✨BAB 4 - WHO?✨

24 7 2
                                    

   Sementara Encik Ahmad, Puan Qaisara & anak mereka di dalam wad. Mereka tidak sedar ada seseorang sedang memerhati mereka dari luar wad, berpakaian biru gelap dan bertopi violet. Orang itu pun tersenyum seribu makna dan menggumam perlahan pada jam tangannya yang nampak seperti jam tangan antik.

   Namun, 'dont Judge a watch by it's look'.

   Dia menekan punat pada tepi jam tersebut, lalu terpaparlah apps seperti telefon pada muka jam itu.

   "Nampaknya saat yg kita nantikan hampir tiba tuan." Kemudian dia beredar dari situ, bersama senyuman yang misteri.

 
✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

   "Kenapa awak?" Soal Encik Ahmad pelik dek kerana isterinya seolah-olah melihat sesuatu. Encik Ahmad membawa pandangannya sama ke arah pandangan Puan Qaisara iaitu di pintu wad.

   "Takdelah, tadi saya dengar macam ada orang bercakap, mungkin bayangan saya je kot?" Kata Puan Qaisara.
  
   Telinga lintahnya memang mendengar seperti ada orang yg berkata-kata, tapi Puan Qaisara menganggap itu sebagai khayalannya sahaja mungkin?

   "Mungkin lah tu, dahlah. Kan saya cakap tak payah fikir banyak sangat, awak rehatlah, saya pun dah penat ni, tidur ya." Kata Encik Ahmad sambil meletakkan semula kembarnya yang sudah lena itu di katil mereka masing-masing. Cutez!

   "Yalah Encik Husband saya nak tidur lah ni bye... good night... Assalamualaikum." Kata Puan Qaisara.

   "I love u." Sambung Puan Qaisara tapi hanya sekadar bisikan perlahan, dia lantas menutup mata dan menarik selimut hingga ke paras bahu. Sengaja dia bisik perlahan berharap agar Encik Ahmad tidaklah dengar. Dah ada anak dua orang pun, masih malu-malu. Aduhai...

   "Waalaikumussalam goodnight." Balas Encik Ahmad ringkas. Mujur itu sahaja balasan Encik Ahmad bermakna dia tidak dengar apa yang dibisikkan Puan Qaisara tadi.

   Tapi, jangan sangka lautan tenang tiada buaya.

   Encik Ahmad mendekati isterinya perlahan-lahan dan membisikkan sesuatu di telinga Puan Qaisara rapat.

   "Sleep well my wife, Love u more." Setelah mengatakan itu, muka Puan Qaisara bertukar warna menjadi merah seperti tomato ranum, dek kerana malu. Dia menarik lagi selimutnya hingga menutupi seluruh muka. Encik Ahmad tertawa kecil melihat gelagat isterinya.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Bersambung

~jangan lupa vote☺️

💜Kembar Biru & Ungu💙Where stories live. Discover now