Teknologi Baru

8 3 0
                                    

Kartika masih meneruskan rutin senamannya sambil berehat dari masa ke semasa mengikut apa yang kondisi tubuh dan jantungnya boleh terima. Dengan kekurangan peralatan gym seperti zaman moden, dia hanya bersenam guna cara lama yang biasa dilakukan oleh askar mengikut piawaian MINDEF.  

Dia terus bersenam memaksa tubuhnya yang lembik dengan gigih; Kartika bernekad akan membuat lakaran pelan alat angkat berat seperti'Kettlebell', 'Dumbbell' dan 'Bench Press', lalu menghantarnya ke tukang besi di bandar setelah meminta kebenaran untuk membuat alatan tersebut. Lagipun, teknologi  baru seperti ini di tamadun sekarang boleh dikatakan canggih.

Cengkeh melihat Kartika yang berada di perkarangan istana yang sedang berkungkus-lumus bersenam dengan kondisi tubuhnya yang lembik dari jendela tingkat dua istana. Dahinya berkerut dengan jelingan yang sinis. Dia tidak dapat terima perubahan mendadak Kartika untuk berubah jadi lebih baik kerana ia akan mengacau-bilau rancangannya. Dia yang diselubungi kemarahan tidak dapat mengawal emosinya.

Lagipun, Kartika sepatutnya mati, racun yang Cengkeh gunakan adalah racun yang sangat kuat yang boleh membunuh gajah, tapi entah bagaimana Kartika masih boleh berdiri, lebih sihat dari sebelumnya. Segala usahanya jadi sia-sia. Hutang yang dia pinjam untuk mengupah pembunuh membunuh Kartika juga belum dibayar, dan dia tidak boleh mewarisi kedudukan ayahnya, dia tidak akan mampu bayar mereka, ini akan menghalang masa depannya.

Bagaimana pun, jika dia menggunakan racun sekali lagi, ini hanya akan menggundang syak wasangka yang lain, sesuatu yang dia tidak ingin buat. Jika Cengkeh berjaya menduduki tempat ayahnya dan mencapai hasratnya, dia akan merancang untuk membunuh Kartika lagi.

...

Satu jam telah belalu, Kartika sudah keletihan bersenam melebihi apa yang dia mampu. Langkah pertama selepas ini, adalah mandi sekali lagi untuk membersihkan peluh dan kotoran di tubuhnya. Pembantunya merasa pelik kenapa dia mahu mandi dua kali dalam satu hari, tapi mereka hanya menurut perintahnya.

Selepas membersihkan diri, dia memasuki bilik dimana dia duduk di meja tulisnya dan memulakan lakaran awal inovasi yang dia ingin lakukan dalam perindustrian.

Walaupun Kartika tidak mempunyai cukup kuasa dalam kawasan pemerintahan ayahnya, tetapi setidaknya dia masih boleh berbincang dengan ayahnya untuk meluluskan teknologi tersebut. Jika ayahnya bertanya tentang pelan tersebut, dia akan cakap dia dapat pelan itu dari peniaga yang menggembara dari barat. Lagipun, teknologi ini mungkin memang sudah wujud di eropah dalam era sekarang. Semakin cepat tanah Pampagian dimasa depan dikenali sebagai Alor gajah, menjadi pengeluar terbesar besi, semakin bagus untuk rancangannya berhasil.

Tanah jajahan Bendahara dibawah penguasaan Kesultanan Melaka. Dikelilingi gunung-ganang, dan sungai-sungai kecil menjadikan tanahnya sangat subur. Kerana kawasan yang strategik juga yang membuatkan pemerintahan Baja Awang terus kaya dan makmur. Jika bukan kerana kedudukan semulajadinya yang menjadi benteng mengelilingi penduduk, mungkin penguasa lain yang lebih berkuasa telah menawan tempat ini.

Tidak lama selepas itu, Kartika telah selesai membuat lakaran yang paling penting untuk membuat keluli. Tanpanya, Evolusi Perindustrian seperti yang terjadi dimasa depan tidak akan berlaku. Dimasa depan ia dipanggil 'Bessemer Converter' atau 'Bessemer Process.' Melalui proses ini, ia dapat membuat 3-5 tan keluli dalam tempoh 20 minit.

Mesin ini adalah untuk mengasingkan besi melalui pengoksidaan. Mampu mencairkan bahan menggunakan aliran udara. Bahan didalam mesin dilapisi dengan dolomit atau batu kapur, maka jumlah sanga atau tahi biji dapat dihasilkan secara sampingan, ia dapat dijual dengan harga murah untuk digunakan sebagai baja fosfor. Oleh itu teknologi ini bukan saja boleh diguna pakai dalam perindustrian tetapi juga dalam pertanian.

PUTERI KARTIKAWhere stories live. Discover now