✨BAB 10 - PUAN QAISARA STORY✨

19 6 0
                                    

Flashback Puan Qaisara

   Semasa Qaisara sedang meneliti tempat kejadian, dia merasakan ada seseorang sedang memerhatikannya dari jauh. Dia jalan sedikit kehadapan bagi memastikan orang tersebut mengikutinya atau tidak.

   Ternyata, memang benar orang itu mengikutinya.

   "Siapa pula ikut aku ni? Ha! Ada rumah dekat depan tu, baik aku sorok di situ dahulu." Bisik Qaisara.

   Dia berjalan laju menghampiri rumah teres dua tingkat yang nampak usang itu. Tertera nombor rumah tersebut, 10.

   Kedengaran bunyi yang aneh terdengar dari dalam rumah itu.

   Disebabkan perasaan curios Qaisara yang terlalu tinggi, dia pun mengambil keputusan untuk memasuki rumah tersebut.

   Dengan berhati-hati, dia memulas tombol pintu rumah tersebut perlahan-perlahan.

   "Eh tak kuncilah, bahaya kalau pencuri masuk macam mana. Eh, tapi aku masuk ni, Hihi. Assalamualaikum tumpang masuk sekejap ye..." Kata Qaisara secara perlahan lalu melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.

*Jangan ditiru perangai Qaisara ni suka hati masuk rumah orang 😒, tapi Ana juga yg suruh dah cerita Ana😁. HEHEH Ok dah sambung.

   Alangkah terpesonanya dia bila melihat isi di dalam rumah itu, kerana walaupun rumah ini kelihatan usang dari luar tapi di dalam rumah ini sangat kemas dan cantik. Don't judge the book by its cover.

   Yang lagi mempesonakan ialah hiasan di dalam rumah tersebut yang semuanya bertemakan warna biru dan ungu.

   Dari dinding, sofa, almari, laci, kalau nak tulis semua panjang sangat. Senang cakap seluruh pelosok rumah tersebut berwarna biru ungu.

   'Wah semua biru ungu, teringat kat sang suami, kalau tak salah dia pun suka warna biru ungu.' Desis hati Qaisara. Dia tersenyum sendiri apabila teringat sang suami yang kacak lagi hensem Hahah.

   Tanpa dia sedari orang yang mengikutinya masuk ke dalam rumah tersebut juga lalu mendekatinya.

   "Hei, kau buat apa dekat sini?!" Terjah orang tu dengan suara yang garau. Lelaki.

   Disebabkan terlalu terkejut, Qaisara pun terus lari keluar dari rumah itu tanpa menoleh kepada orang yang menerjahnya, dan tiba-tiba...

BONG

   Kepalanya 'selamat mendarat' di tiang elektrik berhampiran rumah itu. Itulah lari tutup mata lagi. Akhirnya dia pengsan di situ.

End Flashback

🔎🔎🔎🔎🔎🔎🔎🔎🔎🔎🔎🔎🔎🔎

Bersambung

~ jangan lupa vote 🤗
~ bab kali ni tentang cerita yg Puan Qaisara bagitahu dekat Qadijah n Aeisyah pada bab sebelum ni. Tapi Ana buat dalam bentuk flashback. Kalau korang tak fahamlah. Tapi harap sheepy readers faham😅.
~ Insya-Allah mungkin [mungkinlah]... Ana akan update 1 hari 1 bab mulai harini hingga cite ni habis. Sebab apa... Biarlah rahsia, Ehek🙈.
~ so that's it for today. Baa Baa sheepy readers sekalian. Sabaarlah kalian menunggu update dari Ana.
~ Btw... Malam ni malam jumaat. Jom kita selawat.

اللهم صل على محمد وعلى اله محمد ✨

💜Kembar Biru & Ungu💙Where stories live. Discover now