✨BAB 3 - 10/10/10, 10:10✨

25 8 0
                                    

   "Qaisara, terima kasih sebab dah bertarung nyawa melahirkan Qadijah dan Aeisyah. Terima kasih." Kata Encik Ahmad ikhlas. Matanya menatap wajah suci isterinya.

   "Sama² awak... Ini pun atas sokongan awak juga. Kalau tiada awak tak tahu lah apa jadi dekat saya ni." Balas Puan Qaisara, nadanya berubah kendur.

   "Eh, jangan cakap macam tu! Ini semua atas usaha awak juga, dan tak lupa juga pertolongan dan rezeki daripada Allah SWT." Balas Encik Ahmad.

   "Betul betul betul. Hihihihi. Tapi kan awak... Ciptaan Allah ni memang menakjubkan kan?"  Kata Puan Qaisara, sambil tersengih menampakkan barisan giginya.

   "Memang pun, semua ciptaan Allah menakjubkan dan tak mampu ditandingi kecantikannya. Kenapa awak cakap macam tu pula?" Soal Encik Ahmad kebingungan. Lagi² melihat isterinya yang tersengih. Comel!

   "Tak ada lah, cuma... Anak kita ni kan lahir pada 10 OKTOBER 2010, JAM 1010 MALAM pula tu!" Kata Puan Qaisara teruja. Tak padan orang baru lepas bersalin.

   "Kalau itu takdir Allah, kita kena lah reda, dan sentiasa percaya pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Awak tak perlu fikir sangat, awak ni baru je bersalin, jangan cakap awak nak pergi siasat pula benda tu." Balas Encik Ahmad.

   Dibalik katanya dia bimbang akan Puan Qaisara. Sememangnya Puan Qaisara sangat sukakan hal-hal misteri dan pelik. Jikalau ada sahaja hal-hal yang begitu, pasti dia akan cuba menyiasat dan mencari tahu. Itu yang dirisaukan Encik Ahmad.

   "Ala awak ni.. saya cakap je, awak kan tahu saya detektif, itu lah yang terfikir sikit tentang benda tu. Tapi kalau awak dah cakap macam tu tak apa lah, saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya." Kata Puan Qaisara. Mereka senyum sesama sendiri.

   "Eh, anak kita pun senyum lah! Kalau senyum lagilah comel, sampai cair hati papa ni." Seloroh Encik Ahmad.

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

Bersambung

~Jangan lupa vote 😇

💜Kembar Biru & Ungu💙Where stories live. Discover now