Episode 8

5 2 0
                                        

Dia lalu menuju ke arah hujung bandar. Tujuan kunjungannya itu adalah untuk mendekati golongan petani dan melihat keadaan mereka. Setelah sampai di bandar, dia mendekati sebuah bangsal dimana dia melihat seorang lelaki dalam tiga puluhan yang bekerja keras sedang membajak tanah.

"Maafkan saya, siapa nama kamu?"

Lelaki itu melihat ke arah Kartika dan melihat sekeliling jika ada orang lain disitu mencari siapa yang menyapanya, sebelum akhirnya perasan memang tak ada orang lain selain Kartika. Dia mengangkat jari menunjukkan kepada diri sendiri dengan mulut terbuka, sedikit terkejut mengapa Puteri anak tuan Bendahara menyapa rakyat biasa sepertinya.

"Iye kamu, apa nama panggilan kamu?"

"Puteri, nama hamba ialah Samek.."

Kartika melihatnya Samek yang memiliki tubuh badan sasa itu sambil tersenyum dan memujinya.

"Samek, nama yang gagah, memang sesuai dengan kamu. Saya Kartika; seronok berjumpa kamu."

Samek tidak dapat percaya apa yang didengarnya; Puteri anak Bendahara dan pewaris wilayah itu seronok berjumpa dengannya, seorang rakyat hamba abdi? dia tidak sengaja bergumam dengan kuat dan takut kalau dia akan dihukum.

"Seronok berjumpa hamba? kenapa?"

Kartika terkejut; dia  tidak dapat bayangkan bahawa petani biasa itu kurang rasa harga diri. Dia perlu diberitahu bahawa kerja yang dilakukannya itu adalah sangat bermakna.

"Sudah tentu saya seronok! Saya berjumpa dengan seorang yang berkerja keras untuk memastikan wilayah ini cukup dengan makanan sepanjang tahun dan kemakmurannya. Saya merasa amat bangga berjumpa dengan seseorang seperti kamu."

Dia memuji dengan ikhlas; dihayatnya yang lalu, Kartika telah melihat terlalu ramai orang yang pemalas tapi berjaya dalam hidup dengan menyalahgunakan kuasa padahal orang yang berusaha gigih terpaksa hidup miskin dan susah sepanjang hari. Dia mengagumi orang yang bekerja keras, lelaki yang boleh diharap untuk membantu keluarga disamping keadaan yang teruk zaman pertengahan ni, yang juga boleh membuat orang zaman moden jadi gila.

Selepas mendengar pujian Kartika, Samek begitu terkejut; reputasi Puteri itu sudah diketahui ramai malah bagi petani seperti dirinya. Tetapi setelah berjumpa secara langsung, Kartika tidak seperti apa yang Samek bayangkan.

"Samek, apa kamu pernah terlintas untuk melakukan empat bidang daripada hanya tiga bidang tanah?"

---

Sebulan setelah rancangan perindustrian dan pertanian Kartika itu, dia sedang duduk di meja makan malam dengan keluarganya. Secara tiba-tiba suara lembut ibunya bercakap.

"Jadi Puteri ku, saya dengar kamu telah dijodohkan?"

Kartika hampir tercekik makanannya bila dengar kata-kata itu; dia melihat ibunya dengan muka terkejut. Hanya dalam beberapa jam ayahnya telah meminta persetujuan darinya dulu, macam mana ianya telah dimuktamadkan? adakah ini memang rancangan ayahnya dari mula? adakah orang tua tu sudah berbincang tentang pertunangannya terlebih dahulu dengan pihak sana?

Hendra yang juga terkejut dengan berita itu hampir menumpahkan air di gelasnya. Kakaknya akan berkahwin? Dia tidak pernah berfikir kemungkinan kakaknya itu berkhwin sebab kerana sudah lama membujang, tetapi dia juga rasa seronok akhirnya kakaknya itu akan bahagia mempunyai pendamping hidup. Dia tersenyum dan bertanya.

"Siapa orangnya?"

"Kacak kah?"

"Saya kenal ke?"

Hendra mengajukan soalan bertubi-tubi kepada Kartika semasa dia masih sedang berfikir. Cengkeh yang juga terkejut tidak menyangka ada lagi golongan bangsawan yang ingin menjalin hubungan dengan Kartika. Setan, dia telah membuat segala apa yang mampu dalam kuasa sosialnya untuk mencegah dengan pertolongan keluarga tunangnya juga! Cengkeh tidak sangka ada orang yang sanggup mengambil risiko dengan keluarga Pembesar. Selama ini mereka telah merancang bersama untuk menghalang Kartika. Siapa sangka ada lagi ada lagi orang berkehendak dengan kakaknya yang tak guna itu. 

Kartika memandang ayahnya dengan tajam, dia yang menahan amarah untuk tidak menampar muka Bendahara tua itu yang berani bermuslihat dengannya. Pada pagi ini dia hanya meminta persetujuan darinya dan dia minta untuk diberikan masa mempertimbangkannya dulu. Tetapi dia tiada kuasa untuk menolak, dia menarik nafas panjang dan bersabar dengan tindakan ayahnya itu.

"Ayah! apa yang telah ayah buat?"

Baja Awang merenung muka puterinya itu; setelah sekian lama, dia membaca tingkah laku anaknya itu yang berminat untuk dijodohkan sudah cukup bagus baginya. Dia tahu lambat laun anaknya itu akan menerima perjodohan itu, kenapa perlu berlengah masa memikirkannya lagi antara Kartika dengan anak saudaranya itu.

"Kamu terlihat berminat, jadi saya mempercepat dan bersetuju dengan syarat Pembesar."

Kartika merasa marah, jadi meraka mempunyai syarat yang telah dipersetujui dan ayahnya membuat keputusan terlebih dulu tanpa perlu memikirkan persetujuan Kartika atau tidak. Kartika menolak dengan lembut untuk diberikan masa berfikir dan berkenalan dulu dengan lelaki itu, tapi sekarang telah terlambat, dia telah dijodohkan dan tak ada apa dia boleh buat sekarang. Tiada selera untuk makan, dia laku bingkas bangun dari meja makan dan keluar dari situ, dia dah tak ada hati nak menghadap muka keluarganya lagi. 

Setelah selesai mandi dia lalu memasuki biliknya untuk tidur. Dia tak nak fikir tentang masalah yang dia tak dapat kontrol; buat masa sekarang, dia perlu memberi perhatian pada kesihatannya. Ia hanya akan memakan masa sebulan sebelum inovasi ciptaannya pun beroperasi di wilayah Pampagian.

Di sebuah salah satu bilik di istana, lampu minyak tanah masih menyala di meja milik Cengkeh; dia sedang menulis sepucuk surat ke Pembesar wilayah Nibong, dia minta pertolongan sekali lagi kepada bakal ayah mertuanya itu untuk memusnahkan Kakaknya. Jika kakaknya berkahwin sebelum dia menghapuskannya, ia akan menggagalkan segala rancangan mereka. Setelah lampunya mulai malap dia meletakkan pen bulu itu dan mengikatnya ke burung merpati untuk di hantar ke wilayah Tabong sambil tersenyum sinis.

PUTERI KARTIKATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang