Kartika memasuki ruang legar istana sambil berjalan seiringan dengan Bayu; wajahnya sedikit malu sepanjang berjalan menuju ke istana, sekali sekali Bayu juga merenung susuk tubuh Kartika dari belakang. Dia tidak menyangka dapat meluangkan masa seperti ini, dia sangat bersyukur. Dia tak akan berada disampingnya jika apa yang dikhabarkan tentang Kartika adalah benar.
Duduk di kerusi besar sebagai ketua pentadbir Pampagian ialah Baja Awang dengan muka yang tegang. Dia tidak menyangkakan ketibaan anak saudaranya itu melainkan esok, tapi sekarang dia berada di depannya. Dia bukannya bodoh untuk tidak mengetahui niat sebenar abang iparnya Tuah Sulong Pembesar Assahan itu yang mengajukan usul pertunangan ini. Tetapi melihat Bayu Arjuna dan tingkah-lakunya dia sudah boleh mengagak bahawa mereka amat sepadan.
"Tuan Muda Bayu Arjuna datang memberi hormat dan berterima kasih sepanjang keberadaan saya disini."
Kartika juga menundukan kepala memberi hormat; walaupun sebagai Puteri dia juga harus menghormati adat dan tatasusila pangkat kedudukan ayahnya sebagai Bendahara. Duduk disamping ayahnya adalah ibunya Melor dengan wajah tersenyum manis. Dia merenung setiap inci bakal menantunya itu, walaupun sedikit muda dari Kartika, dia merestui mereka dalam hati; anak muda ini memang secocok dengan puterinya. Jauh disudut hati dia risau dengan Cengkeh, tunangannya ialah seorang yang panas baran, sombong dan seronok memalukan anaknya; perangai seperti itu datang dari pangkat keluarganya yang merasa lebih hebat dari orang lain. Dia risau dengan masa depan perkahwinan anak keduanya. Tetapi melihat Bayu Arjuna, dia dapat rasakan kebahagiaan anak pertamanya itu di masa depan.
"Nampaknya kamu dengan Puteriku sudah saling berkenalan. Cakap, adakah sebab ini kamu tidak menemui ku terlebih dahulu dan tidak menghormati aku sebagai ketua wilayah ini!?"
Bayu sedikit tergamam mendengar suara Baja Awang dan sebelum dia boleh menjawab, Kartika terlebih dulu bersuara.
"Ayah, bukan ayah rasa ayah sedikit berlebihan? lagipun saya yang patut dipersalahkan; Saya yang mengajak dia untuk makan bersama sebelum menghadap ayah."
Bayu melihat Kartika dengan pandangan mata yang lembut, pada mula jauh disudut hatinya dia merasa Kartika hanya berlakon untuk mempergunakan kedudukan keluarganya. Walaupun benar pada mulanya Kartika hanya menggunakan teori buku majalah untuk mengambil hati lelaki tetapi pada akhirnya Kartika membela Bayu di depan ayahnya. Dia yakin sekarang bahawa perasaan Kartika adalah tulus.
Melihat Kartika membela Bayu, muka Baja Awang yang tegang tadi bertukar senyuman.
"Maaf Bayu, saya sedikit marah. Saya hanya ingin ukur keperibadian mu; Saya harap kamu boleh maafkan."
Bayu akhirnya faham bahawa Baja Awang hanya ingin menguji keberaniannya, mereka ingin menguji jika Bayu akan meletakkan semua kesalahan pada Kartika akan tetapi mereka juga tidak menyangka Kartika sanggup meletakkan kesalahan dibahunya sendiri demi Bayu. Jika dia buat seperti apa yang Baja Awang fikir, Bayu akan dianggap lelaki biadap dimata Kartika dan keluarganya kerana menyalahkan perempuan. Ini kerana Baja Awang dan Melor ingin melindungi Puteri sulung mereka.
Setelah bertenang dengan penuh martabat, Tuan Muda itu memaafkan Bapa Saudaranya dengan sopan.
"Tiada apa yang perlu dimaafkan Pakcik; kamu hanya melindungi Puteri mu saja."
Wajah Baja Awang dan Melor bertambah ceria mendengar kata-kata Bayu. Anak muda ini adalah calon suami pilihan lebih baik dari si bangsat calon menantu dari anak keduanya. Dalam masa beberapa bulan Cengkeh akan berkahwin dan takdir anak keduanya itu sudah tertulis. Walau apapun semua sudah terlambat kerana menentang seorang Pembesar adalah langkah yang tidak bijak. Jika mereka boleh manjalin hubungan kekeluargaan dengan kedua kuasa Pembesar maka itulah yang terbaik. Cengkeh pun kelihatan tidak keberatan diperlakukan seperti itu dengan tunangnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/294626073-288-k379191.jpg)
YOU ARE READING
PUTERI KARTIKA
Ficção HistóricaNur Fairina seorang pegawai juruteraan pertahanan dibawah Kementerian Pertahanan Malaysia MINDEF. Pelajar cemerlang berkelulusan Hadvard Universiti itu sedang menjalankan eksperimen aerodinamik ruang angkasa sebelum kebakaran berlaku dimakmal dan me...