Episode 6

5 2 0
                                    

Di wilayah yang aman dan subur, dikelilingi gunung ganang terletaknya wilayah Papagian di bawah pentadbiran Baja Awang. Sebuah sungai megalir menyusuri alur sungai kecil, air sungai yang hening memberikan kehidupan kepada penduduknya. Matahari subuh mula menerangi wilayah itu disertai ayam yang berkokok membangunkan rakyatnya untuk memulakan hari mereka.

Walaupun golongan bangsawan pula agak sedikit lewat bangun dibandingkan rakyat biasa, Puteri Kartika tetap memulakan harinya seperti mereka untuk melakukan senaman paginya. Jika Kartika ingin mencapai matlamatnya dia harus berusaha lebih keras dari orang lain.

Pada malam sebelumnya, dia sudah memaklumkan Dali untuk membuatkannya beberapa barang senaman untuk membantu dalam senamannya. Dali amat dihormati oleh penduduk sekitar bandar kerana dia selalu berurusan dengan mereka. Jadi dia telah menghubungi beberapa orang kawan tukang besi untuk berurusan dengan harga yang berpatutan.

Setelah selesai bersenam, Kartika mandi sekali lagi; tabiatnya yang kerap mandi telah menimbulkan rasa hairan para pembantu di istana. Dia akan mandi pada pagi selepas bersenam dan malam sebelum tidur. Dia cuba mengajak keluarganya yang lain untuk melakukan hal yang sama, tapi mereka agak keras kepala dengan tabiat lama mereka. Walaupun mereka mandi ala kadar tapi mereka tidak begitu sekerap Kartika.

Walaupun begitu, dia telah memerintahkan semua pembantu untuk membasuh tangan mereka selepas menggunakan tandas atau selepas melakukan tugas yang kotor. Dia begitu tegas dengan pembantu di dapur jika mereka tidak melakukan apa yang disuruh Kartika. Walau Baja Awang tidak berkata apa-apa, dia tetap merasa risau dengan perubahan sikap Kartika itu.

Dalam keluarganya hanya Hendra yang menuruti; menjadi adik yang bongsu, dia menuruti segala ajaran Kartika tentang kebersihan. Dia telah mula mandi sebelum tidur. Ini membuat Kartika merasa seronok, kemungkinan besar adiknya itu mati dijangkiti penyakit berbahaya adalah nipis kerana dia telah menjaga kebersihan.

Semakin dia berfikir semakin dia pasti untuk membina ruang mandi umum. Itu akan mengambil sedikit waktu dalam rancangan menuju keindustrian untuk semua penduduk wilayah keluarganya untuk bisa membinanya. Perbezaan yang amat ketara antara empayar Roman dengan abad feudal melayu tentang kesedaran kebersihan sebelum kedatangan islam. Ini kerana mereka masih di bawah pengaruh Parameswara.

Selepas mandi serta berpakaian dia menuju ke ruang makan dimana seluruh keluarganya telah menunggu; ini telah menjadi rutinnya kerana Kartika yang datang dari masa depan amat mengambil masa untuk bersiap apa lagi saat mandi.

Setelah duduk di meja makan dan baca bismillah dalam hati, dia perasan Cengkeh memandangnya dengan jelingan tajam lagi. Jika bukan kerana dua pengalaman hidup Kartika, dia tidak akan peduli akan pandangan tersembunyi itu. Tapi ianya sekarang begitu ketara. Dia akan bercakap sambil tersenyum tapi pandangan matanya penuh kebencian dan niat jahat.

Kartika mula mengesyaki tentang sakit geringnya mungkin ada kaitan dengan Cengkeh. Ini bukannya perkara pelik antara saudara untuk saling membunuh bagi merebut kuasa warisan pada zaman ini. Semakin dia memerhati gerak geri Cengkeh, semakin dia pempersoal niat sebenarnya itu.

Malangnya bagi Kartika, dia telah terpinggir begitu lama dari urusan pentadbiran dan tiada kawan dalam golongan bangsawan. Jadi mereka semua ada didalam lingkungan Cengkeh. Lagipun sebelum ini, Cengkeh lebih dikagumi di dalam keluarganya; berbakat dalam pencak silat, sedikit bijak dan berkarisma. Walapun perempuan, adalah suatu kemestian dalam keluarga keturunan pendekar untuk handal bermain pedang dan keris. Apalagi Baja Awang memegang kedudukan ketua ketenteraan yang akan diwarisi oleh anaknya. Dia juga berjaya menawan hati anak sulung Pembesar Laksamana Tun Wijaya dan bertunang dengannya.

Kartika boleh mengambarkan seluruh golongan bangsawan di wilayah Laksamana Tun Wijaya memihak kepada  Cengkeh jika dia meminta pertolongan untuk membunuh kakak sulungnya. Semakin dia berfikir, semakin dia perlu berhati-hati di masa depan. Dia memutuskan untuk mengambil masa bergaul dengan golongan bangsawan diwilayahnya.

PUTERI KARTIKAWhere stories live. Discover now