✨BAB 23 - EKSPERIMEN✨

10 5 8
                                    

Flashback Encik Akmal

   "Awak, kenapa awak ada dekat si..ni.." hujung ayat Qaisara bernada lemah. Tubuhnya perlahan-lahan jatuh ke lantai. Dia pengsan sekali lagi.

   "Goodnight Qaisara... Belum masanya untuk awak tahu semuanya Qaisara, belum masanya lagi." Ujar Akmal perlahan.

   "Tuan, kloroform yang saya beri dah menunjukkan kesan. Mungkin dia akan sedar dalam beberapa minit selepas ini. Jadi, apa perlu saya lakukan sekarang Tuan?" Soal Bopi menunggu arahan seterusnya daripada Akmal.

   "Baringkan dia di situ, kita boleh terus ambil sampel darahnya dan mulakan eksperimen kita." Arah Akmal. Bopi mengangguk faham, terus melaksanakan arahan Akmal.

   Akmal sedang bersedia dengan peralatan-peralatannya bagi proses mengambil darah Qaisara. Semua peralatan disusun dengan rapi dan teliti, agar semuanya berjalan dengan lancar nanti.

Selepas beberapa minit,

   Darah Qaisara dapat diambil dengan selamat, kesan luka yang ditinggalkan hampir tidak kelihatan dan tidak terasa, memandangkan Akmal amat mahir melakukan perkara seperti itu.

   Sampel darah yang diambil diletakkan di dalam tabung uji dan dimasukkan ke dalam mesin yang telah direka Akmal sendiri, turut dibantu oleh Bopi. Mesin yang direka khas untuk mencipta klon manusia.

   Tapi mesin itu belum siap sepenuhnya, ia memerlukan DNA daripada pengguna darah O. Dan setelah dikaji hanya Qaisara yang mempunyai darah yang sesuai dengan mesin itu, iaitu darah O.

   Namun setelah darah Qaisara dimasukkan ke dalam mesin itu....

Bzzt

Bzzt

   Ianya tidak seperti Akmal dan Bopi sangkakan. Mesin itu masih belum dapat berfungsi.

   "Mengapa? Bukankah kita sudah meletakkan darah Puan Qaisara?" Soal Bopi bingung melihat mesin itu yang mana tidak menunjukkan hasil yang memuaskan.

   Akmal turut bingung, namun dia tidak cepat melatah. Dia menghampiri mesin itu lalu mengenal pasti apakah masalah yang timbul.

   Ternyata darah Qaisara hanya 70% berkesan pada mesin itu. Mereka perlukan 100% padanan, baru mesin itu dapat berfungsi sepenuhnya.

   Akmal kecewa 'setelah lama mengkaji mengapa begini hasilnya?!' Dia hampir mengamuk, tapi akalnya menenangkan dirinya. Terlintas di fikiran Akmal satu idea yang bernas. Bibirnya mengukir senyuman beribu makna.

   "Tak mengapa Bopi, saya tahu apa yang perlu dilakukan. Sekarang, kamu bawa sahaja Qaisara ke tempat yang kamu temuinya tadi, dan tinggalkan dia di situ." Arah Akmal tenang.

   Bopi hairan melihat tuannya yang tenang seperti tenangnya air tasik. 'Tidak kah Tuan kecewa?' Fikirnya. Tapi dia tetap mengikuti sahaja arahan Akmal.

   "Tak mengapakah saya tinggalkannya di situ? Nanti Puan Qaisara berada dalam bahaya bagaimana?" Soal Bopi risau jika meninggalkan Qaisara di tempat tadi.

   "Jangan risau, saya pasti selepas ini akan ada 'hero' yang menyelamatkannya. Buat sahaja seperti apa yang saya suruh." Balas Akmal tenang sambil dia mengemas sedikit makmal itu. Di benak fikirannya mula mencipta beberapa rancangan baharu.

   'Bagaimana aku boleh lupa, Qaisara sedang mengandungkan anak kembar sekarang ini. Pastinya anak kembar mereka akan memberi 100% kejayaan kepada eksperimen ini. DNA kembar lebih baik, berbanding DNA seorang.' Akmal gembira memikirkan itu, namun tiba-tiba senyumannya bertukar pudar.

   "Ah, kalau Ahmad ikut aku, pastinya eksperimen ini sudah berjaya! Tak perlulah aku menunggu anak kembarnya lahir! Tapi tak apa, aku akan tetap menunggu dan akan buktikan pada engkau Ahmad yang aku boleh jayakan eksperimen ini tanpa bantuan kau!" Sambungnya mengeluarkan suara yang bermacam-macam emosi. Marah, kemudian senyum kembali.

   Nasib Bopi sudah keluar melakukan tugasnya. Kalau tidak pasti dia hairan melihat tuannya yang seperti orang tidak waras sahaja lagaknya.

End Flashback

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

Bersambung

~jangan lupa vote, tq 🔎
~Ana tahu cerita ni dah mengarut atau mungkin sejak awal dah mengarut. Tapi mohon bersabar sahajalah ye😁. Cerita ini rekaan semata² semua yang tentang klon, DNA kembar apa semua itu hanya rekaan. Jangan percaya atau pergi mensahihkan benda tu, pulak tau!
~ Oh ya! Sedikit note:-
Untuk fahamkan lagi maksud Encik Akmal tu tentang macam mana dia tahu DNA kembar lagi bagus untuk eksperimen dia tu, berbanding DNA seorang sahaja.
Kerana mengikut pendapat saya yang bijaksana😅, kembar kan macam boleh ada 2 atau lebih orang lahir dalam satu masa. So, dengan DNA kembar, bolehlah hasilkan klon yang lahir sebagai kembar dari kembar. Faham?
~HAHAHAH ok rasanya tak penting pun penerangan tu, layankan sahajalah cerita ni sampai penghujung Ok?
~sebarang pertanyaan boleh comment, jangan malu² kambing tau🙈 *tapi ni monyet*
~BAA BAA semua

💜Kembar Biru & Ungu💙Where stories live. Discover now