✨BAB 18 - RUMAH NO 10✨

14 5 2
                                    

   Sudah seminggu sejak Puan Qaisara menceritakan kisah hidupnya kepada Qadijah dan Aeisyah. Bermakna sudah seminggu juga Aeisyah bertahan dengan misteri-misteri di sekeliling mereka, yang masih belum menemui jawapannya.

   "Qadijah~ oh~ Qadijah~." Panggil Aeisyah meleret. Qadijah yang perasan nada meleret Aeisyah tu menoleh ke arah Aeisyah sambil menjongketkan keningnya.

   "Amboi, panjangnya harakat! Panggil macam tu mesti nak sesuatu ni." Tebak Qadijah. Aeisyah tersengih, benarlah tebakan Qadijah itu.

   "Heheheh, pandai Qadijah teka. Sebenarnya, Aeisyah nak ajak Qadijah pergi rumah nombor 10 tu." Ujar Aeisyah ragu-radu. Ya, sudah tiba masanya, untuk mereka merungkai semua misteri.

   "Hmm.... Qadijah pun nak pergi juga, tapi Qadijah takutlah." Balas Qadijah, dia risau kalau benarlah apa yang dimimpikan Puan Qaisara itu, adakah mereka akan berhadapan dengan bahaya nanti?

   "Buat apa nak takut, Insya-Allah kita tak apa-apa pun. Kita cuma nak tengok je, untuk memastikan tentang mimpi mama tu. Kan?" Ujar Aeisyah bernada yakin, dia pun agak risau juga. Tapi dia perlu selesaikan misteri ini segera. Barulah tenang fikirannya.

   "Ok... Macam mana dengan mama? Kita nak cakap apa dengan mama?" Soal Qadijah masih risau. Entahlah, tapi dia rasa tak sedap hati.

   "Hmm, tentang mama. Rasanya kalau kita beritahu perkara sebenar, pasti mama tak akan bagi kita pergi rumah tu. Mungkin kita terpaksa bohong mama? Untuk kali ni je." Cadang Aeisyah, dia memandang Qadijah berharap cadangannya itu diterima.

   "Betul juga tu. Okaylah, kita pergi sekejap je. Lepas dah tengok apa yang patut, kita terus balik. Nanti mama taklah curiga apa-apa kan?" Putus Qadijah. Aeisyah mengangguk, membetulkan kata-kata Qadijah itu.

   'Sorry mama, kami pergi rumah tu tak lama pun. Ini semua untuk buktikan mimpi mama juga.' Desis hati kembar biru&ungu.

Rumah no 10, here we come!

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

   Sesampainya mereka ke tempat dituju. Mata mereka terpaku melihat rumah itu. Rumah itu tak seperti yang Puan Qaisara gambarkan, ianya tidak usang malah nampak mewah. Betul lah apa yang Puan Qaisara cakap, keadaan rumah itu di realiti berbeza dengan di mimpinya.

   Perlahan-lahan mereka jalan mendekati pagar rumah tersebut. Menurut Puan Qaisara, rumah ini diduduki beberapa lelaki bujang. Wow, tak sangka lelaki bujang mampu menghias rumah mereka seperti ini. Bak kata pepatah, Jangan pandang sebelah mata.

   Qadijah berkira-kira mahu menekan loceng rumah itu. Patutkah mereka masuk atau hanya memerhati dari luar sahaja? Kalau mereka nak masuk seganlah pula, yalah rumah lelaki kot.

   Kalau mereka memerhati sahaja dari luar, nanti apa pula orang kata, melihat kami menghendap-hendap rumah orang, serupa macam pencuri pula. Kedua-dua keputusan seperti diluah mati emak, ditelan mati bapak.

   Aeisyah meneliti sekeliling rumah itu dari luar, tiada apa yang mencurigakan pun. Dia kemudian memerhati gelagat Qadijah yang seperti sedang ralit memikirkan sesuatu.

   Timbul idea nakal di benak fikirannya, untuk mengenakan Qadijah. Haih, tak kena tempat betul, Aeisyah ni nak kenakan orang. Aeisyah melangkah perlahan mendekati Qadijah, sebelum dia menyergah Qadijah.

BAH!

   Akibat terlalu terkejut, dia menekan loceng rumah itu, siap memberi salam lagi. Kemain, melatahnya pun.

   Qadijah sudah risau dengan keterlanjurannya, habislah kalau penghuni rumah ini dengar. Apa dia nak cakap nanti? Dia memandang Aeisyah dengan wajah yang cemberut dan marah.

   Boleh pula pergi sergah dia macam tu, siap ketawa tak ingat dunia! Dia tak sedar ke yang mereka sedang menempah maut sekarang ini!

   Aeisyah masih ketawa terbahak-bahak melihat respon Qadijah, tapi ketawanya mati. Tatkala tiba-tiba ada suara menyahut menjawab salam dari dalam rumah tu. Oh o!

   "Waalaikumussalam, siapa tu?" Ujar suara garau penghuni rumah tersebut, lelaki. Dia berjalan mendekati pagar. Habislah mereka berdua!

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

Bersambung

~jangan lupa vote, tq 😨
~maaf sebab tak update semalam, agak busy dan mals ckit. HEHEHE.
~jadi Harini macam biasa kalau tak update Ana belanja lagi 1 bab.
~Cerita ni dah nak sampai penamatnya. So nantikan!

💜Kembar Biru & Ungu💙Where stories live. Discover now