PLAYLIST UNTUK EPISODE INI :
*CANDY DOJA CAT *505 ARCTIC MONKEYS *DAY 'N' NITE KID CUDI
Pemandangan diluar kereta kuda terlihat istana Pampagian dari jauh; mereka telah menempuh perjalanan selama satu minggu dan akhirnya mereka akan tiba ke destinasi. Didalam kereta kuda berhias terdapat dua pasang remaja iaitu Cengkeh dan Andika Pura, sepanjang perjalanan mereka hanya terdiam membisu. Setiap kali Cengkih ingin memulakan bicara dengan Andika Pura, Andika Pura menjeling tajam sambil mengancam memegang bilah rotannya. Akhirnya, dia mengalah untuk berborak dengan Andika Pura; satu-satunya hal yang membuat Cengkih bersemangat adalah nyawa kakaknya yang akan melayang tidak lama lagi dan dia akan menjadi pewaris berikutnya sebagai Bendahara.
Didalam rancangan Andika Pura, dia akan berpura-pura sebagai lelaki yang polos sebelum menjebak Kartika dengan minuman keras dan membunuhnya tetapi sebelum itu dia akan berseronok dulu dan merogolnya. Dia terbayang seperti apa jeritannya; adakah nyaring seperti suara adiknya atau sedikit garau? membayangkan kesakitan yang dia akan lakukan pada kulit Kartika telah buat Andika Pura terangsang.
Setelah sampai di perkarangan pintu istana, keluarga Baja Awang keluar menyambut kedatangan anak Pembesar wilayah Tabong itu. Begitu juga Bayu Arjuna untuk menunjukkan rasa hormat kepada Andika Pura, walaupun kedudukan mereka adalah setaraf. Ketika Andika Pura melangkah keluar dari kereta kuda dan melihat keluarga Baja Awang, senyuman diwajahnya sedikit bertukar masam ketika melihat tiada tanda-tanda kehadiran Kartika menyambut kehadirannya. Adakah perempuan tu tak beri muka padanya langsung? Dimana dia? Ini betul-betul biadap. Dia adalah anak seorang Pembesar! Dia terfikir hukuman yang dia akan lakukan kepada tubuh lembiknya nanti dan cuba untuk bertenang sambil bersalam dengan keluarga Kartika.
"Andika Pura putera sulung Tun Wijaya wilayah Tabong, terima kasih telah menerima kehadiran saya"
Sejujurnya dia rasa menyampah untuk memberi rasa hormat kepada seorang Bendahara kerana dimatanya kedudukan dirinya jauh lebih terhormat. Tapi kerana martabatnya sebagai bangsawan dia harus bersopan-santun di depan vasal ayahnya.
"Kunjungan mu telah memberi kami penghormatan; selamat datang ke rumah kami; kami harap kamu selesa sepanjang berada disini."
Baja Awang menyambut dengan sambutan serupa seperti masa kedatangan Bayu Arjuna, dan Bayu Arjuna juga kelihatan selesa sepanjang menetap disini. Akan tetapi, seperti orang dungu Baja Awang tidak dapat bezakan sedikitpun bahawa Andika Pura hanya melemparkan senyuman terpaksa, dalam hatinya dia merasa jelik dengan keadaan istana Baja Awang yang jauh berbeza dengan istana milik keluarganya yang lebih mewah dan gah.
"Saya yakin ini sudah mencukupi."
"Anak kamu bagitahu dia ada seorang kakak sulung, bagitahu mana dia sekarang? adakah dia tidak tahu tentang ketibaan ku?"
Dan itu dia, sifat sombong, angkuh yang Baja Awang dan Melor merasa kesian dengan puteri kedua mereka yang terpaksa lalui. Kalau mereka tau apa yang terjadi di sebalik tabir pasti mereka akan membatalkan perkahwinan pasangan itu. Malangnya tiada seorangpun yang tahu penderitaan Cengkih.
"Saya tidak tahu dimana dia sekarang; dia cakap tentang beberapa hal untuk meninjau kawasan pertanian dan memasang beberapa paip saliran air pada pagi tadi. Saya minta maaf tentang hal ini"
"Tidak perlu minta maaf; saya akan dengar sendiri dari mulutnya sendiri bila saya lihatnya nanti. Saya harap dia ada masa tiba makan malam nanti?"
Baja Awang merasa risau; lelaki ini memang susah untuk ditangani, dia akan minta Kartika untuk minta maaf betul-betul nanti. Dia tak ingin menyinggung perasaan anak Pembesar itu.
--
Pada saat makan malam diruang makan, seperti biasa semua pandangan mata tertumpu padanya dimana Kartika sudah terbiasa. Walaubagaimanapun, dia menjeling ke Cengkeh dan lelaki tampan yang duduk di sebelahnya menarik perhatiannya. Setengan bulan lamanya dia tidak melihat Cengkeh; maka tidak hairanlah Cengkeh rasa tergamam melihat perubahan fizikal Kartika yang tumbuh lebih dewasa dibahagian dada khasnya yang boleh dikatakan bersaiz 'C' cup.
Walaupun Kartika tidak peduli sedikitpun pendapat Cengkeh tentangnya, tapi apa yang menarik perhatiannya adalah lelaki yang sangat tampan di sisi Cengkeh. Dia adalah lelaki paling kacak dia pernah lihat sepanjang dua hayatnya. Adakah itu tunang Cengkeh? serta-merta dia merasa cemburu dengan adik perempuannya itu.
'Bangsat la eh, nasib buruk apa yang ada dalam hidup aku dapat sepupu lelaki jauh lebih muda dari umur aku sedangkan si perempuan jahat tu dapat lelaki kacak bak putera raja pulak?'
Sementara itu, Andika Pura juga bereaksi serupa setelah melihat Kartika. Jantungnya mula berdegup kencang semasa melihat rupa paras dan susuk tubuh Kartika di depannya. Dia jauh sekali tidak seperti apa yang Cengkeh gambarkan. Pakaian yang menawan, wajah yang cantik, dan apa yang paling penting tubuhnya seperti jam pasir dengan dada yang mengiurkan, tidak seperti Cengkeh adiknya.
Hanya memakan masa tiga saat bagi lelaki sadis itu untuk menukar rancangan dari pembunuhan kepada godaan serta penghambaan. Kenapalah dia perlu menyusahkan diri dengan perempuan macam Cengkeh kalau dia boleh dapatkan kakaknya yang jauh lebih menawan dan pewaris utama. Dia hanya perlu menundukkan Kartika, dan dia akan jadi lelaki paling bahagia di dunia.
'Manusia bodoh mana yang cakap Kartika ni adalah seorang yang sakit dan lembik? aku akan potong lidah orang tu sebab telah memfitnah!'
Pandangan penuh ghairah antara Kartika dan Andika Pura disedari orang sekeliling meja makan itu. Muka Cengkeh sudah mula bewarna merah menahan marah, sementara Bayu Arjuna hanya memerhati dalam diam.
'Hanya kerana Kartika mempunyai dada yang besar, lelaki dungu ni dah meleleh air liur! aku tak akan maafkan hal ni!'
Akhirnya Baja Awang merasa kekok dan bersuara yang mengejutkan kedua mereka dari merenung sesama sendiri.
"Kartika, kau tak nak duduk ke?"
Kartika akhirnya tersedar dari lamunannya dan meminta maaf sebelum duduk. Dia hampir hilang akal disitu; dia perlu ingat bahawa lelaki ini adalah tunangan adik perempuannya. Jelas sekali dia juga ingin menarik perhatian Kartika. Tapi jika Kartika terjebak dengan daya tarikannya, dia akan mati, sesuatu yang dia tak ingin ulangi sebaik saja melewati dimensi lain.
Setelah keadaan bertenang, lelaki yang menawan itu bangun memperkenalkan diri.
"Andika Pura putera sulung Tun Wijaya wilayah Tabong, senang hati akhirnya kita dapat berjumpa"
Jauh disudut hati, Andika Pura tidak dapat mengawal perasaannya dan cuba untuk mengawal riak wajahnya yang tertawan kepada Kartika, dia tidak pernah merasa sekekok ini apalagi kepada keluarga rendahan seperti ini. Dia juga harus melaksanakan rancangannya.
Kartika tiada cara lain juga harus memperkenalkan diri walaupun dia dapat rasai tenungan tajam Bayu Arjuna disisinya. Pada akhirnya suaranya kedengaran sedikit gedik menjawab persalaman Andika Pura.
"Kartika Puteri sulung Bendahara Baja Awang wilayah Pampagian dan pewaris utama Pampagian, saya juga turut bersenang hati."
Andika Pura ketawa kecil mendengarkan Kartika dan itu menyebakan Hendra kurang senang dengan sikap kurang sopan itu. Dia tak akan biarkan kedua-dua kakaknya jatuh terpedaya dengannya! Sesuatu perlu dilakukan.
YOU ARE READING
PUTERI KARTIKA
Historical FictionNur Fairina seorang pegawai juruteraan pertahanan dibawah Kementerian Pertahanan Malaysia MINDEF. Pelajar cemerlang berkelulusan Hadvard Universiti itu sedang menjalankan eksperimen aerodinamik ruang angkasa sebelum kebakaran berlaku dimakmal dan me...