PLAYLIST UNTUK EPISODE INI :
*MIDDLE OF THE NIGHT ELLEY DUHE' *DO IT FOR ME ROSENFELD *MASEGO&FKJ TADOW
Selepas Kartika meninggalkan ruang makan, dia terus ke bilik mandi dengan air sejuk untuk menenangkan diri. Dia tak ingin jatuh ke dalam muslihat godaan lelaki itu yang boleh menjatuhkannya. Setelah beberapa minit tubuhnya mulai bertenang dia masuk bilik tidurnya dimana dia terus membuat lakaran inisiatif pengaliran air ke kawasan ladang-ladang tertentu.
Dia terus bekerja dengan khusuk sepanjang malam seperti biasa. Hanya selepas tengah malam dia diganggu oleh bunyi ketukan di pintu biliknya. Dia sedar; Hanya ada satu orang yang boleh mengganggunya pada waktu seperti ini. Andika Pura datang untuk bermuslihat dengannya. Dia tidak akan sesekali jatuh dalam perangkapnya tapi sangkaannya meleset.
Setelah menarik nafas untuk menenang hatinya, dia mengampiri pintu dan membukanya, dimana dia melihat Andika Pura berseluar panjang tapi bahagian atasnya terdedah dengan jubah tidak berikat mendedahkan kedua puting bewarna merah jambu dan otot perutnya. Susuk tubuh dihadapannya jelas datang dengan senyuman mengoda diwajahnya yang memegang dua cawan minuman wain ditangannya. Raut wajahnya penuh dengan harapan agar dia dibenarkan masuk.
"Boleh saya masuk? saya ada sesuatu nak dicakapkan."
Kartika senyum dan berpura-pura bodoh dengan permainan Andika Pura; dia sudah boleh mengagak apa yang difikirkan dan dirancangkan Andika Pura oleh itu, semua ini akan memakan diri Andika Pura sendiri. Oleh sebab itu, dia buka pintu dan membenarkan lelaki itu memasuki biliknya.
"Boleh, kenapa tidak."
Setelah Andika Pura memasuki biliknya dia meletakkan dua cawan wain di meja sebelah katil dan baring di atas katil Kartika dan menanggalkan jubahnya ke lantai sambil memandang tepat kemata Kartika dengan wajah penuh kegersangan. Kepada anak dara tua seperti Kartika, wajah kacak Andika Pura adalah senjata yang sangat ampuh. Kartika hampir tergoda dengan godaan lelaki itu, sebelum dia sedar bahawa dia datang ingin membunuhnya, dia paksa diri untuk keluar dari lamunan.
Selepas itu, dia duduk tepi katil disebelahnya, dimana dia duduk dengan sengaja mendedahkan pandangan Andika Pura ke lakaran diatas meja tulis. Walaupun Andika Pura sedang asyik merenung wajah Kartika yang cantik, secara tak langsung dia tertarik dengan lakaran diatas meja dan dengan itu dia bangun menuju ke situ sambil bertanya.
"Apa ini?"
Sementara Andika Pura telah terpancing, Kartika dengan segera menukar kedudukan cawan disebelah katil, jadi dia tidak akan mati terminum racun yang Andika Pura sediakan dan Andika Pura akan merasa racun buatannya sendiri. Selepas itu, dia mengambil minuman yang tidak beracun dan meminum dengan bersahaja sambil cuba menjelaskan tentang lakarannya itu.
"Hanya sesuatu yang saya lakar untuk membangun pertanian agar lebih efisien; sesuatu yang tidak begitu penting."
Setelah mendengar ianya untuk pertanian maka Andika Pura terus hilang minat, sesuatu yang rakyat bawahan lakukan tidak begitu bermakna baginya. Dia duduk semula sambil memandang Kartika yang telah minum, dia tersenyum puas hati sambil mengambil cawan miliknya dan minum dari cawan yang ditukar tadi. Dia langsung tidak perasan yang Kartika telah menukar cawannya.
Setelah minum wain beberapa teguk, Kartika cuba untuk berborak lebih lanjut agar Andika Pura terus meminum wain miliknya. Maka dia tanya kenapa dia datang mencarinya pada waktu lewat seperti ini.
"Jadi, kenapa kamu datang, berseorangan, pada lewat malam? Adakah kamu tidak tahu ini adalah tidak sopan?"
Andika Pura terus meminum wain di cawannya sampai habis sebelum menjawab pertanyaan Kartika. Tapi sebelum dia sempat menjawab, dia tiba-tiba merasa sangat pening. Dia dapat rasa suhu badannya terasa panas dan dia sukar untuk duduk. Walaupun semua itu, dia sedaya upaya cuba untuk menuturkan kata.

ANDA SEDANG MEMBACA
PUTERI KARTIKA
Historical FictionNur Fairina seorang pegawai juruteraan pertahanan dibawah Kementerian Pertahanan Malaysia MINDEF. Pelajar cemerlang berkelulusan Hadvard Universiti itu sedang menjalankan eksperimen aerodinamik ruang angkasa sebelum kebakaran berlaku dimakmal dan me...