✨BAB 12 - JOGING✨

17 5 4
                                    

   Ahad, waktu di mana kebiasaannya kita bercuti, berjalan dan luangkan masa bersama family mahupun bersama diri sendiri.

   Awal pagi lagi Encik Ahmad sekeluarga bersiap-siap untuk ke taman. Mereka semua ingin pergi berjoging.

   Nak tahu kebaikan berjoging?

   Dengan berjoging kita dapat mengeluarkan toksik yanh merbahaya dalam badan, melalui rembesan peluh yg mengalir keluar dari badan.

   Peluh juga mampu menyejukkan dan menormalkan suhu badan yang panas selepas berjoging.

   Selain itu, berjoging juga mampu membakar lemak-lemak degil 😠 yang berkumpul dalam badan.

   Seterusnya, segala kekusutan dan stres di kepala dapat dihilangkan apabila kita berjoging. Lebih-lebih lagi bila trek joging kita dikelilingi tumbuhan-tumbuhan hijau. Ahh... Nyamannya!

   Akhir sekali, kalau hendak berjoging, berjoginglah bersama keluarga atau sahabat handai. Selain menyihatkan badan, kita juga mampu mengeratkan ukhwah sesama kita.

   Tetapi, tidak salah juga jika anda ingin berjoging sendiri, ianya akan melahirkan suasana yang lebih tenang.

*Ok cukup iklan kembali ke cerita. HEHEH😅

   "Aeisyah cepatlah, dia ni semua benda nak lambat." Marah Qadijah sambil mencekak pinggang. Dia menunggu Aeisyah yang sedang mengikat tali kasut.

   "Ya, wahai Cik Puan Qadijah. Patik sudah hampir habis mengikat tali kaus ini. Mohon bersabar sedikit. Jangan bermuram durja Cik Puan Qadijah. " Balas Aeisyah siap menggunakan bahasa istana.

   "Eeee.... Aeisyah ni main-main pula." Geram Qadijah. Aeisyah sudah ketawa mengekek, melihat muka cemberut Qadijah.

   "Dah lah tu kembar papa, asyik gaduh saja kerjanya. Dah siap ke tu? Jomlah kita pergi, nanti penuh pula taman tu." Ajak Encik Ahmad, dia memanggil dari dalam kereta.

   "JOM!" Jawab Qadijah dan Aeisyah serentak. Kebetulan Aeisyah sudah siap mengikat tali kasutnya yang berbentuk ketupat. Patutlah lama, ikat tali kasut ke anyam tali kasut.

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

   "Penatnya....!" Keluh Qadijah, dia mengambil tempat di bangku berdekatan, melepaskan lelah.

   Aeisyah yang sudah maju sedikit ke hadapan, mundur kembali menghampiri tempat Qadijah berehat apabila mendengar keluhan Qadijah.

   "Apa lah Qadijah ni, baru sikit dah penat." Kata Aeisyah lebih kepada memerli. Dia tidak duduk seperti Qadijah, tapi dia hanya berlari setempat.

   Qadijah membiarkan perlian Aeisyah berlalu pergi bersama penatnya, dia malas ingin bergaduh dengan Aeisyah.

   Selepas beberapa minit, datang pula Encik Ahmad dan Puan Qaisara menghampiri mereka berdua.

   "Aeisyah, Qadijah, jom kita pergi makan. Dah habis joging kan?" Ajak Encik Ahmad.

   "Dah! Yay makan! Jom lah papa." Jawab Qadijah bersemangat, dia berlari mendapat kereta mereka.

   Aeisyah, Encik Ahmad dan Puan Qaisara terkejut melihat respon Qadijah itu. Tadi penat semacam, sekarang semangat semacam pula.

   "Hmph, kalau makan laju." Bisik Aeisyah perlahan. Dia bersama mama dan papanya turut berjalan menuju ke kereta.

🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♀️

Bersambung

~jangan lupa vote, tq🌹

💜Kembar Biru & Ungu💙Where stories live. Discover now