✨BAB 9 - DETEKTIF✨

15 6 2
                                    

   "Assalamualaikum", Aeisyah dan Qadijah memberi salam lalu masuk ke dalam rumah mereka.

   "Waalaikumussalam, dah balik dah kembar mama ni." Jawab Puan Qaisara. Mereka berdua terus menyalam tangan mamanya.

   "Cepatlah bersiap, solat zohor, lepas tu turun makan ya." Kata Puan Qaisara.

   "Okay mama." Jawab mereka serentak.

   Mereka pun menaiki tangga untuk pergi ke bilik mereka.

   Qadijah meletakkan beg ungunya di atas meja lalu menggapai tuala mandi ungunya dan terus ke bilik mandi.

   Manakala Aeisyah pula meletakkan beg birunya di atas katil lalu menghampaskan dirinya di atas katil.

   Setelah beberapa minit baring akhirnya matanya kalah dengan kuasa yang kuat dari 'tidur'. HAHAH.

   Pada masa yang sama Qadijah telah habis mandi dan siap memakai baju.

   "Ya Allah budak ni, dia tidur pula. Iishh Aeisyah pergilah mandi, solat, pastu kita turun makan. Kan mama dah pesan tadi." Kejut Qadijah sambil menggoncang-goncangkan tubuh Aeisyah.

   "Ala... Orang baru je nak mimpi indah, Qadijah kacau bunga lah. Yelah-yelah Aeisyah nk mandi lah ni."

   Aeisyah bingkas bangun lalu menggapai tuala mandi birunya. Dia melangkah malas ke bilik mandi. Tak betah dia berlama lagi menunggu di situ, tak pasal-pasal dia kena hadap bebelan maut Qadijah, seram.

    Qadijah mengerut kening.

   'kacau bunga apa pula Aeisyah ni? Bukan kacau daun ke?' Fikirnya.

   Dia membiarkan Aeisyah masuk ke tandas lalu dia mengambil kain telekung dan sejadah bagi menunaikan solat fardhu Zohor.

   ✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

   Setelah Puan Qaisara, Qadijah dan Aeisyah selesai makan, mereka bertiga duduk di ruang tamu untuk merehatkan diri. Disebabkan terlalu sunyi kerana tiada yg bersuara sejak tadi, Qadijah pun memulakan perbualan.

   "Mmm... Mama... Mama dulu kerja sebagai detektif kan?." Soal Qadijah.

   "Ya, tapi tu dulu. Sekarang mama tak kerja dah detektif tu disebabkan.... Takde apalah, ha kenapa Qadijah tanya?" Jawab Puan Qaisara. Dia menukar topik seperti menyembunyikan sesuatu.

   "Oh, tak ada lah saja je tanya." Jawab Qadijah.

   "Aeisyah pun ada soalan juga." Sampuk Aeisyah.

   "Anak mama ni nak jadi detektif juga ke? Banyak tanya ni. Yes apa soalan kamu tu Aeisyah?" Seloroh Puan Qaisara.

   "Memang pun kami berdua nak jadi detektif macam mama." Jawab Qadijah.

   "Betul tu, hihi. Ha Aeisyah cuma nk tahu kenapa mama tadi cakap tak habis masa Qadijah tanya pasal kerja detektif mama? Maaf kalau Aeisyah ada cakap sesuatu yang tak patut." Soal Aeisyah. Ya, dia perasan kata-kata mamanya tadi seperti tidak habis.

   "Takpelah mama tak marah pun." Jawab Puan Qaisara dengan nada perlahan.

   'Perlu ke aku bagitahu dia orang tentang masa silam aku. Hmm... Rasanya dah masanya dia orang tahu.' Desis hati Puan Qaisara.

   "Sebenarnya dulu ada sesuatu berlaku dalam hidup mama yang menyebabkan mama berhenti dari jadi detektif. Suatu hari, masa mama tengah siasat kes seperti biasa dekat kawasan Lorong Pelangi yang dekat depan sana tu....."Puan Qaisara mula membuka cerita.

   "Lorong Pelangi macam yang dekat kertas hari tu lah." Bisik Aeisyah kepada Qadijah.

   "Ha bisik apa tu? Nak dengar tak cerita mama ni.." Berhenti Puan Qaisara dari bercerita lalu menegur anaknya.

   "Eh, takde apalah mama. Teruskanlah cerita mama kami dengar." Jawab Aeisyah dan Qadijah sambil tersengih dan menunjukkan gaya menzipkan mulut mereka.

🔎🔎🔎🔎🔎🔎🔎🔎🔎🔎🔎🔎🔎🔎

Bersambung

~jangan lupa vote 🧐

💜Kembar Biru & Ungu💙Where stories live. Discover now