawa kecil }
Eh-eh. Kamu dah tingkatan 5 takkan tak tahu lagi?.Meygresia { Panik }
Alamak....
YOU ARE READING
Drama : Tiada kasih yang diinginkan
RomanceHANYA berkedudukan sebagai anak paling bongsu dalam keluarga, Darina Nafisah sering kali diabaikan, dimarahi mak, ayah serta abangnya. Tidak kira apa jua masalah orang lain sama ada pergaduhan antara mak dan ayahnya, Darina juga jadi mangsa keadaan...