Hari semakin hari berjalan seperti biasa bagi Kartika, dia masih melakukan rutin senaman hariannya, makan makanan seimbang dan bergaul dengan rakyatnya. Pada masa sekarang rakyat biasa mengenalinya dan amat menyukai sifat rendah dirinya. Dia banyak meluangkan masa dengan mereka dan menolong mereka. Setiap tengah hari dia akan makan bersama mereka di sebuah kedai roti. Di bawah petunjuknya juga mereka membuat sandwic dan melonjakkan hasil jualan di kedai itu yang di sukai ramai.
Membuat roti sandwic adalah sangat berguna kerana penyediaannya yang murah dan senang ia juga berkhasiat bagi penduduk kampung untuk makan bersama-sama. Semakin lama budaya masakan di Pampagian akan berubah dan tukang masak akan mula membuat karipap, bahulu dan makan tradisi melayu lama yang belum tercipta lagi. Bukan teknologi saja yang perlu dikembangkan tetapi budaya makanan juga, jika dia ingin berjaya mencapai matlamatnya dalam mentadbir.
Dalam waktu ini dia telah berjaya memperoleh kepercayaan pembantu di istana serta rakyat kampung dan telah menubuhkan sedikit rangkaian pengintip di dalam wilayahnya. Ia bagi mencegah sebarang tindakan Cengkeh yang boleh membahayakan nyawanya dan mengambil haknya sebagai pewaris utama, maka sebahagian rakyat telah menyadari hasrat puteri kedua itu. Di khalayak ramai dia berlagak seperti seorang puteri yang bersopan-santun dan bermartabat tapi realitinya adalah jauh sekali.
Cengkeh sama sekali tidak menyedari segala gerak-gerinya telah diperhatikan oleh rakyat biasa yang dia pandang rendah dan telah dilaporkan kepada kakaknya. Dia mungkin mempunyai pengaruh dari golongan bangsawan disisinya tetapi tak ada apa dia boleh buat jika semua rakyat biasa melindungi Kartika. Jika dia cuba untuk meracuni makanan Kartika maka tukang masak dan pembantu akan tahu tindakannya itu sebelum mengagalkannya.
Dia juga kerap meninjau Samek tentang perkembangan pertanian seperti kelapa sawit, getah, padi, koko dan daun teh kerana bidang tanah untuk diusahakan telah bertambah. Begitu juga dengan Dali, pembinaan mesin Beehive Oven, Relau Bagas dan Bessemer Converter berjalan lancar, pada penghujung bulan ia akan siap sepenuhnya.
Semakin hari kesihatan dan bentuk fisikal puteri itu juga semakin membaik. Tiada lagi tanda-tanda kekurangan zat makanan, pipinya yang cengkung telah berisi dengan rupa parasnya yang cantik. Perubahan itu sangat ketara, pemakan yang sihat dan senamannya telah membuahkan hasil.
Kulit wajah yang dulu pucat telah berganti kulit putih seakan-akan kemerahan, punggung berisi dan tinggi lampai dengan pinggang yang ramping, tiada lagi kurus kering seperti sebelum ini. Mungkin sekarang dia sudah boleh menghayun pedang dengan betul, walaupun dia fikir zaman pedang dan anak panah akan berakhir dengan ciptaan dalam perancangannya.
Selepas mandi dan menuju ruang makan dengan keluarganya, ketidaan Cengkeh disedari oleh Kartika kerana dia telah pergi melawat tunangnya di Tabong. Kemungkinan besar untuk merancang beberapa muslihat baru bagi menyingkirkan Kartika. Jika Pembesar Tabong betul-betul menyokong Cengkeh untuk menghancurkannya, itu yang membuat Kartika rasa sedikit gelisah.
Jadi Kartika tak ada pilihan lain lagi; dia harus berjumpa dengan tunangannya dan dapatkan sokongan keluarga Pembesar Assahan, itu adalah perkara yang difikirkannya kerana bimbang tentang penampilannya sebelum ini. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Bayu sejak mereka masih kecil lagi; jadi ini akan menjadi perjumpaan pertama mereka setelah dewasa dan berharap ianya tidak mengecewakan. Firts impression were key , apa lagi dia perlu meyakinkan ayah lelaki itu bahawa dia bukan wanita yang sakit, kurang bijak atau dungu seperti yang dikhabarkan. Dia perlu membuktikan yang dia sihat, bermatlamat dan bijak.
Jika dia mempunyai sokongan yang setara, Pembesar Tabong harus berfikir dua kali untuk menyingkirkan Kartika. Dia perlu berhadap dengan muslihat Cengkeh selama yang boleh di wilayahnya, dia amat yakin Cengkeh akan berusah sehabis daya untuk mengambil haknya sebagai pewaris utama. Akan tetapi dia memerlukan pelan yang selamat untuk menangani segala muslihat Cengkeh kerana dia tidak mempunyai orang yang boleh membunuh Cengkeh dalam wilayah ini.
Ayah dan ibunya sangat bangga dengan perubahan kesihatan dan fisikal Kartika, mereka bersembang dengan gembira sambil menikmati juadah makanan. Setelah selesai mengunyah sandwic di mulutnya, Kartika bertanya tentang kebimbangannya.
"Ayah, saya rasa sekarang adalah masa yang tepat unuk berjumpa Bayu. Kami telah rasmi ditunangkan selama hampir satu bulan, tapi saya belum melihat wajahnya."
Baja Awang tersenyum; dia tahu anaknya itu akan bertanya lambat laun; kenapa dia menangguhkan pertemuan mereka adalah untuk memberi masa kepada Kartika memperbaiki penampilannya tapi itu bukan lagi suatu masalah. Terus terang dia telah banyak menerima surat untuk perjumpaan mereka berdua, dimana dia menangguh-nangguhkan dalam surat balasnya. Akan tetapi dia tidak dapat menidakkan surat yang terakhir. Nampaknya lelaki muda itu telah lelah menunggu Kartika untuk menerima perjumpaan mereka dan telah berangkat menuju ke Pampagian untuk melihat tunangannya. Dia belum lagi memaklumkan puterinya tentang hal ini, dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk memberitahu.
"Tentang tu, nampaknya sepupu kamu itu tidak sabar untuk berjumpa dan telah berangkat ke mari. Dia mungkin akan sampai pada pagi esok."
Kartika tersenyum, dia sama sekali tidak menyangka tetapi dia suka nekad lelaki tu. Mungkin mereka boleh serasi bersama. Tapi dia juga tidak pasti jika mereka boleh sependapat kerana berbezaan umur.
"Bagus, saya pun tiada rancangan lain sehari dua ini."
Baja Awang menarik nafas lega mendengar jawapan anaknya itu; dia fikir anaknya itu akan melakukan tindakan bodoh yang boleh membatalkan tunangan mereka kerana pada awalnya Kartika menolak keras penjodohan itu, tapi nampaknya dia telah menerima dengan rela. Baja Awang sama sekali tidak sedar kenapa Kartika menerima pertunangan itu, adalah kerana dia perlu meminjam kuasa kedudukan Pembesar Assahan untuk mencegah muslihat Cengkeh kepadanya. Kartika masih tetap rasa tidak puas hati dengan pertunangan itu, tapi kerana terpaksa. Jika dia perlu melamar lelaki untuk menyelamatkan nyawanya maka dia akan lakukan. Beruntungnya lelaki itu masih perlu menunggu dua tahun untuk berumur sembilan belas tahun, umur dimana yang sesuai untuk berkahwin bagi Kartika.
Kedua-dua beranak itu tidak menyangka bahawa Bayu ketika ini akan sampai lebih awal dari apa yang mereka sangkakan, dia sudah sampai di sempadan memasuki wilayah Pampagian; tidak lama sebelum dua sejoli itu akan bertemu setelah sekian lama. Namun begitu, sebab mereka tidak tahu, jadi Kartika menerusi rutin hariannya seperti biasa. Dali sekarang mungkin telah menyiapkan projek mereka, Kartika mengundurkan diri selepas makan dan terus menuju ke bandar ke kawasan dimana mereka membuat projek itu.
Kartika tersenyum lebar melihat mesin yang mengeluarkan ketulan asap yang boleh menukarkan arang batu kepada kok itu. Kartika berdiri kagum sebelum Dali berseloroh dari belakang.
"Tuan Puteri, seperti yang puteri lihat, kita telah menyiapkan reka bentuk ini dan telah memulakan proses pertama untuk menghasilkan keluli!"
Semuanya berjalan dengan sangat lancar; tidak akan memakan masa lama sebelum hasilnya boleh dijual dengan sedikit keuntungan. Selepas dia meraih keuntungan, dia akan laburkannya kepada perlombongan setelah itu baru dia akan menghasilkannya secara besar-besaran.
"Dali, kawan ku, kamu betul-betul telah menjayakannya!"
Mereka berdua memandang mesin separuh moden itu beroperasi yang mereka berdua ciptakan. Siapa sangka pada saat ini di tahun 14++ bulan april akan melambangkan Kartika sebagai Permaisuri Agung pertama dalam sejarah yang akan digeruni musuh-musuhnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
PUTERI KARTIKA
Historical FictionNur Fairina seorang pegawai juruteraan pertahanan dibawah Kementerian Pertahanan Malaysia MINDEF. Pelajar cemerlang berkelulusan Hadvard Universiti itu sedang menjalankan eksperimen aerodinamik ruang angkasa sebelum kebakaran berlaku dimakmal dan me...