Kartika berdiri tegak di depan ayahnya dan ketua jurutera itu. Kedua mereka masih memandangnya dengan tajam seolah-olah boleh menembusi mukanya. Apa lagi pandangan dari ketua jurutera tua itu yang seakaan boleh membaca segala rahsia hatinya.
Setelah melihat reaksi Kartika dia lalu tersenyum dan menundukkan kepalanya tanda hormat kepada Kartika.
"Tuan Puteri, nama saya Dali seorang hamba hina yang telah berkhidmat dengan keluarga Tuan Puteri. Ayah Tuan Puteri meminta saya untuk mengesahkan lakaran reka bentuk ini."
Kartika mengangguk dengan kata-kata Dali.
"Saya amat senang berkenalan dengan Tuan Dali. Saya dapat rasa kita akan berjumpa dengan lebih kerap selepas ini."
Walaupun ceritanya agak kurang jelas, Dali yakin dari kata-kata Kartika yang lakaran ini tidak diperoleh dari peniaga dari barat seperti yang diberitahu oleh Bendahara tetapi telah dibuat olek calon pewaris ini yang tidak menginginkan untuk dipersendakan oleh pegawai ayahnya yang lain. Ini membuktikan yang Puteri ini adalah seorang yang sangat bijak melebihi apa yang dia fikirkan.
Apa pun orang tua licik itu tidak menunjukkan sebarang reaksi di mukanya dan hanya menjawab Kartika.
"Saya pun berasa sama Tuan Puteri."
Setelah melihat anaknya dan Dali telah berkenalan, Baja Awang tersenyum; dia berfikir bekerja dengan orang tua yang keras kepala seperti Dali dapat menambah pengalaman pada diri Kartika. Tanpa dia sedari bahawa anaknya lah yang mencipta lakaran tersebut. Baja Awang akan membiarkan mereka untuk mengenali antara satu sama lain tanpa mencampuri urusan mereka. Dia dapati subjek kejuruteraan adalah membosankan dan selalu membiarkan Dali untuk menguruskannya.
"Saya agak sibuk dengan urusan lain; saya cadangkan Puteri jawab pertanyaan dari Dali seboleh mungkin."
Kartika jawab dengan hanya mengangguk.
"Baik, ayah"
Selepas itu, Baja Awang menyuruh mereka keluar dan menyambung kerjanya di dalam bersendirian. Dia lalu mengeluarkan cerut candu dari lacinya dan menyedut asap dari paip tersebut, dia perlu bertenang sedikit setelah berurusan dengan si bodoh Mat Lela.
Di luar pintu bilik ayahnya, Kartika mengajak Dali untuk berbincang lebih lanjut.
"Bagaimana kalau kita pergi ke perpustakaan? saya akan menyuruh pembantu untuk membawa teh dan kuih muih; saya janji akan menjawab segala pertanyaan Tuan semampu saya."
Dali mengangguk mempersetujui cadangan Kartika. Puteri itu membuktikan dia sangat bertimbang rasa; dia tidak sabar untuk menyoalnya tentang reka bentuk itu.
Setelah sampai ni perpustakaan, mereka menjamah juadah kuih-muih sambil berbincang selama setengah jam. Dan Dali lalu bertanya soalan yang paling penting yang dia ingin tahu dari mula.
"Jadi beritahu saya yang sebenarnya Puteri, dari mana datangnya lakaran ini?"
Kartika tersenyum mendengar soalan orang tua itu; dia mengesyaki orang tua itu sudah merasa sangsi tentang kebenaran lakaran itu.
"Saya menciptanya ..."
Riak wajah serius dipaparkan di muka Dali, seperti yang Kartika syaki; orang tua itu tidak terkejut langsung mendengarnya, atau mempersendakannya. Apa yang mengejutkan Dali adalah apa yang Kartika katakan selepas itu.
"Saya tahu Tuan sudah mengetahuinya.."
Licik... itu yang ada difikiran Dali tentang perwatakan Kartika ketika ini. Adakah ini watak sebenar Puteri yang lembik dan sakit seperti yang orang lain katakan? adakah Puteri ini sengaja menyembunyikan bakatnya yang sebenar selama ini?
Selepas meminum teh dari cawannya, Dali bertanya lebih lanjut
"Adakah kamu ada ciptaan lain yang bagus?"
Kartika menggosok ibu jari dengan jari hantunya seperti berbentuk 'o' sambil bermain dengan kukunya, itu adalah tabiat Kartika ketika sedang berfikir panjang atau sedang ingin membuat keputusan. Setelah seketika terdiam, dia menjawab dengan jujur.
"Ada beberapa..."
Dali yang terperanjat hampir berdiri kerana merasa teruja selepas mendengar berita itu, kerana hanya satu yang membuat orang tua itu seronok dalam hidup, dan itu adalah kejuruteraan. Siapa sangka Puteri yang semua pandang sebelah mata sebagai lemah dan sakit itu adalah seorang yang bijaksana.
Sebelum dia berdiri dari kerusi, Kartika mengangkat tangannya menyuruh Dali agar bertenang.
"Saya akan berikan reka bentuk terbaru dimasa depan jika perlu. Buat masa sekarang, kita perlu fokus pada pembinaan mesin 'Bessemer' dan Relau Bagas dahulu."
Dali merasa keliru sementara dan meneka apa yang Kartika fikirkan sebelum dia faham. Ciptaan baru adalah bagus dari sudut teori, tapi untuk membuatnya memerlukan sokongan pelaburan. Sesuatu yang Papagian kekurangan ketika ini, dalam erti kata lain wilayah ini adalah miskin tak ada duit. Selepas bertenang dan bersandar di kerusi dia menepuk kedua tangannya.
"Jadi, saya rasa awak sudah ada rancangan?"
Kartika meminum tehnya dari cawan sebelum mulutnya tersengih sambil menjawab pertanyaan Dali dengan pertanyaan juga.
"Berapa awak rasa lima tan besi keluli berkualiti tinggi boleh dijual?"
Walaupun dia tidak boleh mengagak jumlah sebenar dengan tepat, tapi dia tahu jumlahnya juga bukan sedikit. Ia boleh dikatakan kaya bagi rakyat biasa, tapi permulaannya; lagi banyak besi di hasilkan, semakin turun harganya nanti pada satu masa. Tetapi, semakin dia berfikir dia pasti Kartika telah mempunyai niat tersendiri.
"Awak nak jual hasil yang pertama dan laburkannya pada perlombongan?"
Kartika semakin tersenyum lebar. Firasatnya tentang Dali semakin ketara, walaupun lahir sebagai rakyat biasa, orang tua ini amat cekap dan pengalaman dalam hidupnya sangat berguna untuk rancangan Kartika berjaya. Dia boleh menjadi tulang belakang Kartika ke masa depan.
"Lebih tepat lagi, jika perlombongan berjalan lancar, bahan-bahan itu akan digunakan untuk industri kita dulu. Ada lebihan boleh tukarkan kepada jongkong atau jual dengan keuntungan."
Dali tidak dapat percaya apa yang di dengarinya; besi adalah bahan yang sangat berharga kerana bagi golongan bangsawan mereka boleh membuat pedang, baju besi dan perisai untuk para pendekar dan pengawal mereka. Dia tidak boleh banyangkan mempunyai lebihan besi setelah cukup untuk kegunaan mereka sediri.
Cita-cita Kartika untuk menggunakan sepenuhnya hasil bumi yang ada di wilayah keluarganya itu dan membawa era industri. Semua itu dibuat sambil membawa keuntungan besar dari kerajaan. Ini semua akan memakan masa, tapi dia yakin dia boleh melihat masa depan mereka yang cerah.
Kartika tidak mendedahkan kesemua rancangannya kepada Dali, kerana Kartika masih belum melihat hasilnya, orang tua itu tidak dapat bayangkan apa yang industri ini boleh bawa. Lalu dia menghulurkan tanganya untuk bersalaman dengan ketua jurutera itu dan bertanya.
"Adakah Tuan akan membantu saya untuk bawa wilayah ini kepada kegemilangan?"
Dali tidak menyangka, Puteri yang lemah dan sakit seperti yang didengarinya itu meminta rakyat biasa sepertinya untuk bekerjasama membangun wilayah keluarganya bersama. Meskipun Bandahara selalu mendengar pendapat Dali, tapi dia masih di pandang rendah kerana statusnya.
Tapi kini, Kartika menghulurkan tangan untuk berjabat meminta dan bukan memerintahkan, untuk menolongnya mencapai matlamat. Orang tua itu tidak dapat menahan sebak, kalau mereka tahu betapa salah anggapnya mereka kepada Puteri ini. Dali lalu memegang tangan Kartika dengan erat.
"Ye, mari lakukan."
Dengan itu, persahabatan pun bermula antara Puteri Muda dan jurutera tua tanpa mengira umur, jantina dan kedudukan. Sepasang kawan yang akan membawa perubahan besar dalam beberapa bulan, Papagian akan berubah menjadi wilayah yang maju, kaya-raya dan stabil pada saat penuh kegawatan dalam kerajaan.

YOU ARE READING
PUTERI KARTIKA
Narrativa StoricaNur Fairina seorang pegawai juruteraan pertahanan dibawah Kementerian Pertahanan Malaysia MINDEF. Pelajar cemerlang berkelulusan Hadvard Universiti itu sedang menjalankan eksperimen aerodinamik ruang angkasa sebelum kebakaran berlaku dimakmal dan me...