Permulaan

3 3 0
                                    

Cahaya pagi yang menembusi dari celah ruang tingkap bilik menyinari wajah Kartika. Pada saat cahaya mula menyilaukankan matanya, dia bingkas bangun dari tidurnya. Dia bangkit menggosok-gosok matanya dan menguap dengan lebar, masih terasa letih dari senaman semalam. Tapi itu tidak menghalangnya untuk terus disiplin meneruskan rutinnya.

Kartika terus memakai baju yang agak longgar dan memulakan senaman ringannya selama beberapa jam. Dia bermandikan peluh pada saat tiba di istana, segala otot tangan dan kakinya berdenyut. Hanya saat selepas mandi selama setengah jam dia baru rasa selesa untuk memulakan kerjanya.

Sikapnya yang berubah mengejutkan ahli keluarganya dan juga para pembantu istana. Bangun seawal pagi, bersenam, memakan daging dan menunjukkan minat dalam hal pentadbiran yang sebelum ini Kartika tidak pernah buat. Setelah sembuh dari demam, dia seolah-olah menjadi orang lain bagi orang yang mengenalinya sebelum ini.

Firasat ini ada benarnya juga, mempertimbangkan Kartika yang mempunyai dua set memori dalam dirinya. Dia tidak pasti sama ada dia adalah Kartika seperti sebelumnya yang mempunyai ilmu Nur Fairina atau dia memang Nur Fairina yang mengawal tubuh Kartika.

Semua itu tidak begitu penting; lagipun, apa yang dia dapat ketahui dia sekarang adalah Kartika pewaris Bendahara Baja Awang dan dia mempunyai kuasa untuk mengubah tanah ini kepada sebuah kerajaan yang maju yang dapat dicapai oleh ilmu pengetahuannya selepas kematiannya yang tragis. Walaupun ia mengambil masa yang lama dan usaha untuk dicapai, dia yakin ini adalah takdirnya untuk memimpin wilayah ini kepada era lebih maju.

Jujur sebagai pewaris, dia hanya mempunyai sedikit kuasa di wilayah ini dan dia tidak boleh terus membohongi ayahnya tentang ciptaannya; lagipun, ayahnya yang tegas itu tidak mungkin mudah percayakan Kartika oleh sebab itu dia memilih untuk mengesahkan dulu lakarannya kepada orang lain. Orang itu masih belum sampai lagi, sebab itu Kartika hanya menunggu dan belajar tentang hal pentadbiran ayahnya.

Malah Puteri Kartika memilih untuk bersantapan didalam perpustakaan istana, dimana dia sambil membelek-belek maklumat lama tentang keadaan kewangan keluarganya. Dia lalu menggeleng kepalanya dan menutup buku lejar itu.

'Inilah yang akan terjadi jika keluarga dari salah-silah pendekar dibiarkan pentadbir sedikit wilayah yang berpenduduk hampir 25,000 orang.

Dia tahu sumber mereka terhad kerana teknologi yang kuno, walaupun ia adalah wilayah yang kaya dengan besi, mereka kurang memberi perhatian kepada perlombongan hasil itu. Apa lagi, hasil galian yang sedikit itu juga dijual kepada wilayah besar lain sebagi biji mentah daripada digunakan sepenuhnya.

Hasil ekonomi juga banyak bergantung kepada hasil pertanian; ianya adalah langkah yang sangat mundur. Malah wilayah jirannya, boleh dikatakan mempunyai lebih dari satu sumber pendapatan ekonomi. Dia mula merasa sakit kepala belajar tentang pentadbiran keluarganya yang primitif.'

Saat dia nak menyumpah dengan kuat, dia perasan adik lelakinya Hendra sedang bersembunyi di belakang rak buku sambil memandangnya dari jauh. Dia hampir tergelak tengok rupa adiknya tu yang takut macam tupai. Ini kerana perubahan sikap Kartika selama beberapa hari ini telah menakutkan Hendra. Dia mula berfikir yang kakaknya itu telah dirasuk.

Setelah meminum air dari gelasnya, Kartika terus membaca buku lejer itu. Ketika Hendra rasa  Kartika tak perasan kewujudannya dia menghela nafas lega.

"Hendra saya tahu awak kat situ.."

Budak itu terkejut selepas mendengar ayatnya. Dia telah diketahui oleh kakaknya atau syaitan yang merasuk kakaknya itu. Jadi terus bangun dan berlari keluar dari situ tanpa sepatah kata; dia boleh mengagak apa yang bermain difikiran budak tu. Tapi ini bukan masanya dia memikirkan kelakuan hal-hal remeh budak.

PUTERI KARTIKAWhere stories live. Discover now