Episod 8

38 3 0
                                    

Int. Kelas 5 USM - pagi

Watak : Darina

Aku ditinggalkan bersendirian.... tak ada sesiapa dalam kelas ni. Guru-guru tingkatan 5 menghadiri perkhemahan jati diri sebagai guru bimbingan. Aku turut turun ke kelas 5 UM. Ternyata, seluruh tingkatan 5 tinggalkan aku...

Apa faedahnya aku datang sekolah?. Balik rumah, masih terlalu awal.... . Tak ada pilihan lain, pergi  Library je lah.

*** Perpustakaan****

Cikgu Vettry { Membawa tiga kotak besar berisi buku perpustakaan }
Eh, kenapa awak tak pergi perkhemahan jati diri tu?. Kawan-kawan awak semua pergi kan?. Sepatutnya semua tingkatan 5 kena pergi.

Darina { Terpaksa memaniskan muka }
Ayah saya tak bagi pergi, Cikgu. ( sebenarnya aku tak bagitau Mama dengan Abah tentang perkhemahan ni ) .

Cikgu Vettry { Dah selesai meletakkan kotak dalam bilik staf }
Jadi awak plan nak duduk sini sepanjang hari?

Darina
Ya. Tak apa kan, Cikgu?. Sambil-sambil tu saya boleh susun buku.

Cikgu Vettry
Baik lah kalau macam tu. Awak tolong saya masukkan maklumat buku baru sampai dalam komputer boleh?.

*Darina pengawas perpustakaan berpangkat setiausaha.

Darina { Senyum }
Boleh

Tanpa memikirkan masalah ditinggalkan kawan, Darina menfokuskan mindanya dengan memasukkan maklumat buku-buku perpustakaan ke dalam komputer.

Tenang Darina...

Kau tak mati pun kalau tak ada kawan.

***

Int. Rumah Darina - malam

Watak : Pak Yusuf, Mama, Daris, Darina.

*** Darina memeriksa baki akaun bank dalam handphone***

RM 354.00

Senyuman Darina lebar. Meskipun itu hasil pengumpulan duit jualan kek dari bulan-bulan yang lepas, Darina amat bersyukur sebab dia dah ada duit sendiri. Namun, jumlah tersebut tidak membenarkan Darina membayar kelas pembelajaran pemanduan kereta kelas D - Auto.

Darina
Dapat lah sikit duit lepas dah jadi dropship. Kalau dulu, tak pernah dapat duit. Nak beli apa-apa kena mintak dengan Abah atau Mama. Tak bagi beli, Arin terpaksa merajuk.

Pak Yusuf
Nak belanja abah apa?

Mama
Kenapa mu nak suruh Arin belikan macam-macam? Tu kan duit dia.

Pak Yusuf
Duit Arin, duit abang jugak. Hah, Arin. Bagi semua duit tu pada abah.

Darina { Rasa terpaksa }
Kenapa, bahhhh?. Ni duit Arin!.

Mama
Entah mu ni. Arin yang jual kek, abang pulak yang sibuk

Pak Yusuf { Marah }
Tahu ke simpan duit?  Abah lagi  perlukan duit tu dari KAU!!.  Zaimah! Ambil beg duit Arin!. ABAH NAK PERGI KL !

Mama
Tok sah lah kacau duit Arin! Mu dah ada duit banyak, sibuk-sibuk nakkan Arin punya jugak!. Ikut tolong jual kek lah kalau mu nak!

Pak Yusuf { Tunding jari }
Mu tahu bisnes? Tak tahu kan? Baik mu diam.

Darina berasa takut Mama dan Abahnya bergaduh gara-gara duit. Krisis kewangan keluarga mereka tak pernah habis semenjak Abahnya pencen.

Drama : Tiada kasih yang diinginkanWhere stories live. Discover now