✨BAB 16 - PUAN QAISARA STORY PART 4✨

14 6 0
                                    

   "Qaisara, saya nak awak berhenti jadi detektif." Terpana Qaisara saat mendengar kata-kata yang Ahmad lepaskan tadi. Tiada angin mahupun ribut. Mengapa tiba-tiba?

   "Tapi, kenapa awak?" Soal Qaisara, sedikit tak puas hati. Menjadi detektif adalah impiannya sejak kecil lagi. Selepas sudah tercapai impian itu. Senang-senang sahaja Ahmad menyuruhnya berhenti dari impiannya itu.

   Ahmad menghembuskan keluhan kecil. Dia tahu isterinya pasti mempersoalkan keputusannya ini. Bukan niatnya untuk menyekat impian Qaisara. Tapi dia terpaksa, demi kebaikan Qaisara dan anaknya juga.

   "Qaisara, saya taknak awak berada dalam bahaya lagi. Pekerjaan awak berisiko untuk meletakkan awak dalam bahaya. Tengok, baru tadi awak pengsan. Lepas ni apa pula akan jadi?" Pujuk Ahmad lembut.

   "Saya tahu jaga diri lah. Awak janganlah risau." Qaisara sudah menayangkan muka cemberut. Masih tidak mahu kalah.

   "Qaisara, awak tahu kan awak sedang mengandung sekarang. Awak nak ke bahayakan kandungan awak?" Ahmad sudah mula bermain minda dengan Qaisara.

   Qaisara baru teringat tentang kandungannya itu, dia terus memegang perutnya. Dia menggeleng-geleng untuk jawapan bagi soalan Ahmad itu. Ibu mana je yang inginkan anaknya dalam bahaya?

   "Nanti bila dah keluar baby ni, awak boleh main dengan dia dekat rumah, awak boleh jaga dia. Luangkan masa seharian dengan dia. Awak nak kan buat semua tu dgn anak-anak kita?" Pujuk Ahmad lagi.

   Qaisara mengangguk, pastilah dia mahu buat semua itu dengan anak-anaknya. Tapi, takkan dia seorang je, macam mana dengan Ahmad?

   "Awak pula macam mana? Taknak ke awak main, jaga dan luangkan masa dengan anak kita?" Tanya Qaisara.

   "Mestilah saya nak! Tapi saya kan kerja. Sebab tulah juga saya nak awak berhenti. Kalau kita berdua sibuk, siapa yg nak tengokkan baby kita? Dan Insya-Allah, saya akan cuba luangkan masa dengan awak, dengan anak-anak kita." Jawab Ahmad yakin, sambil menguntum senyuman manis.

   Betul juga kata suaminya itu, kalau mereka berdua sibuk, siapa yang akan tengok-tengok kan anak mereka nanti?

   "Janji?" Soal Qaisara meminta kepastian. Tak semena-mena Ahmad mendekatkan dahinya dengan dahi Qaisara. Cara mereka berjanji.

   "Insya-Allah, saya janji. Tapi awak pun kena janji juga untuk berhenti dari kerja detektif awak tu."

   "Ya, InsyaAllah. Saya janji juga. Tapi.." Ahmad terus menarik dahinya dari dahi Qaisara. Dia melihat Qaisara dengan pandangan bingung.

   "Tapi apa lagi.." Pintas Ahmad. Qaisara tersengih-sengih, seraya menyambung semula ayatnya yg terhenti tadi.

   "Tapi, saya kena handle satu je lagi kes. Kes ni saya dah buat separuh jalan, jadi tak boleh sesuka hati stop macam tu je. Saya janji ini last, lepastu saya berhenti. Bolehlah awak...." Rayu Qaisara dengan muka comelnya.

   Aduhai, ini yang Ahmad lemah ni. Dia memang akan sentiasa kalah dengan muka comel Qaisara. Itulah setiap kali Qaisara nak pujuk dia, dia takkan pandang muka Qaisara, sebab takut terperangkap dengan muka comel itu.

   "Hmm, saya izinkan. But, this want is last okay!" Tegas Ahmad. Qaisara tersenyum gembira, lantas memeluk Ahmad.

   "Okay, thank you awak, sayang awak!" Ucap Qaisara, gembira sangat tu. Ahmad membalas pelukan tersebut.

   "Sama-sama sayang." Ringkas jawapannya, tapi mampu membuatkan senyuman Qaisara bertambah lebar. Seketika, dia baru teringat tentang mimpi itu. Tapi dia endahkannya. Mungkin memang benar itu sekadar sebuah mimpi?

End Flashback

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

Bersambung

~jangan lupa vote, tq 📚

💜Kembar Biru & Ungu💙Where stories live. Discover now