✨BAB 26 - SELESAI✨

30 4 10
                                    

   "Tuan, bukan niat saya ingin melihat Tuan jatuh, apatah lagi suka dengan semua ini. Tapi, saya sedang membantu Tuan. Hentikanlah eksperimen ini Tuan, ia takkan memberi kejayaan pun kepada kita. Malah kegagalan yang lebih teruk akan kita hadapi, Tuan" Kata Bopi bersungguh-sungguh.

   "Betul kata Bopi itu Akmal. Berhentilah dengan eksperimen kamu ini. Banyak eksperimen lain lagi yang kita boleh lakukan bersama. Mengapa eksperimen ini juga yang kamu mahu?

   Tidak kah kamu terfikir tentang kesan negatif daripada eksperimen ini? Selain membahayakan orang ramai. Ia mampu membutakan kamu dengan ketamakan. Ketamakan ingin memiliki segalanya." Kata Encik Ahmad berbaur nasihat. Encik Akmal diam memikirkan kata-kata abang kembarnya.

   "Abang tahu apa tujuan sebenar kamu ingin mencipta klon ini. Kamu ingin menukarkan klon-klon ini kepada saintis-saintis di luar sana bukan? Dan daripada itu kamu akan membuat mereka bekerja di bawah kamu. Sudah pastilah kamu akan terkenal kelak, kerana bekerja bersama saintis-saintis yang terkenal." Ujar Encik Ahmad lagi.

   Encik Akmal terkedu, bagaimana abangnya tahu semua yang dua rancang. Oh, lupa mereka kan kembar! Cubit paha kiri, paha kanan terasa.

   "Apakah kamu sudah lupa? Allah yang memiliki segala-galanya. Allah yang berkuasa terhadap semua makhluk-makhlukNya. Semua yang kita punya hanya pinjaman semata-mata. Janganlah kamu terlalu bangga terhadap pemberian Allah sehingga menjadi riak dan tamak.

   Tidak salah jika kamu ingin berjaya, tapi niat tak menghalalkan cara. Kalau hendak berjaya gunakan niat dan cara yang betul.

   Kamu sendiri lihat apa yang berlaku disebabkan eksperimen kamu. Fikiran kamu jadi berserabut, hidup tidak tenteram dan kamu juga berkasar dengan keluarga sendiri.

   Sedarlah Akmal, kamu pandai dan baik orangnya. Abang pasti banyak lagi eksperimen yang kamu boleh lakukan ke arah kebaikan." Terang Encik Ahmad lagi.

   Encik Akmal mulai menyedari kesilapannya. 'Ya Allah, aku terlupa bahawa Engkaulah lebih berkuasa dari segala-galanya. Maafkan hambaMu ini Ya Allah, kerana lemas dalam ketamakan dunia.' Rintih hati Encik Akmal.

   "Abang minta maaf jika selama ini kamu merasa terasing atau terpulau disebabkan abang tiada di sisi kamu. Pasti kamu ingat lagi kan? Apa yang arwah ibu selalu kata kepada kita. 'walau kita saling berjauh, tapi kasih sayang kita tetap utuh. Jauh di mata tapi dekat di hati.'

   Walau abang tiada dekat dengan kamu, tapi percayalah abang sentiasa sayangkan kamu Akmal. Kami semua ada untuk kamu, Bopi juga ada dan keluarga abang pun turut bersama kamu. Yang paling penting Allah sentiasa bersama kita. Kamu tidak bersendiri. " Ujar Encik Ahmad sayu. Bopi mengangguk mengiyakan kata-kata tuan keduanya itu.

   Encik Akmal mendongak melihat Bopi dan Encik Ahmad, cuba mencari kejujuran mereka. Dia mengukirkan senyuman yang manis, tiada lagi senyuman sinis. Dia bangun dan mendakap kedua-dua lelaki itu.

   "Maafkan Akmal. Akmal banyak salah, Akmal tidak mendengar kata-kata abang. Akmal terlalu obses ingin menjayakan eksperimen ini. Terima kasih kerana sudah menyedarkan Akmal. Bopi, maafkan saya kerana menyuruh kamu mengikuti saya melakukan eksperimen yang tidak baik ini." Ucap Encik Akmal.

   "Tidak mengapa Tuan. Syukurlah jika Tuan sudah sedar. Saya sebagai pekerja dan sahabat Tuan akan sentiasa ada di sisi Tuan." Kata Bopi ikhlas. Pelukan itu dileraikan bersama senyuman manis menyinar daripada bibir mereka semua.

   Qadijah, Aeisyah dan Puan Qaisara turut tersenyum melihat mereka. Encik Akmal menghampiri mereka bertiga. Dia memohon maaf atas segala kekasaran yang dia lakukan selama ini terhadap Qadijah, Aeisyah dan Puan Qaisara. Mereka bertiga memaafkan Encik Akmal, semuanya sudah berlalu tak perlulah kita menyimpan dendam di hati.

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

    Misteri Kembar Biru&Ungu akhirnya selesai.

   Rupa-rupanya Encik Ahmad dan Encik Akmal juga pernah dipanggil Kembar Biru&Ungu sewaktu ketika dahulu. Tak sangka pula gelaran Kembar Biru&Ungu menjadi warisan turun-temurun pula.

   Sekarang Qadijah dan Aeisyah sudah mempunyai pakcik. Pakcik Akmal dan Pakcik Bopi. Hahahaha.

   Dengar cerita Encik Akmal, Encik Ahmad dan Bopi sedang merancang eksperimen baharu. Yang pasti ianya bukan eksperimen haram atau tidak baik. Semoga mereka dapat menjayakan eksperimen itu dengan baik! Aamiin!

   Puan Qaisara pula sering bercerita tentang kisah-kisah penyiasatannya ketika dahulu, kepada Qadijah dan Aeisyah. Maklumlah, Encik Ahmad sudah tidak memarahi Puan Qaisara tentang penyiasatannya itu.

   Si kembar tu apa lagi, mereka pastilah teruja mendengarkan kisah mama mereka itu. Semakin lama semakin mendalam minat mereka dalam bidang penyiasatan ini.

   Satu hari nanti Qadijah dan Aeisyah atau lebih dikenali sebagai Kembar Biru & Ungu akan menjadi Detektif penyiasatan yang terbaik di dunia! Insya-Allah, Aamiin!

💜💙💜💙💜💙💜💙💜💙💜💙💜

Siri Kisah Kembar : KEMBAR BIRU&UNGU

(21•Jan•2022)
TAMAT

💜💙💜💙💜💙💜💙💜💙💜💙💜

~jangan lupa vote, tq ☺️

💜Kembar Biru & Ungu💙Where stories live. Discover now