✨BAB 11 - RAHSIA✨

18 6 5
                                    

   Semasa sedang sibuk bercerita, tanpa mereka bertiga sedar Encik Ahmad sudah pun pulang dari kerjanya.

   "Assalamualaikum bidadari bidadari bidadari papa sekalian." Encik Ahmad memberi salam.

   Sengaja ditriplekan bidadari merujuk kepada Puan Qaisara, Qadijah dan Aeisyah.

   "Waalaikumussalam papa." Jawab mereka bertiga serentak.

   "Eh, awak dah balik!" Kata Puan Qaisara.

   "Yelah saya dah balik ni. Kamu bertiga buat apa ni... Membawang eh?." Perli Encik Ahmad.
 
   Tahu sangat kalau kaum wanita ini berkumpul tak lain tak bukan membawang lah kerja mereka ya tak?

   "Hihi mana ada kitorang tengah dengar cerita mama pasal kerja detektif mama dulu hmppp.." Puan Qaisara menerkup mulut Aeisyah.

   "Tak ada lah awak, kitorang tengah cakap pasal hiasan rumah ni, rasanya nak tambah bunga lagi kat situ, kan Aeisyah? Qadijah?." Bohong Puan Qaisara sambil mengusap kepala anak kembarnya itu.

   Bukannya dia berniat untuk berbohong, tapi dia takut jikalau suaminya itu tahu bahawa dia meceritakan tentang kisah silamnya pasti suaminya tidak suka.

   "Ha? Aaaa... Ha betul lah tu, nak tambah bunga kat situ. Cantik juga." Sambung Qadijah.

   "Ha, nak tambah bunga lagi?.. Habis jadi kebunlah rumah kita ni." Seloroh Encik Ahmad. Mereka semua pun gelak bersama-sama.

   ✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

   "Puan Qaisara, awak dah masak ke? Saya lapar ni." Soal Encik Ahmad sambil mengusap-ngusap perutnya dan menunjukkan muka kesian kepada Puan Qaisara.

   "Awak ni mengada lah. Saya dah masak dah, nanti saya sediakan makanan untuk awak ya Encik Ahmad." Kata Puan Qaisara sambil mencuit hidung Encik Ahmad.

   Encik Ahmad tersenyum suka, sengaja dia bermanja dengan isterinya, bukan selalu.

   Nasib baik Qadijah dan Aeisyah dah naik ke bilik mereka tak perlu lah mereka melihat adegan ini.🤫

   ✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

   Malam itu, selepas Qadijah dan Aeisyah solat Isyak berjemaah bersama mama dan papa mereka di ruang solat, mereka pun terus masuk ke bilik mereka dan bersiap untuk tidur.

   "Qadijah, kenapa mama taknak bagitahu hal sebenar dekat papa eh?" Soal Aeisyah memulakan bicara.

   "Entahlah Aeisyah, Qadijah pun pelik. Tapi Qadijah rasa mama takut papa marah kot?" Soalan dibalas soalan, kemudian Qadijah menguap.

   "Kenapa nak marah pula?" Tanya Aeisyah lagu, ingin tahu kenapa kakaknya berkata begitu. Qadijah ada tahu sesuatu ka?

   "Yalah, papa kan tak suka mama jadi detektif." Qadijah menjawab persoalan Aeisyah.

   "Kenapa pula tak suka?" Soal Aeisyah lagi dan lagi.

   "Aeisyah ni, mana lah Qadijah tahu. Qadijah agak je sebab mama macam taknak sangat papa tahu. Dahlah, banyak tanyalah Aeisyah ni. Qadijah nak tidur lah ngantuk sangat dah ni." Kata Qadijah lalu dia menarik selimut menutupi badannya.

   "Hmm yalah." Aeisyah pun pasrah, matanya dikatup tanda hendak tidur.

   Tapi otaknya masih sibuk bekerja memikirkan tentang mamanya dan misteri-misteri yang bermain bersama mereka.

📝📝📝📝📝📝📝📝📝📝📝📝📝📝

Bersambung

~ jangan lupa vote 👍

💜Kembar Biru & Ungu💙Where stories live. Discover now