✨BAB 21 - HARI LAHIR KBU✨

12 5 0
                                    

   "Mana Qadijah dengan Aeisyah ni... Dah pukul berapa tak balik lagi." Risau Puan Qaisara. Dia mundar-mandir di ruang tamu. Hati ibunya berasa tidak sedap hati.

   "Entah-entah diorang pergi rumah tu! Haish Qadijah, Aeisyah, kenapa perlu bertindak sendiri?..." Keluh Puan Qiasara. Dia bergegas bersiap untuk ke rumah no 10 itu. Dia dapat rasakan kembarnya berada di sana.

   Belum sempat Puan Qaisara ingin memusing tombol pintu rumahnya. Pintu itu sudah dibuka dari luar. Terpacul lah wajah kacak Encik Ahmad.

   "Assalamualaikum. Eh, awak nak ke mana Qaisara?" Soal Encik Ahmad, melihat Puan Qaisara seperti sedang tergesa-gesa sahaja.

   "Waalaikumussalam. Saya nak pergi cari Qadijah dan Aeisyah. Mereka tak balik lagi dari petang tadi." Ujar Puan Qaisara meluahkan kerisauannya.

   "Okay okay awak tenang dulu, jom kita pergi sama-sama. Saya letak barang saya kejap." Encik Ahmad meletakkan beg kerjanya di atas sofa dan meletakkan sekotak kek di atas meja makan.

   Puan Qaisara baru perasan dengan kotak kek itu. 'Dah kenapa suami aku ni beli kek? Mengidam nak makan kek ke?' Pelik Puan Qaisara dengan suaminya yang tiba-tiba bawa balik kek ke rumah. Biasanya, Encik Ahmad tidak begitu gemar makanan yang manis ini, lagi-lagi kek.

   "Awak, kenapa awak beli kek?" Soal Puan Qaisara. Encik Ahmad menatap Puan Qaisara dengan pandangan pelik juga. 'Takkan bini aku dah lupa hari ni hari apa?' Fikir Encik Ahmad.

   "Qaisara, harini hari lahir our twins. Mestilah saya beli kek, untuk sambut malam ni. Awak lupa ke?" Balas Encik Ahmad, sambil menghampiri Puan Qaisara yang dari tadi tercegat di hadapan pintu rumah.

   Puan Qaisara menepuk dahinya perlahan. "Ha a lah, baru ingat. Nasib baik awak ingatkan. Tapi macam mana nak sambut kalau orangnya tiada. Jomlah cepat awak kita cari diorang. Saya risaulah." Ujar Puan Qaisara kembali risau akan kembarnya. Waktu hari lahir mereka lah, mereka hilang dari radar.

   "Ya sayang, awak tenang sahaja. Kembar kita tu kan cerdik orangnya. Insya-Allah mereka takkan apa-apa." Ujar Encik Ahmad tenang sambil cuba menenangkan isterinya.

   Tipu lah kalau dia tidak risau akan kehilangan mereka. Namun, dia tidak boleh nampak lemah di hadapan isterinya, jika kedua-dua mereka gelisah. Siapa yang akan menenangkan siapa?

   Puan Qaisara sedikit tenang dengan kata-kata suaminya itu. Tanpa apa-apa balasan, dia lantas mengambil tangan Encik Ahmad lalu membawa langkah mereka keluar daripada rumah. Tangan sebelahnya sempat mengunci pintu rumah mereka.

   Encik Ahmad terkejut dengan tindakan drastik Puan Qaisara. Namun, kakinya tetap menurut langkah Puan Qaisara yang sedang menghampiri kereta. Puan Qaisara menolak perlahan suaminya ke dalam kereta. Dan Puan Qaisara pula masuk di bahagian pemandu.

   Masuk sahaja ke dalam kereta, Puan Qaisara mula menghidupkan enjin, lalu tangannya mencapai tangan kekar milik Encik Ahmad. Dia memandang wajah suaminya.

   Encik Ahmad hanya terdiam memandang isterinya, membiarkan isterinya berbicara.

   "Thanks sebab tenangkan saya tadi. Saya tahu awak pun risaukan mereka. Kita sama-sama berdoa agar Allah menjaga mereka, ya."

   Encik Ahmad tersenyum mendengar kata-kata isterinya. Dia membalas tautan tangan mereka dengan lebih erat.

   "Insya-Allah."

  Siapa sangka, situasi kini berbalik, dari taufan kerisauan yang melanda telah bertukar menjadi angin tenang yang bertiup menenangkan sesama sendiri.

  "Sekarang awak duduk diam je dekat situ. Saya rasa saya tahu diorang ada dekat mana." Ujar Puan Qaisara, melepaskan tautan dan mengalihkan tangan ke gear.

   "Okey, saya percayakan awak Detektif Qaisara." Balas Encik Ahmad sambil menatap tepat ke arah Puan Qaisara, membuatkan rona merah mula timbul di pipi Puan Qaisara.

   Dia tersenyum. Sesungguhnya, dah lama dia tidak mendengar panggilan itu keluar dari mulut Encik Ahmad.

   Walaupun agak kaget, namun Puan Qaisara tidak goyah. Yang penting kini ialah anak mereka. Gear ditarik dan kereta mereka mula bergerak menuju ke destinasi.

   'Ya Allah kau lindungilah anak-anak kami, walau di mana pun mereka berada. Permudahkan kami untuk menjumpai mereka. Aamiin' Doa hati sepasang ibu bapa.

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

Bersambung

~jangan lupa vote, tq 🙈

💜Kembar Biru & Ungu💙Where stories live. Discover now