Hendra datang semula dengan seseorang yang mengakui pakar dalam ubat-ubatan tak lama sebelum dia pergi. Hendra merasa sedikit risau tentang keadaan Kartika tetapi pakar ubatan tersebut tidak sedikitpun menunjukkan rasa simpati. Kartika duduk tegak di atas katil, sedikit susah untuk bercakap kerana ronga tekaknya kering. Demamnya juga kebah selepas mengeluarkan peluh manandakan dia terlepas dari fasa kritikal.
Pakar ubatan yang di panggil Pawang itu berhati-hati meneliti nadi Kartika dan terkejut gadis itu telah sembuh dari demamnya, kerana hanya ada sedikit harapan untuk dia bisa selamat pada sebelumnya. Walau dalam keadaan daif dari segi ilmu perubatan sebenar Pawang tersebut yang merasa yakin dengan dianogsisnya lalu berkata.
"Tidak usah khuatir, Tuan Muda Hendra, demam kakak awak sudah kebah, dia hanya perlu berehat untuk beberapa hari sebelum sihat sepenuhnya"
Selepas itu Pawang tersebut memberikan segelas air kepada Kartika untuk melepaskan dahaga. Selesai minum habis dia mengelap mulutnya menggunakan pergelangan tangannya, Kartika mengangguk kepada Pawang tersebut dan berterima kasih untuk khidmatnya.
"Terima kasih Pawang, saya boleh bergantung kepada awak ketika keadaan terdesak"
Kartika berkata dengan tidak ikhlas; dalam dua hayatnya mengajarkan dia untuk tidak mengkritik secara terbuka. Jadi dia hanya bersopan santun yang bersesuaian dengan darjatnya sebagai Puteri.
Selepas mendengar berita kakaknya akan sembuh seperti sedia kala setelah sekian lama sakit Hendra tersenyum lebar; ini adalah berita sangat gembira padanya. Kartika sering jatuh sakit, ini kerana dia dilahirkan dengan imun serta tubuh badan yang lemah. Diburukkan lagi dengan gaya hidup zaman kuno yang kurang menjaga kebersihan.
Kata-kata Kartika berikutnya sedikit mengejutkan Hendra. Kerana bukan perwatakan Kartika untuk melakukan hal demikian.
"Wahai adik ku, bolehkah kamu arahkan pembantu untuk sediakan air suam yang bersih untuk aku mandi? Saya merasa akan rasa lebih sihat jika tiada kotoran ditubuh ku."
Pawang tersebut mendengus mendengar kata-kata Kartika. Walaupun mandi bukannya sesuatu yang pelik tetapi mereka juga jarang membersihan diri dan tidak sekerap seperti orang zaman moden. Kartika tidak menghiraukan reaksi Pawang itu dan terus memaksa Hendra.
Hendra tersenyum dan membalas Kartika "Sudah tentu wahai kakak ku, saya pergi arahkan mereka sekarang"
Dengan itu, dia keluar dari bilik Kartika melaksanakan tugas yang disuruh. Pawang tersebut merasa khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi lalu dia pun pergi
"Saya akan maklumkan Ayahanda Tuan Puteri yang Puteri sudah sembuh.."
Kartika mengangguk tanpa menoleh.
"Baik, awak buatlah"
Selepas berkata begitu, Pawang itu meninggalkan Kartika keseorangan. Kartika mengeluh panjang melihat keadaan dirinya dan mencium bajunya yang busuk berbau peluh dan kotoran. Selepas menahan hidungnya dia mengeluh sekali lagi.
"Bila aku sudah mewarisi pangkat Bendahara, akan ada perubahan besar disini . ."
Dia nekad selepas mewarisi pangkat Ayahandanya, pertama sekali adalah pelaksanaan asas kebersihan, mungkin juga akan membina ruang mandi umum seperti sejarah Roman pernah buat. Apa sahaja akan dilakukan untuk membawa kesedaran tentang kebersihan kepada penduduknya.
Kartika bingkas bangun dari katil dan merengangkan badan sebelum mendengar ketukan pintu datang dari pembantu rumahnya.
"Tuan Puteri, air mandian sudah siap"
Dia cepat membuka pintu dengan gembira sedikit mengejutkan pembantunya itu.
"Tunjukkan arahnya"
Pembantu itu cepat sedar dari tercengang sebelum mengangguk dan mematuhi perintah. Selepas berjalan sekejap menuruni ruang legar, Kartika sampai di ruang mandi dan membuka pakaiannya lalu membuka pintu.
YOU ARE READING
PUTERI KARTIKA
Ficción históricaNur Fairina seorang pegawai juruteraan pertahanan dibawah Kementerian Pertahanan Malaysia MINDEF. Pelajar cemerlang berkelulusan Hadvard Universiti itu sedang menjalankan eksperimen aerodinamik ruang angkasa sebelum kebakaran berlaku dimakmal dan me...