PLAYLIST UNTUK EPISODE INI :
*TOXIC BRITNEY SPEARS *CONTROL HALSEY *HARLEYS IN HAWAII KATY PERRY
Cengkeh sedang sujud dengan tangan berikat di dalam bilik tunangnya, baju yang di pakainya koyak mendedahkan bahu mulusnya dan separuh anak bajunya terbuka. Lelaki kacak berkulit sawo matang, berambut coklat paras leher, anak mata berwarna hitam itu sedang memandang tunangnya yang bodoh dengan rasa benci. Saat ini dia sedang menghukum. Kakinya memijak kepala Cengkeh ke lantai dengan sebilah rotan runcing di tanganya. Bibir manisnya mengeluh, dia merasa sangat kecewa dengan khabar kegagalan yang di bawa Cengkeh.
Andika Pura adalah anak sulung kepada Pembesar Empat Tun Wijaya ketua keluarga wilayah Tabong, vasal Laksamana Melaka. Dia berumur dua puluh pada tahun ini dan dikenali sebagai salah satu dari lelaki paling sempurna di Melaka.
Bagaimanapun, rupa paras adalah topeng untuk menutupi peribadi buruk Andika Pura yang sebenarnya adalah seorang lelaki keparat yang sadis; hobinya adalah bermain dengan perempuan muda seperti permainan. Ramai yang telah menjadi mangsa Andika Pura yang tidak tahan dengan siksaan mental dan fizikal dimana dia merasa seronok melakukannya.
Andika menjeling tajam ke Cengkeh sebelum dia merotan belakang badan gadis muda itu; serta merta kulitnya mengeluarkan darah dari luka. Cengkeh sedaya upaya untuk tidak bersuara menahan sakit; akan tetapi dia tidak dapat lakukannya selain menangis kesakitan selepas hayunan yang kedua menyentuh kulitnya.
"Shhh.."
Cengkeh mendongak ke atas, pandangannya jelas melihat lelaki tampan itu yang hanya memakai seluar tanpa baju menampakkan otot perutnya. Dia menutup mulut Cengkeh dengan tangan kiri disusuli ciuman ghairah sambil jari-jemarinya memegang rambutnya dengan kasar. Andika merapatkan tubuhnya dengan Cengkeh dan berbisik.
"Nampaknya darah pendekar yang mengalir dalam keluarga kau dah kering; menyedihkan.."
Lelaki itu lalu bangun dan menendang belakang Cengkeh ke lantai lalu dia duduk di atasnya seperti bangku.
"Kau ni memang tak berguna; kau tau tak?"
Selepas dia mendengar kegagalan Cengkeh ke atas nyawa kakak sulungnya, moodnya terganggu. Sebenarnya apa yang susah sangat nak membunuh seorang perempuan sakit dan lemah macam Kartika? bukan saja muslihat Cengkeh gagal tapi Kartika juga berubah jadi lebih baik. Sekarang ini Puteri itu semakin sihat dari keuzuran sejak lahir, dan ini akan menghancurkan segala rancangannya dan ayahnya!
Berita yang lebih buruk mereka dengar ialah Pembesar Assahan telah menjodohkan anak ketiganya dengan Kartika, dan ini akan menyusahkan bahagian terbesar mereka kepada sumber besi Pampagian. Jika mereka tak dapat singkirkan Kartika dalam tempoh tahun depan dan meletakkan Cengkeh sebagai ketua baru, maka pertunangannya adalah sia-sia kepada Pembesar Tabong.
Cengkeh cuba untuk bergerak menahan berat badan tunangnya yang sedang duduk. Lelaki itu perasan pandangan Cengkeh lalu dia menjolokkan batang rotan itu ke dalam mulut Cengkeh dan memaksa sampai ke dalam kerongkongnya.
"Jangan berani pandang aku dengan mata jijik kau! kau masih belum ada hak!"
Cengkeh menundukkan pandangan memaksa untuk bertanya apa yang ada di fikirannya.
"Maafkan saya, saya hanya ingin tahu apa rancangan seterusnya..?"
Senyuman jahat terukir di bibir tuan muda itu sambil memandang mainan kesukannya, Cengkih yang melihat merasa gerun.
"Jelas sekali aku akan ikut kau balik rumah dan goda kakak kau; selepas dia jatuh sujud di tapak kaki aku, aku akan tamatkan riwayatnya. Jelas lagi bersuluh, kau tak boleh diharap untuk buat kerja senang macam ni!"
Cengkeh rasa keliru mendengar kata-kata itu; tunangnya nak goda kakaknya? selepas apa yang dia telah lalui, mereka pun belum tidur bersama lagi! Cengkeh saat ini merasa sangat cemburu dengan kakaknya, tapi selepas dia berfikir masak-masak dia bertukar seronok. Jika lelaki ini sangat kejam dengan dirinya sebagai tunang, berapa kejam lagi lelaki ini kepada Kartika nanti selepas membuat Kartika tunduk merayu?
"Lela!"
Dengan pantas pintu bilik itu terbuka lebar dan hulubalang muda muncul dengan lengkap berpakaian besi dan sebilah pedang di pinggang memasuki bilik dan melutut satu kaki di lantai, jelas sekali dia sudah biasa dengan pemandangan di depannya tanpa rasa terkejut pun di mukanya.
"Ye, tuan hamba?"
Andika Pura bangun dari atas badan Cengkeh dan menyarungkan bajunya, dengan muka bersahaja dia mengarahkan hulubalang itu. Dia tidak peduli tentang hamba seperti hulubalang kerana kedudukannya jauh lebih tinggi sebagai anak sulung Pembesar, dia juga menganggap Bendahara pun adalah golongan bawahan seperti sampah apatah lagi hulubalang.
"Kemas semua barang-barang aku; aku akan bertolak ke Pampagian."
Lela tak pernah berani ingkar perintah dari Tuannya itu. Dia tak ingin berada di posisi Cengkeh, dia mengikuti semua arahan walaupun itu bukan tugasnya, malah mengemas adalah tugas pembantu bukan hulubalang yang bertugas untuk menjaga keselamatan. Dia sedar bahawa kedudukan bawahan adalah semua sama seperti hamba di mata Tuannya itu, tiada apa dia boleh buat.
"Hamba mengikut perintah!"
Selepas itu, hulubalang tersebut meninggalkan bilik itu untuk melaksanakan tugasnya. Sejam selepas itu mereka akan bertolak ke arah selatan menuju ke Pampagian menjaga keselamatan tuannya dan perempuan mainan tuannya sekali.
YOU ARE READING
PUTERI KARTIKA
Historical FictionNur Fairina seorang pegawai juruteraan pertahanan dibawah Kementerian Pertahanan Malaysia MINDEF. Pelajar cemerlang berkelulusan Hadvard Universiti itu sedang menjalankan eksperimen aerodinamik ruang angkasa sebelum kebakaran berlaku dimakmal dan me...