Nur Fairina melihat ke arah makmal yang menempatkan bahan-bahan kimia yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Malaysia terlibat dalam projek Mega Pemerkasaan Angkasa Lepas, dia yang terpulau disebuah bangunan terpencil milik kerajaan berjalan menuju kearah makmal. Sesuatu yang dipelajarinya selama 5 tahun perkhidmatannya sebagai pegawai jurutera ruang angkasa, ianya adalah tindakan tidak cerdik untuk mengingkari arahan orang atasan secara terbuka.
Oleh itu, dia hanya mampu mengeluh dalam diam dengan beberapa orang staffnya yang sedang berusaha untuk menjayakan projek ini. Projek rahsia yang dijalankan ini seperti tiada jawapan kerana dinamik bendalir aliran gas aerodinamik tidak berjalan seperti yang direncanakan.
Difikirannya, pihak kerajaan telah melaburkan lebih 2.2 billion ringgit dalam projek ini dan beribu nyawa, akan tetapi sebelum terlihat hasilnya, kerajaan telah menarik balik projek ini atas faktor peralihan kuasa dalam politik serta desakan media masa tentang pemanasan global. Ini adalah seperti sejarah angkatan Parameswara yang melarikan diri ke muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya.
Walaupun dia membantah didalam hati tentang keadaan geopolitik yang berlaku, dia tetap merasa sedikit lega boleh pulang ke kampung halamannya. Dia lebih gemar menyendiri dan bermain permainan strategi, simulator pembinaan bandar dan simulator pertanian. Ketika dia tidak bekerja, dia bermain permainan tersebut atau menambah ilmu belajar tentang sejarah, falsafah, politik, ekonomi dan teknologi kuno.
Lagipun, dia juga seorang yang cukup berpendidikan , setelah menamatkan pengajian dengan cemerlang di Harvard Universiti. Dimasa mudanya, dia selalu terpesona dengan kejuruteraan. Kalau kau berikan dia mainan kereta kontrol, dia lebih cenderung untuk mencerai-beraikan dan membinanya semula seperti sediakala daripada bermain seperti kanan-kanak biasa.
Semakin dia meningkat remaja, dia banyak menghabiskan masa diinternet atau perpustakaan mengkaji sejarah dan bagaimana perindustrian dan pertanian berevolusi dari zaman ke zaman serta faktor peningkatannya dari teknologi begitu juga cara membinanya. Oleh sebab itu, dia selalu memenangi pertandingan sains di peringkat kebangsaan. Dengan ingatan fotografi dan IQ melebihi purata orang biasa, dia boleh menyimpan maklumat di otaknya secara kekal.
Semasa tahun kuliahnya, dia hanya menumpukan perhatian pada pelajaran tanpa melibatkan diri dalam hal-hal sosial; pada masa graduasi dan memasuki alam pekerjaan professional, dia umpama 'Google' bergerak yang penuh dengan ilmu pengetahuan. Tetapi disebabkan itu juga, dia tiada pengalaman dalam perhubungan.
Ini adalah jalan hidup yang dipilihnya, menjadi anak dara tua yang tiada tempat bergantung. Malahan kucing pun tak ada, siapa akan menjaganya ketika dia sedang bertugas dan dia pun tidak ingin menyusahkan diri serta saudaranya.
Kesudahannya, dia disini menghabiskan masanya dengan kimia yang berbau seperti minyak hitam kereta tersadai lebih 100 tahun. Kurang dari sebulan sebelum penutupan menyeluruh projek ini. Dia tidak faham kenapa tiada cara lain dilakukan, walaupun pada akhirnya duit cukai rakyat lebur macam itu je.
Maksud aku, kenapa pihak Kementerian tidak dapat menangani isu ini walaupun selepas peralihan kuasa? ini hanya pertanyaan teori kepada dirinya sendiri, dia tahu akan ketidakcekapan golongan atasan memerintah dan tak merasa hairan langsung.
Sambil dia berfikir dia boleh dengar suara gembira kakitangannya bercerita tentang ingin meraikan sempena hari terakhir berkhidmat sambil bergelak tawa. Ada golongan kakitangannya yang berumur separuh abad masih berkhidmat sehingga tiada rasa jati diri lagi; oleh itu mereka tidak peduli tentang kegagalan projek, mereka hanya peduli untuk pulang. Dia pun tidak menyalah mereka.
Ketika salah seorang staff cuba untuk bergurau, secara tiba-tiba bahagian 'Thermometer' sebesar peha lelaki dewasa terbakar dan percikan api merebak ke arah sekeliling. Bunyi siulan terdengan daripada salah satu bendalir haba sebelum letupan kuat berlaku. Hanya satu yang terlintas difikiran Nur Fairina pada saat-saat akhirnya itu apabila api menyambar ke arahnya.
"Hidup aku memang sial!"
dengan perkataan terakhirnya, api menyelubunginya beserta staffnya yang lain disitu. Dia pada akhirnya meninggal dunia.
. . .
Kartika bangun menjerit kuat dengan suara yang serak menyebabkan berdengung di dalam biliknya yang luas. Matanya memerhati sekeliling. Selepas puas memerhati, dia akhirnya sedar, dia tidak dibakar oleh api hidup-hidup yang meletup ke arahnya malah dia sedang berbaring di atas katil yang besar dengan kelambu di atasnya. Di sebelah katilnya adalah seorang budak lelaki yang memandangnya dalam rupa yang risau. Hendra adalah adik lelaki bongsunya; walaupun masih budak dia kelihatan kacak dengan rambut hitam dan sepasang mata berwarna tanah.
Dia terus memerhati budak lelaki disebelahnya, dia terfikir akan sesuatu yang penting yang dia sendiri terlepas pandang.
'Hendra? Adik? sejak bila pula aku ada adik? apa yang terjadi? dan kenapa perkara pertama aku terfikir adalah budak ini?'
Kartika mengerutkan dahi cuba untuk mengingat semula; apa yang terjadi ialah dia mempunyai dua set memori yang berlainan. Satu memori ditubuhnya sekarang yang beridentiti Puteri Kartika, anak perempuan Baja Awang dan pewaris sulung Bendahara Baja Awang. Dia berumur dua puluh pada tahun ini.
Satu lagi set memori pula adalah sebagai Nur Fairina pegawai di Kementerian Pertahanan Malaysia MINDEF. Jurutera di Jabatan Kejuruteraan Pertahanan yang meninggal dunia secara tragis dalam letupan kimia. Adakah dia hidup semula di dimensi lain? apa sebenarnya yang berlaku?
Sebelum dia mendapat jawapan situasi dirinya, budak lelaki yang bernama Hendra memegang tangannya dengan juraian air mata dari mata coklatnya.
"Saya fikir saya telah kehingan kakak! junjung Tuhan kakak masih hidup"
Dia kemuadian terus berdoa di dalam bahasa Buddha yang Kartika ketahui.
Kartika duduk menyandarkan tubuhnya di kepala katil sambil berfikir dengan serius tentang situasinya menggunakan memori dari tubuh Kartika. Dunia yang dia berada sekarang adalah dimensi masa lampau yang mungkin telah diakibatkan oleh letupan yang berlaku dan secara tidak sengaja menghasilkan portal dimensi lain, jadi projeknya tidaklah sia-sia selama ini. Tapi sekarang dia terdampar di era pertengahan sebelum kedatangnan kuasa eropah ke Asia Tenggara. Keluarga Bendahara Baja Awang memerintah negeri sekakang kera ini yang dibawah Kesultanan Melayu Melaka sebelum era kegemilangan. Walaupun sejarah yang dia tahu ada persamaannya tetapi masih ada juga sedikit perbezaan.
Walaupun keadaan zaman dahulu sama seperti di dalam sejarah, apa akan berlaku kalau terdapat campur tangan dari dunia masa depan yang Nur Fairina bawa. Abad dimana sebelum kedatangan Islam dan masih dibawah pengaruh Kerajaan Srivijaya yang berpusat di Sumatera.
Kedatangan Islam akan kukuh pada abad ke-14 dimana kebangkitan Sultan-Sultan berlaku serta Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Brunei menjadi kuasa besar. Kedatangan Portugis yang merupakan kuasa penjajah eropah akan menawan Semenanjung Tanah Melayu serta Asia Tenggara. Seterusnya Belanda dan British akan datang macam semut mendapat gula. Tanah Malayu serta sekitarnya akan terus bermandikan darah selama 446 tahun lamanya.
Banyak maklumat penting pemegang kuasa dari sejarah dimasa depan yang silih berganti di Asia khususnya Tanah Semenanjung yang dipanggil Semenajung Emas. Walaupun keadaan Asia masih aman ketika ini ianya juga tidak akan lama sebelum kemajuan Eropah menghampiri serta menjajah setelah kejatuhan Empayar Rom Timur.
Ini hanya sedikit sebanyak perubahan yang mungkin akan berlaku. Terlalu banyak senario yang bermain difikiran Kartika. Dia betul-betul ingin tahu keadaan semasa dan kedudukan kuasa pada ketika ini, dia akan mencari maklumat ini dikemudian.
Dengan segala konflik dua set memori antara Nur Fairina atau Kartika tuan punya badan ini, kepalanya merasa sangat sakit dan mengurut dahinya dengan jari. Hendra yang salah faham menyangka Kartika sangat sakit berhenti melansungkan doanya lalu keluar dari bilik Kartika.
"Saya pergi cari pakar ubat"
Kartika terkejut setelah mendengar kata tersebut; dari apa yang dia tahu ilmu perubatan pada zaman ini lebih memudaratkan dirinya daripada mengobati. Tapi tekaknya sakit dan kering, dia mendapati dirinya tidak dapat berbuat apa-apa. Kartika tinggal keseorangan tanpa suara dan hanya sakit kepala yang tiada henti.
YOU ARE READING
PUTERI KARTIKA
Historical FictionNur Fairina seorang pegawai juruteraan pertahanan dibawah Kementerian Pertahanan Malaysia MINDEF. Pelajar cemerlang berkelulusan Hadvard Universiti itu sedang menjalankan eksperimen aerodinamik ruang angkasa sebelum kebakaran berlaku dimakmal dan me...