✨BAB 7 - FOR KEMBAR BIRU&UNGU✨

15 6 0
                                    

   "Assalamualaikum!" Ujar Aeisyah memberi salam, kemudian dia masuk ke dalam rumah dan meluru pantas ke biliknya.

   "Waalaikumussalam, eh! Kenapa Aeisyah tergesa-gesa ni?" Balas Puan Qaisara dalam keadaan bingung.

   Tanpa mempedulikan mamanya, Aeisyah terus mencapai buku teks Sains tahun 4 itu.

   "Aeisyah kenapa ni?" Soal Puan Qaisara lagi.

   "Maaf mama tak pedulikan soalan mama tadi. Aeisyah tertinggal buku je tadi. Bye mama Aeisyah pergi dulu. Assalamualaikum." Kata Aeisyah sambil mencium tangan mamanya.

   "Waalaikumussalam, hmm tak apa. Tapi hati-hati bawa basikal tu. Jangan laju sangat tak lari pun sekolah tu." Jawab puan Qaisara sempat menasihati Aeisyah.

   "Okay mama Insya-Allah." Balas Aeisyah lalu mengayuh basikalnya ke sekolah.

🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲

   Dalam perjalanan Aeisyah melihat seorang lelaki yang berada berhampiran lampu isyarat beberapa meter dari basikalnya. Badan lelaki itu membelakangi Aeisyah, jadi tak dapatlah dia mengecam lelaki itu.

   Tiba-tiba, lelaki itu melontarkan kertas yang telah diremuk ke belakangnya lalu masuk ke dalam bakul basikal Aeisyah.

   Kemudian lelaki itu terus menghilang. Aeisyah terkejut apabila ada sesuatu tiba-tiba terbang masuk ke bakulnya. Nasib baik kertas je, kalau bom ka? Apa ka? Nauzubillah.

   "Uiih... sedap-sedap dia je buang sampah dekat sini. Dia ingat ini tong sampah ke?" Marah Aeisyah. Dia pun mengambil kertas itu lalu tanpa berfikir panjang dia membuka renyukan kertas itu. Curious.

'   FOR KEMBAR BIRU&UNGU    '
M J K H B I U N O 10.   

   "Apa ni? Nampak macam kod? For kembar Biru&ungu. Untuk siapa ni? Ish simpan jelah dulu aku dah lambat ni."  Monolog Aeisyah sendiri.

   ✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

   "Nasib awak tak lambat Aeisyah, kalau tak mesti dah kena denda dah." Kata Qadijah kepada Aeisyah.

    "Betul tu. Eh, Qadijah tadi kan ada orang buang kertas ni dekat bakul basikal Aeisyah! Dia tak buang direct dekat bakul Aeisyah. Dia buang kertas ni macam tu je tapi elok pula ngam-ngam masuk dalam bakul basikal Aeisyah."

   Terang Aeisyah tentang kejadian yang berlaku padanya sebentar tadi, lalu dia menghulurkan kertas tersebut kepada Qadijah.

   "For kembar Biru&ungu? macam kita je." Kata Qadijah setelah meneliti isi kandungan kertas itu.

   "Tulah, Aeisyah pun rasa macam tu. Tapi kalau untuk kita, macam mana dia tahu semua panggil kita kembar Biru&ungu?" Soal Aeisyah.

   Sememangnya mereka berdua cukup terkenal dengan panggilan kembar Biru&ungu kerana Aeisyah sangat sukakan warna biru manakala, Qadijah sangat sukakan warna ungu.

   "Tulah kan?" Soal Qadijah memikirkan perkara yang sama dengan Aiesyah. Tiba-tiba guru mata pelajaran saat itu masuk ke dalam kelas mereka.

   "Eh, Cikgu Fadilah dah sampai! Nantilah kita sambung discussion kita ni." Kata Qadijah. Aeisyah menunjukkan isyarat 'okay' dengan tangannya.

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

Bersambung

~ jangan lupa vote 😲
~ Alhamdulillah dah Tahun 2022 dah. Apa azam korang? Tak kisahlah apa pun jangan yang bukan² sudah🧐 HEHEH, yang penting kita berusaha untuk mencapai azam kita itu Insya-Allah.
~ BTW Ana belanja 1 lagi bab. So scroll lah lagi OK.
~Baa Baa 2021, Mbekcome 2022. HIHI😁


💜Kembar Biru & Ungu💙Where stories live. Discover now