✨BAB 22 - KEMBAR PAPA✨

14 5 2
                                    

   "PAPA?!" Kata Qadijah dan Aeisyah serentak mereka memandang sesama mereka kemudian memandang semula lelaki di hadapan mereka.

   Serentak lelaki itu dan Bopi tertawa besar mendengar kata-kata dari mulut Qadijah dan Aeisyah itu. Makin pelik pandangan Qadijah dan Aeisyah pada dua orang lelaki di hadapan mereka ini. Apa yang lucu pun tidak pasti?

   "Sorry, saya rasa kamu berdua keliru. But I'm not your papa. I'm his twin. Akmal, Lee Akmal." Kata lelaki berkot biru ungu itu, masih dengan sisa tawanya.

   Kerutan di dahi Qadijah dan Aeisyah jelas kelihatan berlapis-lapis jadinya. 'Sejak bila papa ada kembar? Kenapa papa tak pernah bagitahu pun tentang kembar papa?' soalan itu bermain dalam fikiran mereka.

   "Betul ke pakcik kembar papa kami. Kenapa papa tak pernah bagitahu pun, papa ada kembar?" Soal Qadijah masih tak yakin dengan lelaki di hadapannya ini.

   "Of course saya kembar papa kamu. Kamu boleh perhati sendiri kan muka saya seiras, sebiji macam muka papa kamu. But nevermind, sekarang saya nak kamu berdua tolong saya." Pinta Encik Akmal.

   Qadijah dan Aeisyah mula percaya lelaki di hadapan mereka ini ialah kembar papa. Muka memang serupa sangat dengan Encik Ahmad.

   "Apa yang pakcik nak kami tolong?" Aeisyah bertanya sekali gus setuju ingin membantu Encik Akmal.

   Encik Akmal sedikit mencebik dengan panggilan 'pakcik' itu, dia muda lagi okay, baru 34 tahun. Eh, 34 tahun muda ke lagi? Nak taknak kena terima jugalah, sememangnya dia merupakan pakcik bagi Qadijah dan Aeisyah.

   "Tak banyak, kamu berdua hanya perlu duduk diam sahaja. Dan Bopi akan mengambil sedikit sampel darah kamu." Jelas Encik Akmal.

   Qadijah dan Aeisyah terbeliak mendengar permintaan lelaki itu, nak buat apa dengan darah mereka? Dan kenapa kata-kata Encik Akmal itu seperti apa yang berada di mimpi mama? Inginkan darah juga.

   "Pakcik Akmal nak buat apa dengan darah kami? Dahulu pakcik minta dekat mama, sekarang kami pula." Kata Qadijah, tanpa sedar telah membongkar mimpi Puan Qaisara.

   "Oh, Qaisara pasti sudah memberitahu tentang kisahnya dahulu kan? Baiklah, mari saya beritahu kamu perkara sebenar memandangkan kamu pun mesti nak tahu kisah mama kamu itu mimpi ataupun kenyataan kan?" Ujar Encik Akmal tersenyum sinis.

   Qadijah dan Aeisyah diam sahaja, mereka mengangguk tanda ingin mendengar apa yang Encik Akmal bakal katakan. Encik Akmal mula mundar-mandir, baru ada feel sikit nak bercerita. Bopi sedari tadi turut diam mendengarkan.

   "Sebenarnya, apa yang mama kamu mimpikan, adalah suatu kenyataan. Bukannya mimpi mahupun khayalan." Kenyataan yang keluar dari mulut Encik Akmal memang mengejutkan Qadijah dan Aeisyah.

   Jika benar itu semua kenyataan. Mengapa pula Encik Akmal memerlukan darah mamanya? Dan kenapa mamanya pengsan dan bangun di rumah pula selepas itu?

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

Bersambung

~jangan lupa vote, tq 😯
~sorry kalau cerita ini makin merepek atau buat anda tak faham. Ana pun tak faham dengan cerita sendiri🥴
~tapi takpe Insya-Allah, cerita ni akan tamat dalam minggu ini. So stay tuned. Baa Baa semua.
~btw kalau ada sebarang kekeliruan boleh comment kat sini👉.

💜Kembar Biru & Ungu💙Where stories live. Discover now